PERLINDUNGAN RADIASI

Perlindungan Sinaran atau Radiasi adalah aspek penting dalam Pengimejan Diagnostik
 
1. Jika sesuatu penyakit boleh dikesan (diagnos) dengan cam selain dari manjalankan pemeriksaan x-ray, pemeriksaan x-ray hendaklah dieIakkan. Misalnya jika Penyakit Tuborculosis (TB) boleh dikesan melalui pemeriksaan ujian darah di makmal, Pemeriksaan x-ray dada tidak perlu dijalankam untuk mengeIakkan Bahaya Sinaran Mengion x-ray.
2. Pemeriksaan x-ray yang hendak dijalankan hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan dan keadaan pesakit terlebih dahulu di nilai oleh Pegawai Perubatan sendiri bagi mengelakkan berlakunya salah permintaan x-ray, mengelakkan berlakunya pemeriksaan ulangan yang mengakibatkan seseorang pesakit menerima dos sinaran yang sepatutnya dielakkan.
3. Pemeriksaan x-ray ke atas pesakit perempuan yang mengandung atau disyakki mengandung HENDAKLAH DIELAKKAN (SHOULD NEVER BE UNDERTAKEN) melainkan jika pemeriksaan x-ray itu benar-benar tidak dapat ditinggalkan bagi tujuan kebaikan perawatannya. Dan jika pemeriksaan
terpaksa dijalankan, langkah-langkah perlindungan radiasi yang ketat MESTI diberi perhatian.
4. Kenyataan MESTI dipamerkan di Ruang Menunggu Unit Pengunejan Dan Bilik Tukar Pakaian MENGARAHKAN PESAKIT MEMBERITAHU JURU X-RAY SEKIRANVA BELIAU MENGANDUNG ATAU BERFIKIR BAHAWA BELIAU MENGANDUNG.
5. Bagi pemeriksaan x-ray dada dan rangka kepala, projeksi postero-anterior (PA) hendaklah diutamakan daripada projeksi antero-posterior (AP) bagi mengurangkan Dos Radiasi Serakan terkena
kepada mata pesakit.
6. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Di Tempat Kerja :Perlindungan Sinaran (1974), sekiranya pemeriksaan x-ray yang dijalankan menggunakan peralatan x-ray mudahgerak 
(PORTABLE UNIT), pesakit-pesakit lain yang tidak di x-ray serta kakitangan-kakitangan yang tidak
terlibat dalam menjalankan pemeriksaan x-ray hendaklah berada dalam jarak tidak kurang dari 6 kaki dari punca utama sinaran x-ray dikeluarkan.
7. Jika pesakit yang hendak dijalankan pemeriksaan x-ray ke atasnya tidak berdaya dan perlu ditemam semasa dedahan x-ray dibuat, ianya MESTILAH ditemani oleh kaum keluarganya dan bukan kakitangan perubatan. Sekiranya tiada kaum keluarganya yang hadir semasa pemeriksaan
dijalankan maka pesakit MESTILAH ditemani oleh kakitangan YANG BUKAN BERTUGAS DI UNIT PENGIMEJAN. JIKA SEKIRANYA SEMASA SESUATU PROSEDUR PEMERIKSAAN HENDAK
DIJALANKAN, PESAKIT DIIRINGI OLEH DUA ORANG ATAU LEBIH KAKITANGAN,  MAKA SEMASA
DEDAHAN X-RAY HENDAK  DILAKUKAN BELIAU HENDAKLAH DITEMANI OLEH KAKITANGAN YANG PALING KURANG KEKERAPANNYA MENEMANI PESAKIT SEMASA DEDAHAN X-RAY DILAKUKAN.
8. Pemeriksaan X-Ray Yang memerlukan dedahan sinaran yang tinggi seperti rangka kepala ( SkuII). tunis veterbara-cervical. Torak dan lumbar. Pelvis dan Abdomen tidak boleh di jalankan dengan Unit Mudahgerak (PORTABLE) dan hendaklah dilakukan di Unit Pengimejan dengan Peralatan Statik kerana 2 sebab utama.
. 1. UNIT PORTABLE mempunyai kuasa yang rendah. Dedahan yang dihasilkan tidak akan menghasilkan radiograf yang mempunyai apa-apa nilai diagnostik.
. 2. UNIT PORTABLE tidak mempunyai ciri-ciri perlindungan radiasi yang sempuma dan jika dedahan dilakukan ianya akan memberikan dos serakan yang tinggi kepada mata dan tisu-tisu pesakit, kakitangan-kakitangan yang berada berdekatan dan kakitangan yang mengendalikan pemeriksaan.
JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH HARAP HUBUNGI JABATAN KAMI DI NOMBOR 097909333-327 ATAU 407