Sepuluh Langkah Kearah Kejayaan
Penyusuan Susu Ibu

Penggalakkan dan bantuan
1. Mempunyai polisi bertulis penyusuan ibu yang sentiasa diberitahu dan diingatkan kepada semua kakitangan kesihatan.
2. Melatih semua kakitangan dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu semua ibu hamil akan faedah penyusuan ibu yang betul.
4. Bantu ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam sebaik dilahirkan.
5. Tunjukkan kepada ibu bagaimana melakukan penyusuan ibu dan bagaimana meneruskan penyusuan ibu sekalipun terpaksa berjauhan dengan bayi.
6. Beri bayi baru lahir susu ibu semata-mata dan tidak makanan atau minuman lain kecuali diperlukan secara medical.
7. Amalkan 'Rooming In', benarkan ibu dan bayi duduk bersama selama dua puluh empat jam.
8. Galakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Tidak memberi puting susu buatan atau puting kosong kepada bayi yang diberi susu ibu.
10. Mengadakan Kumpulan Menyokong Penyusuan Susu Ibu dan merujukkan ibu kepada mereka bila keluar dari hospital.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Jururawat Zaharah binti Mohd. Latif ditelefon nombor 097909333 atau email zatimola@hotmail.com