Pusat Khidmat Sepadu Hospital Pasir Mas telah di tubuhkan pada
01.11. 97 bertempat di Wad 3 (Perubatan Am Perempuan). Mangsa
terlibat dihantar terus ke wad tersebut tanpa melalui Unit Kecemasan
Hospital Pasir Mas. Pegawai Perubatan akan datang untuk membuat
pemeriksaan lanjut.
Pusat ini adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan secara
komprehensif kepada mangsa mangsa perkosaan, penderaan fizikal dan
emosi kepada wanita dan kanak kanak yang merangkumi rawatan
perubatan, bantuan polis, bantuan biro guaman, Pejabat Khadi dan
Pejabat Kebajikan Masyarakat.
Kes kes yang di kendalikan di Pusat ini ialah:-
1. Serangan Keganasan Sek
2. Penderaan Kanak kanak ( Seksual, fizikal, pengabaian dan
pembuangan bayi)
3. Keganasan Rumah Tangga
4. Mengandung tanpa nikah
Segala makiumat mengenai mangsa adalah sulit.
Untuk makiumat lanjut boleh lah di dapati melalui Penyelaras, Ketua
Jururawat Noriah Abdullah di talian 09-7909333 sambungan 321, 213, dan
215.