UNIT
HASIL
HOSPITAL PASIR MAS KELANTAN MALAYSIA |
|
Pengurusan
akaun hasil khusus bagi bayaran Bil Hospital Pesakit Dalam telah beroperasi
semenjak Hospital Pasir Mas ditubuhkan pada 1985 dibawah pengawasan Unit
Pentadbiran. Diperingkat awal, perkhidmatan yang diberi lebih merupakan
bantuan kepada rawatan sosial ke arah kesejahteraan pembangunan kesihatan
masyarakat. Ini bermakna kos perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan sebanyak
99% manakala pesakit hanya membayar 1% sahaja. Dari masa ke semasa peranan
pengurusan akaun hasil semakin meningkat dengan bertambahnya kemasukan
Pesakit Dalam disamping masalah masalah sosial yang semakin mencabar dalam
arus pemodenan menjurus kearah negara maju. Akhirnya akaun hasil ini dipertanggungjawabkan
dibawah Penolong Pegawai Tadbir Hasil pada Tahun 1996 untuk mengurangkan
tunggakan serta pengujudan sistem hasil yang berkesan.
Objektif Memberi sokongan kewangan kepada program dan aktiviti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Pasir Mas melalui pelaksanaan dasar hasil berasaskan prosidur, arahan dan pekeliling kewangan yang ditetapkankan. Tumpuan diberikan kepada pengujudan sistem kutipan hasil yang berkesan yang menjadi sumber kewangan Kerajaan. Skop Prosidur caj bayaran wad dan rawatan (termasuk siasatan) di Hospital Pasir Mas ini adalah tertakluk kepada Akta Fees 1957 Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 1982/1993 serta arahan dan pekeliling kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan Yang Disediakan Berikut adalah perkhidmatan bayaran yang disediakan:-
|