PENGENALAN
Unit
ini telah mula beroperasi pada 15.9.1985 iaitu tarikh mula Hospital Pasir
Mas yang dulunya dikenali Hospital Daerah Pasir Mas dibuka.
Kandungan
Pada
peringkat awal ianya berkongsi dengan Unit Pentadbiran, oleh kerana peningkatan
jumlah pesakit unit ini telah diperbesarkan dan ini menyebabkan Unit Pentadbiran
berpindah ke Bangunan Asrama. Unit Kecemasan ini sekali lagi mengalami
pengubahsuaian untuk pembesaran pada Bulan November 1998.
SKOP
Unit
Kecemasan ini berfungsi untuk memberi rawatan segera kepada mereka yang
ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan. Disamping itu unit ini juga
memberi perkhidmatan berikut:-
-
Pendaftaran
Masuk Wad.
-
Perkhidmatan
Ambulan.
-
Perkhidmatan
Kereta Jenazah.
-
Perkhidmatan
Berkhatan.
-
Perkhidmatan
Bedah Siasat.
AMALAN KERJA
Unit
ini akan memberi rawatan kepada semua kes kemalangan dan kecemasan. Jika
perlu, pesakit dimasukkan ke dalam wad hospital ini untuk dirawat secara
pesakit dalam. Pesakit yang tenat akan dirujuk ke Hospital Kota Bharu atau
Hospital Universiti Sains Kubang Krian selepas keadaan distabilkan. Pegawai
Perubatan yang bertugas dikehendaki menghubungi hospital berkenaan sebelum
rujukan dibuat. Semua pesakit akan didaftarkan dan kad pesakit luar yang
dikeluarkan disimpan di Unit Kecemasan setelah pesakit dirawati Ujian ujian
Makmal atau X-Ray dilaksanakan di unit masing masing di hospital ini Pegawai
Perubatan Y/M unit ini atau Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan
bertanggongjawab keatas semua kes kecemasan dan dibantu oleh Pembantu Perubatan.
Kemasukan kes kes kemalangan dan kecemasan ke wad adalah dengan arahan
Pegawai Perubatan yang bertugas. Kemasukan setiap pesakit dari Unit Kecemasan
ke wad wad adalah ditemani oleh kakitangan dari unit ini. Perkhidmatan
ambulan disediakan di unit ini untuk kes kes kecemasan.
ORGANISASI STRUKTUR
Seorang
Pegawai Perubatan U2 akan mengetuai Unit Kecemasan dan akan berfungsi sebagai
ketua. Pegawai Perubatan Y/M unit ini adalah bertanggongjawab seterusnya
kepada Pengarah Hospital ini. Seorang Pembantu Perubatan U7 adalah pegawai
sokongan membantu Pegawai Perubatan U2 di Unit Kecemasan bagi menyelaras
kerja kerja harian unit ini. Seorang Pegawai Perubatan akan bertugas atas
panggilan secara bergilir gilir bagi unit ini. Minima dua orang Pembantu
Perubatan bertugas secara syif untuk menyampaikan perkhidmatan 24 jam.
Kakitangan lain seperti Jururawat, Penolong Jururawat, Pemandu Ambulan
dan Atenden Kesihatan ada di unit ini untuk menyampaikan perkhidmatan mereka. |