Unit Rekod 
Hospital Pasir Mas
Kelantan Malaysia

Kandungan


















Objektif

Sebagai sebuah unit pusat pengumpulan, penyusuanan laporan dan data hospital dengan   betul dan tepat untuk kegunaan perancangan pengurusan hospital, Pejabat Pengarah Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Skop

Meliputi keseluruhan unit di Hospital Pasir Mas.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Menyediakan Laporan Perubatan dan Laporan Bedah Siasat kepada pelanggan yang terdiri dari Polis, Peguambela, Perkeso, Syarikat Insuran Hayat, orang perseorangan dan sesiapa yang memerlukannya.
  2. Menyediakan laporan statistik Hospital.
  3. Perkhidmatan pengendalian rekod Pesakit Dalam.
Bayaran Laporan Perubatan

Untuk Laporan Perubatan bayaran dikenakan adalah berjumlah RM40.00 dan Surat Permohonan serta Surat Kebenaran jika perlu hendaklah dihantar kepada  alamat berikut:-
 

Tuan Pengarah Hospital,
Hospital Pasir Mas,
17000, Pasir Mas,
Kelantan.
          (up Unit Rekod Perubatan)