UNIT
FARMASI KLINIKAL HOSPITAL PASIR MAS KELANTAN
|
Waktu Bertugas di Kaunter Pesakit Luar
Kaunter dibuka
pada setiap hari kerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang (Sabtuhingga
Rabu) dan sehingga 12.40petang pada hari Khamis. Pada hari cuti hujung
minggu dan hari kelepasan am,
kaunter dibuka dari jam 9.00 pagi hingga
12.00 tengahari.
Slip preskripsi
yang diterima dari Pembantu Perubatan atau Pegawai Perubatan diberi tempoh
selama tiga hari untuk mendapatkan bekalan. Diluar tempoh ini pesakitdiperlukan
berjumpa semula Pegawai Perubatan untuk mendapatkan slip preskripsi
yang baru.
Bekalan Ubat Jangka Panjang atau Ubat Yang Tiada Dalam Simpanan
Pada kebiasaannya
ubat ubat dibekal untuk tempoh satu bulan dan paling banyak dua bulan.
Kad khas akan diberi kepada pesakit yang mengambil ubat bagi jangka masa
yang panjang. Tarikh untuk mengambil semula ubat dicatit pada kad berkenaan.
Bagi Ubat
ubat yang tiada dalam simpanan, kad khas juga akan diberi kepada pesakit.
Pesakit yang mempunyai telefon akan
dihubungi apabila ubat berkenaan telah diperolehi. Pesakit yang tiada telefon
diminta menghubungi unit ini dari masa
kesemasa untuk bertanyakan ubat mereka. Jika perlu dan berkaitan dengan
kes kes yang berat, ubat
akan dihantar terus kepada pesakit berkenaan.
Aktiviti Kaunseling Ubat Ubatan
Kaunseling
ubat ubatan diberi oleh Pegawai Farmasi sekiranya dirujuk oleh PegawaiPerubatan
atau ada permintaandari pesakit. Kaunseling juga diberi bagi kes kes
yang difikir perlu bagi meningkatkan
kefahaman dan kepatuhan (compliance) pesakitkepada rawatan ubat yang diberi
oleh Pegawai Perubatan.
Sekiranya
Pegawai Farmasi tidak dapat memberi kaunseling pada hari yang sama, temujanji
boleh diberi kepada pesakit
bagi mengadakan sesi kaunseling pada hari hari
yang lain. Sekiranya ada para pesakit yang tidak berpuashati atau adapertanyaan
sila hubungi Pegawai Farmasi ditalian 097909333-401.