1.
Mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli-ahli Lembaga Pelawat, dengan
pihak Hospital dan dengan pesakit-pesakit serta orang awam di hospital-hospital
seluruh Malaysia.
2.
Bertukar-tukar pendapat, serta fikiran bagi menangani masalah serta merancang
projek/program tahunan di hospital. Sebagai penasihat kepada pengarah hospital,
kerjasama yang erat perlu dijalin bagi mempertingkatkan imej hospital,
agar ianya dapat mewujudkan suasana yang memberi kepuasan kepada pelanggan.
3.
Untuk menerima teguran-teguran yang bertanggungjawab serta membina dari
para pesakit dan orang awam mengenai kernudahan dan perkhidmatan di hospital
supaya dapat disalurkan kepada pihak berkenaan agar segala kelemahan dapat
diperbaiki dengan cara-cara yang lebih berkesan.
4.
Untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan
dan juga membantu pihak hospuital dalam kerja-kerja kebajikan dengan cara
yang lebih teratur, berkesan dan dapat pula menanam sikap masyarakat penyayang.
5.
Untuk menjadi badan perantaraan tunggal bagi mewakili Majlis dengan mana-mana
badan luar.
6.
Bagi menjaga dan meningkatkan lagi kebajikan ahli-ahli dari masa ke semasa,
sebagai insentif galakan dan motivasi kepada ahli-ahli untuk memberi sumbangan
sepenuh tenaga kepada Majlis di samping menjaga maruah ahli-ahli Majlis.
7.
Mewujudkan sebuah “Yayasan Majlis Lembaga Pelawat Hospital Malaysia”, di
bawah Undang-Undang Syarikat Amanah Tahun 1949 yang dapat membantu menolong
Lembaga Pelawat Hospital Malaysia mendapat sumber kewangan, peralatan dan
kemudahan, di bawah Akta Pengecualian Cukai Pendapatan 44(6).
8.
Untuk menyelesai semua masalah dengan cara terhormat dan baik, serta dilarang
dibawa atau diangkat ke mana-mana Mahkamah.
9.
Mengikuti kursus atau perjumpaan atau lawatan yang diatur oleh Kementerian
Kesihatan dari masa ke semasa di peringkat Negeri maupun di peringkat Kebangsaan.
10
Untuk menyelaras segala kegiatan dan mewujudkan suasana semangat kerjasama
yang erat dan rapat dengan Kementerian Kesihatan, serta semua mereka berkenaan
dengan cara hormat-menghormati, bertolong-tolongan, nasihat-menasihati,
menjalankan apa saja yang sah dari segi Peraturan dan Perundangan Negara
dengan kaedah pentadbiran yang berkesan, serta berkemaskini, bagi mencapai
matlamat-matlamat tersebut di atas. |