Penyusuan susu ibu mengandungi khasiat pemakanan yang terbaik untuk bayi dan dapat melindungi mereka daripada sebarang penyakit. Elemen ini amat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi serta sistem saraf mereka. Ia juga akan membantu mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini ialah Penyusuan Susu Ibu: Pendidikan Sepanjang Hayat; Tema ini memfokuskan kepada usaha menyatukan segala pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyokong aktiviti secara formal dan tidak formal di semua peringkat. Minggu Penyusuan Susu Ibu dianjurkan setiap tahun oleh World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) bagi tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penyusuan susu ibu. Ia juga bertujuan untuk menyelaraskan sebarang usaha bagi mencapai matlamat saperti yang termaktub dalam Deklarasi Innocenti. Di Malaysia program ini dianjurkan oleh Persatuan Penasihat Penyusuan Malaysia. Dalam usaha mengekalkan budaya penyusuan susu ibu, masyarakat serata dunia meraikan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada 1hingga 7 Ogos setiap tahun. 
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi:
Persatuan Penasihat Penyusuan Ibu Malaysia, 
7A, Jalan Kolam Air, 
Kg. Klang Gate Baru, 
53100 Kuala Lumpur 

Tel: 03-4053873 atau 03-4068914 
Email: pppim@hotmail.com

 
Hubungan ini menjadi asas kepada pembentukan personaliti kanak-kanak dan kesediaan mereka untuk mempelajari sesuatu. Susu ibu adalah sumber semulajadi yang paling berharga dan boleh diperolehi di serata dunia. Susu ibu dapat dihasilkan oleh wanita di mana sahaja dan merupakan satu-satunya makanan yang dapat dinikmati oleh orang kaya mahupun orang miskin. 

Dalam bidang pendidikan, kini sudah terdapat minat yang meluas untuk mempertingkatkan mata pelajaran dan merubah pendidikan ke tahap yang lebih baik. Bagaimanapun, soal kepentingan penyusuan susu ibu dan khasiat susu ibu masih kurang diterapkan di kalangan pelajar setiap peringkat.

MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA
1 - 7 OGOS 1999
Pada Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun ini, tumpuan WABA ialah untuk meningkatkan kesedaran di setiap negara dan peringkat mengenai kepentingan penyusuan susu ibu terutama sekali dari segi perkembangan kanak-kanak. WABA percaya bahawa topik mengenal khasiat pemakanan dan penjagaan bayi ini amat penting. OIeh itu, tumpuan diberikan kepada usaha menyatukan pengetahuan dan kemahiran yang akan menggalakkan penyusuan susu ibu dan menjadikannya satu proses pengajaran yang perlu diberi perhatian samada dalam pendidikan formal atau tidak formal.
 
Matlamat
  • Meningkatkan kesedaran awam terhadap penyusuan susu ibu dan menganggapnya sebagal satu piawai bagi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
  • Menggalakkan gabungan pendidikan penyusuan susu ibu dengan amalan penyusuan bayi secara betul disetiap peringkat pendidikan samada formal atau tidak formal.
  • Bekerjasama dengan pelbagal pihak dari institusi profesional, perubatan, maktab perguruan, pusat kesihatan, sekolah kerajaan, sekolah swasta dan pusat pendidikan kemasyarakatan dalam usaha untuk merangka kurikulum berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
  • Menggalakkan penyertaan pelajar dari peringkat tadika sehingga remaja dalam aktiviti-aktiviti Minggu Penyusuan Susu lbu Sedunia 1999 dan menyediakan alat pengajaran yang sesuai berdasarkan peringkat usia mereka.
  • Menggalakkan teknik pengajaran secara praktikal dengan menyatukan pengalaman penyusuan susu ibu dengan amalan praktikal melalui penggunaan barangan permainan kanak-kanak.
Mulakan sekarang!
  • Bekerjasama dengan organisasi pendidikan kerajaan samada diperingkat daerah atau kebangsaan serta membincangkan kaedah yang sesual untuk memasukkan topik penyusuan susu ibu dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.
  • Membabitkan penyertaan guru-guru dan para pendidik lain dalam perbincangan mengenai pendidikan dan penyusuan susu ibu, termasuk penyertaan mereka dalam menganjurkan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1999. Menubuhkan Iebih banyak kumpulan sokongan Penyusuan Susu Ibu.
  • Pilih buku sekolah dan bahan mengajar yang sesuai untuk dimasukkan makiumat dan cerita-cerita mengenai penyusuan susu ibu.
  • Senaraikan semua sekolah perubatan, kejururawatan dan mana-mana sekolah yang berkaitan dengan kesihatan serta menyediakan makiumat mengenai pendidikan penyusuan susu ibu kepada mereka. Buat susulan terhadap mereka yang berminat.
  • Anjurkan pertandingan mengarang dan melukis yang bertemakan penyusuan susu ibu di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
MEMAHAMI PENYUSUAN SUSU IBU