|
Fungsi utama
unit ini ialah untuk memastikan dan seterusnya membuat pembekalan ubat-ubatan,
alat kelengkapan peralatan perubatan dan bukan perubatan sentiasa mencukupi
bagi kegunaan di Hospital, Bahagian Kesihatan dan Pergigian Daerah Pasir
Mas.
Skop
-
Aktiviti Perolehan/Pembelian Ubat-ubatan
dan Alat Kelengkapan. Aktiviti ini dibuat oleh Pegawai Farmasi dan dibantu
oleh Pembantu Tadbir (Stor) di bahagian komputer. Perolehan dibuat melalui:-
-
Secara pemesanan berkomputer kepada
Syarikat Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn. Bhd. Iaitu Pembekal Utama Kerajaan.
-
Secara Kontrak Pusat contohnya pakaian
seragam, kertas cina dan absorbent gauze.
Secara pesanan kepada pembekal tempatan
semada melalui sebutharga atau pembelian runcit. Permohonan pembelian daripada
unit-unit pengguna akan diluluskan berdasarkan kepada baki peruntukan sedia
ada serta kelulusan Pengarah Hospital. Hanya Pegawai Farmasi sahaja yang
berkuasa untuk membuat pesanan.
-
Aktiviti Penerimaan
-
Iaitu penerimaan perkara-perkara yang
dibuat pesanan. Aktiviti ini adalah tanggungjawab ketiga-tiga Pembantu
Tadbir (Stor) bertugas. Semasa penerimaan, barangan yang diterima diperiksa
dan segi kuantiti, keadaan serta ketepatan catitan didalam Nota Hantaran.
-
Aktiviti Penyimpanan dan Pembekalan.
-
Aktiviti penyimpanan dibuat oleh Pembantu
Tadbir Y/M bahagian berkaitan Ubat/Bukan Ubat) dengan
bantuan Atenden Kesihatan bertugas. Penyimpanan dibuat berdasarkan kepada
keperluan barangan berkaitan. Contohnya ubat-ubatan biasa disimpan didalam
bilik berhawa dingin, ubat vaksin disimpan di dalam peti sejuk dan alat-alat
seperti jarum disimpan di dalam bilik biasa.
-
Aktiviti pembekalan dibuat berdasarkan
kepada Nota Keluaran Barang-Barang yang telah diluluskan oleh Pegawai Farmasi
dan dibuat mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Tatacara
Pengurusan Stor (TPS). Contohnya FIFO (First In First Out). Unit-Unit Pengguna
boleh memperolehi barangan yang diperlukan melalui pesanan yang dibuat
dengan menggunakan Baucer Pemesan/Pengeluaran Barang-Barang Pemesan. Barangan
kegunaan rutin boleh dibuat secara bulanan dan hendaklah dikemukakan seminggu
sebelum giliran. Permohonan untuk barangan bukan kegunaan-rutin (contohnya
surgical scissors) boleh dibuat dengan mengisi Borang
Permohonan Pembelian Peralatan yang boleh diperolehi dan unit ini. Hanya
pegawai-pegawai yang diberikuasa sahaja yang boleh membuat pesanan.
|