Hospital Pasir
Mas mempunyai sebuah dewan bedah yang bolih beroperasi sepenuhnya bagi
kemudahan pesakit pesakit yang memerlukan perkhidmatan pembedahan.
Hospital ini juga telah menjalankan
pembedahan secara “Networking” dengan Hospital Kota Bharu sejak bulan Julai
1997 bagi kes pembedahan am dan kes pembedahan Orthopidik, dimana pakar/pegawai
perubatan serta pakar/pegawai perubatan bius akan datang untuk memberi
perkhidmatan pada hari pembedahan. Pembedahan secara “Networking” ini dijalankan
sebanyak tiga kali dalam seminggu iaitu pada hari Ahad ,Selasa dan Rabu.
Semua kes kes pembedahan adalah dipilih
olih pakar dari Hospital Kota Bharu dan pakar pelawat yang datang ke Hospital
Pasir Mas sebulan sekali. Setiap kes pembedahan yang dijalankan hendaklah
mengikut protokol pembedahan yang telah ditetapkan di Hospital ini iaitu:-
1. Hari pembedahan.
Pembedahan dijalankan pada hari
Ahad dan Selasa bagi kes Orthopidik dan hari Rabu bagi kes pembedahan am
mulai jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
2. Pemilihan pesakit. Pesakit adalah
dari Kategori ASA 1 dan 2 (berisiko rendah) sahaja akan dimasukkan ke dalam
senarai pembedahan dan pemilihan
pesakit akan dibuat akan dibuat olih pakaratau pegawai perubatan unit berkenaan.
3. Jenis bius.
Jenis pemberian bius akan ditentukan
olih pakar atau pegawai perubatan bius yang akan memberi
perkhidmatan.
4.Tata cara kemasukan.
Pesakit yang telah dipilih untuk
pembedahan di Hospital Pasir Mas, nama mereka akan dicatit dalam buku pembedahan
di Hospital Pasir Mas.
-Pesakit akan diberi surat rujukan
atau borang kemasukan ke Hospital Pasir Mas olih pakar atau pegawai perubatan
yang merawat pesakit tersebut.
-Pesakit akan dimasukkan ke Hospital
Pasir Mas sehari sebelum pembedahan dijalankan selewat lewat pada jam 2
petang.
-Pesakit akan diperiksa olih pegawai
perubatan di Hospital Pasir Mas.
-Penyelidikan makmal dan X-ray akan
ditentukan olih pegawai perubatan di Hospital Pasir Mas jika perlu.
-Pada hari pembedahan pesakit akan
dilihat olih pakar atau pegawai perubatan bius semula untuk menentukan
jenis bius yang akan diberikan dan selepas pembedahan pesakit akan dilihat
semula olih pakar atau pegawai perubatan yang melakukan pembedahan.
JENIS JENIS
PEMBEDAHAN YANG TELAH DIJALANKAN.
Kes kes pembedahan
am:-
-Herniatomy.
- Hemiarraphy
- Excision biopsy.
- Excision of breast lump.
- Visecolithotomy.
- Ochidopexcy.
- Circumcision under GA bagi kes
istemewa. |
Kes kes pembedahan
Orthopidik.
- ORIF for DCP/I/M Nailing.
- SSG.
- Removal of implant.
- Excision biopsy.
- Wound debridment.
- Insertion of K - wire.
- Removal of K - Wire.
- Bone graffting.
- Realeased of contracture.
- Secondary suturing. |
Selain daripada pembedahan yang dijalankan
secara networking dengan Hospital Kota Bharu, pembedahan pembedahan kecil
saperti D&C, Circumcission, Excision dan lain lain dijalankan pada
hari Sabtu dan hari Isnin. |