Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada semua para pengunjung ke Laman Hospital
Pasir Mas. Laman ini adalah khas untuk orang awam yang menggunakan
hospital ini. Melalui lama ini kami akan memberi maklumat tentang
hospital, perkhidmatan yang disediakan juga maklumat perubatan am
untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan. Bagi maklumat yang
tiada dalam laman ini anda semua akan diarahkan ke alamat yang
berkaitan. Laman ini adalah interaktif dan menyeronokkan.
Anda juga mungkin boleh mengambil bahagian dalam kuiz dan
memenangi hadiah yang disediakan. Anda juga boleh mendapatkan
maklumat mengenai kesihatan anda dan keluarga dengan menghantar
email ke pihak pengurusan hospital ini. Anda juga boleh menghantar
cadangan, aduan atau penghargaan melalui laman ini.
Usaha mengadakan Laman Hospital Pasir Mas adalah selari dengan
usaha Kerajaan untuk mempromosikan teknologi maklumat (Information
Teknology). Ini juga akan memberi anda pengalaman yang berguna bila
komponen Koridor Raya Multimedia iaitu Teleperubatan (Telemedicine)
diimplimentasikan di Malaysia.
Akhir kata saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada
Che Alim Che Haron Pembantu Perubatan U8 di Unit Kecemasan
Hospital Pasir Mas, Kelantan yang telah membina laman ini.
Sekian
Dr. Ziaudin Ahmed Abdulkareem.
Pengarah Hospital Pasir Mas,
17000, Pasir Mas, Kelantan.
Email pengarah@theoffice.net