|
|
PENGENALAN
Hospital Pasir Mas adalah salah satu
organisasi peningkatan daerah bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya
telah dibuka dan dirasmikan oleh DYMM Al Sultan Kelantan pada 31 Mei 1986.
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
pula adalah salah satu bahagian yang memberi khidmat sokongan kepada perkhidmatan
perawatan pesakit. Pada permulaannya bahagian ini diketuai oleh Pegawai
Perubatan Yang Menjaga dan dibantu oleh Ketua Kerani, Pegawai Kerani, Operator
Telefon, Buruh-buruh, Pemandu-pemandu, Pekerja Am dan Jaga. Bahagian ini
menyediakan Perkhidmatan Pentadbiran, Kewangan Pentadbiran, Hasil, Kejuruteraan,
Operator Telefon, Dobi dan Keselamatan serta kebersihan dan kecantikan
kawasan.
Masa yang berlalu telah membawa banyak
perubahan kepada bahagian ini. Jawatan Penolong Pegawai Tadbir telah diwujudkan
dan diisi. Bahagian Hasil kemudian ini telah diseliakan oleh seorang Penolong
Pegawai Tadbir berasingan dari Bahagian Pentadbiran. Pengswastaan lima
perkhidmatan hospital telah menyebabkan perkhidmatan dobi, kejuruteraan
dan kebersihan kawasan telah diserahkan kepada pihak swasta iaitu Syarikat
Radicare (M) Sdn. Bhd. Tahun 1997 juga memperlihatkan Unit Kawalan Keselamatan
telah diswastakan.
Dengan ini hanya perkhidmatan, kewangan,
pentadbiran, perkhidmatan, operator telefon dan kenderaan dikendalikan
oleh bahagian ini. Walau bagaimanapun bahagian ini masih menyelia kerja-kerja
Syarikat Kosesi Radicare (M) Sdn. Bhd. dan Pengawal Keselamatan.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan sokongan
dalam hal-hal pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, perhubungan, keselamatan
serta kebersihan dan kecantikan yang bersih, Iicin dan berkualiti di samping
menyelaras perjalanan organisasi dan aktiviti-aktiviti lain didalam menjayakan
matlamat Jabatan dan Kementerian Kesihatan.
AKTIVITI
PENTADBIRAN
-
Urusan Surat Menyurat.
-
Kebersihan Pejabat.
-
Mengurus Keperluan
Jabatan.
-
Mengurus Pentadbiran
Stor.
-
Mengurus Sistem
Fail dan Rekod-rekod Jabatan.
-
Urusan Rumah Kerajaan.
-
Mesyuarat Jabatan.
-
Kad Perakam Waktu.
-
Harta Modal dan
Inventori.
KEWANGAN
-
Urusan Gaji.
-
Urusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
-
Urusan Cukai Pendapatan.
-
Urusan Pembayaran Tuntutan Elaun.
-
Urusan Pembayaran Jabatan (Bil-Bil).
-
Urusan Sebutharga/Tender.
-
Urusan Pembelian Jabatan.
-
Penyediaan Belanjawan.
-
Lapuran Kewangan.
-
Urusan Buku Vot Berkomputer.
-
Petty Cash.
KEBERSIHAN DAN KECANTIKAN
Menyelaras dan Menyelia Perkhidmatan
Radicare (M) Sdn. Bhd.
|
PERKHIDMATAN
-
Urusan Pengujudan
dan Pengisian Jawatan.
-
Urusan Pengesahan
Jawatan.
-
Urusan Kemasukan
Dalam Berpencen.
-
Penanggungan Kerja.
-
Kursus.
-
Peperiksaan.
-
Kenaikan Pangkat.
-
Pencen.
-
Urusan Cuti.
-
Urusan Tatatertib.
-
Urusan Penilajan
Prestasi.
-
Buku Rekod Perkhidmatan.
PERHUBUNGAN
-
Kenderaan Jabatan.
-
Perhubungan Telefon.
KESELAMATAN
-
Urusan Penyeliaan Pengawal Keselamatan.
-
Jawatankuasa Keselamatan.
-
Menyelaras dan Menyelia Perkhidmatan
Radicare (M) Sdn. Bhd.
PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
Urusan penyelengaraan dan pembangunan
bukan dalam perkhidmatan Radicare (M) Sdn. Bhd.
Menyelaras dan Menyelia Perkhidmatan
Radicare (M) Sdn. Bhd.
|
|