Perkhidmatan pemeriksaan Pap
Smear adalah aktiviti penting dalam pencegahan program
kanser pangkal rahim memandangkan penyakit kanser adalah penyebab utama
kematian
wanita dewasa ini.
Perkllidmatan mi dijalankan oleh Jururawat di Wad Tiga manakala pemeriksaan
Slaid Pap
Smear di lakukan di Makmal Hospital Kota Bharu.
Schedule pengambilan Pap
Smear ialah pada han Sabtu, Isnin dan Rabu.
Kumpulan sasaran ialah pesakit wanita, kakitangan wanita hospital, isteri
kepada kakitangan
lelaki dan juga individu yang berminat yang telah memenuhi kriteria yang
di tetapkan.
Objektifperkhidmatan ini ialah:-
a) Untuk mengesan kanser pangkal rahim ( servik) di peringkat awal.
b) Untuk menentukan jenis kanser servik di kalangan wanita dalam
lingkungan umur 20—65 tahun.
c) Untuk merancang berbagai aktiviti bagi pengendalian dan tindak
susul awal ke atas kes kes positif.
Kriteria pengambilan Pap Smear:
- Semua wanita yang berkahwin berumur diantara 20—65 tahun adalah layak
untuk
menjalankan ujian ini.
Keutamaan di ben kepada kes kes berikut:-
a) Wanita wanita yang berumur terutama melebihi 35 tahun
b) Wanita yang mempunyai 5 atau lebih orang anak
c) Wanita yang berkahwin dalam peringkat umur terlalu muda
d) Wanita yang telah mengamal ho monal kontraseptik
e) Mengalami pendarahan semasa atau selepas persetubuhan
atau pendarahan yang tidak tetap.
f) Pemah mendapat jangkitan Genital Herpes
g) Wanita yang datang ke klinik semasa pemeriksaan pranatal
(Trimester kedua dan ketiga) dan 6 minggu selepas bersalin.
Ujian ini bolih di jalankan pada bila bila masa pusmgan haid. Tetapi seelok
eloknya masa
pengambilan adalah semasa pertengahan pusingan haid.
- Elakkan ujian semasa kedatangan haid.
Tempoh pengambilan ujian bagi wanita yang berumur bawah pada 35 tahun ialah
setiap 3
tahun sekali manakala wanita yang berumur 35 tahun keatas setiap tahun.
Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi Penyelaras, Ketua Jururawat Noriah Abdullah di
talian
09—7909333 sambungan 321, 313 atau 315.