Cerita Kedaikopi # 19 :5th Febuari,1999
Jam 3:30ptg di sebuah rumah kawan.Dia buat 'open house' untuk Hari Raya Puasa(1419 H).Bila raya,ramai orang KL balik kampung.Berhari raya dengan sanak saudara.Bila balik ketempat kerja nanti,barulah berkesempatan menziarahi rakan dan taulan.Semasa weekdays,semua orang sibuk,hanya masa weekends saja ada kesempatan berhari raya dengan rakan sekerja,jiran dan sahabat handai.
Sambil bersalaman dan bersembang,ada member buka cerita hal tol.Saya juga rasa tak puas hati.Maklumlah siapa mahu bayar,semuanya kalau bolih nak free.Dizaman gawat ni pendapatan berkurangan dan harga barang bertambah naik.Nasib baiklah kita di Malaysia tidak jadi macam di Indonesia.
Member:Sepatutnya lebuhraya ni free macam di UK.Kenapa kita perlu buat tol.
Saya:UK lain,kita lain.UK kaya,kita tidak sekaya mereka.Dia orang kebas banyak harta dari tanah jajahan beratus tahun.Duit kita juga diguna untuk membuat projek jalan.Kita negara membangun,penduduk hanya 1/3 penduduk UK.Member:OKlah,tapi you pun tahu.Tahu naik saja.Dulu dari Seremban Ke KL hanya RM 3,sekarang dah naik dekat RM6.Gaji aku tak naik 100%.Ini harga tol dah lebih harga minyak proton aku.
Saya:Aku pun naik bengganlah.Bukanlah tak bolih naik,tapi biarlah berpatutan ,sesuai dengan kadar inflasi dan kenaikan keupayaan rakyat membayar.Ini ada kaitan dengan kos pembinaan dan penyelenggaraan . Tapi aku was-was kerana kos yang dimaklumkan adalah tidak manasabah.Member:Apa hal dengan jalan tol terbaru ni.Aku belum lagi guna,tapi ramai dah heboh RM1.50 terlalu mahal.
Saya:Beginilah.Aku dapat maklumat jalan ini 3 kali lebih mahal dari jalan PLUS setiap kilometer.Kalau harganya sama harga projek PLUS,kita patut bayar hanya 50 sen sahaja.Aku bukanlah anti penswastaan,tapi kita perlu awasi kos pembinaan.Penswastaan ni ok kalau dilaksanakan untuk faedah rakyat dan bukan untuk kepentinggan tauke concession saja.Aku suspect kontraktor buat untung banyak dulu dan kita semua akan bayar selama 20 tahun akan datang.Member:Lebih baik pakai motosikal saja.
Saya:Jom,kita pergi cari big bikes;yang mana you mahu Vulcan,Viraga atau untuk lebih kuat vibration Harley Davidson?Member:Pakai big bikes rasa lebih muda sikit.
Saya:Orang kata untuk lebih ummph,kita mesti bawa girlfriend.Member:Ini cari penyakit ni.
Saya:Jom balik.Magrib dah dekat.