SEK. MEN. TENGKU AMPUAN AFZAN
28100 CHENOR, PAHANG DARUL MAKMUR
( This page created by INDERAPUTERA  )  
 
MAKLUMAT ASAS  
Alamat : SEKOLAH MENENGAH TENGKU AMPUAN AFZAN 28100 CHENOR, MARAN, PAHANG
No.Telefon : 09 - 2995 373 
Gred Sekolah : A 
Tarikh Penubuhan : 4 JULAI 1976
Jenis Sekolah : SEKOLAH HARIAN LUAR BANDAR BERASRAMA
Lokasi : Pekan Chenor , pertengahan Jalan Kuantan - Temerloh 
SEJARAH  
Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan ( SMTAA ) diambil sempena nama KDYMM Tengku Ampuan Pahang. Ia dibuka secara rasmi pada 4 Julai 1976 oleh KYDMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah. SMTAA sebelum ini dikenali sebagai Sek. Men. Ren. Keb. Chenor ( SMRKC ) yang pada awalnya ditubuhkan pada Januari 1965 bertempat di tapak Sek. Men. Voksional Pertanian Chenor, SMRKC bermula dengan dua buah kelas yang memuatkan 81 orang pelajar perintis tingkatan satu. Ia diketuai oleh Allahyarham En. Rofli bin Johari sebagai pengetua pertama. Perkembangannya pada 1967, SMRKC mempunyai 257 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tiga dengan En. Abd. Razak bin Abdul Manaf sebagai pengetua barunya.

Januari 1970 : Sek. Men. Vokasional Pertanian Chenor (SMVPC) telah dibuka dan ditempatkan di kawasan yang sama dengan SMRKC. Keadaan ini menyebabkan pelajar kedua-dua buah sekolah ini terpaksa berkongsi satu bumbung dan kemudahan dari meja pengetua hinggalak ke dapur asrama. Hanya pada 1972, SMRKC berpindah ke bangunan baru yang menempatkan SMTAA kini. 

Januari 1973 : 540 pelajar telah mendaftarkan diri dan 65% ditempatkan di asrama. Persekolahan dua sesi dijalankan kerana kekurangan bilik darjah. Tumpuan pelajar kebanyakan dari penduduk kampung tradisional Mukim Chenor. 

17 Mei 1975 : KBYMM Sultan Pahang berangkat ke SMRKC telah membawa rahmat yang besar dengan memberikan peruntukan khas untuk pembangunannya.  

4 Julai 1976 : KDYMM Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang seklai lagi telah mencemar duli untuk merasmikan SMRKC dan mulai detik ini sekolah ini dengan rasminya dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH TENGKU AMPUAN AFZAN CHENOR. 

 
 
ILMU TANGGA BAHAGIA

Cogankata sekolah ini menegaskan bahawa sekolah sebagai Institusi Budaya Ilmu Tinggi yang sewajarnya memainkan peranan untuk membentuk pelajar berilmu bagi mencapai kejayaan yang menjadi asas kebahagiaan. Ia diharapkan membentuk budaya menghargaiilmu yang membawa kebahagiaan selutuh manusia yang ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

LAGU SEKOLAH
SMTAA
sekolah yang ku cinta
semoga Allah berkati kami
kami sanjungi kami banggakan
Ilmu Tangga Bahagia 
cogankata kami
dorongan dan pedoman
jasamu pada kami
jadi kenangan ku kian hari
putera - puteri Afzan bersatu padu
menuju ke arah hidup suci
Ciptaan : M. Faizal Abdullah & Abd. Rahim Abdullah 
( bekas guru SMTAA 1990 )
.......seterusnya  
  halaman utama
INDERAPUTERA'S HOMEPAGE