|
Wad
Bersalin (Obstetrik & Maternity) atau Wad 6 menerima ibu ibu yang dalam
keadaan sakit hendak bersalin, mereka ini boleh pergi terus ke wad berkenaan
tanpa singgah di Unit Kecemasan. Perkhidmatan disini berterusan 24
jam juga menerima kes kes ibu yang bermasalah saperti 'Pre Eclampsia',
'Gestational Diabetes', 'Premature Contraction' dan 'Anaemia' bagi tujuan
rawatan berterusan. Kakitangan wad ini adalah terlatih dimana ianya diketuai
oleh seorang Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah
Hospital, Hospital Pasir Mas. Disamping itu wad ini juga mempunyai Jururawat,
Jururawat Masyarakat, Bidan dan Atenden Kesihatan, mereka ini dselia oleh
seorang Ketua Jururawat
|
Wad Obstetrik
dan Gynaecologi juga mengandungi Wad Ante Natal dan Post Natal juga Sakit
Puan dimana ia menempatkan juga bayi baru lahir yang mengidap Penyakit
Kuning (Neonatal Jaundice). Bayi yang ditempatkan disini ditemani oleh
ibunya bagi tujuan penyusuan ibu, ibu ibu yang mengiringi bayi ini diberi
keperluan asas saperti pesakit pesakit lain.
Hospital Pasir Mas dan tujuh lagi
hospital Kementerian Kesihatan di Kelantan telah diiktiraf oleh World Health
Organisation dan Kementerian Kesihatan Malaysia pada akhir 1996 sebagai
Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital).
Bagi mencapai status Hospital Rakan
Bayi sepuloh
langkah panduan kearah kejayaan penyusuan susu ibu telah dipraktikkan. |
Ceramah mengenai penyusuan susu
ibu kepada kakitangan
|