Bakar buku atau bakar ikan
di Melaka?
Selepas sembahyang dan kuliah subuh dipagi Ahad, mereka berdua beredar ke sebuat restoran mamak untuk menikmati roti bawang dan teh talik halia.Jam hanya baru menunjukkan pukul 7:05 pagi.Sebelum mengambil tempat biasa mereka,Rakan membeli satu akhbar untuk dibaca sambil menunggu makanan yang sedang dimasak oleh pekerja restoran.
Kawan:Apa interesting dalam
paper hari ni?
Rakan:Di Indonesia,bila mereka
bakar hutan negara kita berjerubu.Ini di Malaysia kita pula bakar buku.Dulu
ada pernah orang kita bakar surat khabar.Masing-masing mahu protes
dan nak lepas geram...
Kawan:Bagi aku,buku macam
Satanic Verses karangan Salman Rusdie tu memang patut di bakar,sebab ia
menghina Allah dan Rasul.Yang ini,aku belum baca...
Rakan:Jika kita melihat dari
aspek sejarah,dah banyak buku yang telah terbakar oleh kerana kemarahan
manusia terhadap sesuatu isu atau puak.Ia pernah berlaku di Negara Eropah,China
dan di Timur Tengah.Sebagai peminat buku,aku agak terkilan juga bila melihat
pelbagai buku terbakar.Buku adalah roh bangsa.Pada aku, buku adalah
catitan sejarah ilmu dan budaya bangsa.Tapi aku akui bukan semua buku mempunyai
ciri ilmu dan budaya. Setengahnya,pada pendapat aku, penuh dengan cerita
fitnah dan lucah untuk tujuan komersial dan fitnah.Tapi bagi orang lain,mereka
lain pula tanggapannya....
Kawan:Ini yang susah ni.Tambah
lagi,ada orang yang percaya walau pun kita kata ini semua fitnah.Anak muda
kita pula mungkin nanti asyik dok baca cerita lucah pula.Setiap orang ada
pentafsiran mereka sendiri.Dengar khabar buku bertajuk SHIT ini ,mengikut
pengarangnya ialah satu satirika politik.Tapi bagi setengah orang ianya
lucah dan mencarut.
Rakan:Dulu buku Malay Dilema
di haramkan,sekarang tidak lagi.Nampaknya penilaian dibuat mengikut keadaan
semasa.Sesuatu idea atau karya itu mungkin tidak diterima pada masa
ini ,tetapi ianya relevan pada masa yang lain pula.Tetapi pada hakikatnya,kebenaran
itu tetap benar,hanya kita tidak dapat melihatnya sekarang .Mungkin kita
dapat melihatnya dimasa akan datang. Persoalannya,adakah isi kandungan
buku-buku yang kontroversel ini satu kebenaran atau kepalsuan?
Kawan:Ini yang susah nak jawap
ni.Pengetahuan,maklumat dan daya fikiran kita ini terhad.Aku cadangkan
agar buku sebegini jangan dibakar atau diharamkan-biar masyarakat buat
penilaian mereka sendiri.
Rakan:Tapi adakah masyarakat
kita mampu membuat penilaian yang bijak dan objektif?Apa hal kalau sesuatu
buku itu akan mengugat kestabilan dan keselamatan negara?
Kawan: Kau ni banyak soalanlah;aku
pun tak tahu nak jawap.Mari,kita perkenakan roti dengan kari ikan ni lagi
best.Jangan sebut lagi pasal buku ..aku nak makan ni.
Rakan:OK lah,tapi aku tetap
pertahankan supaya buku jangan dibakar.Aku sedih melihat peristiwa bakar
buku ni-satu titik hitam dalam budaya ilmu.Buku tak bersalah-hanya isinya
yang bermasaalah.Nak haram tu terpulang kepada budibicara pemerintah.Tapi
minta tolong jangan bakar buku;kalau bakar ikan di Serkam OK!
Kawan:Kau dah baca ke buku
Malay Dilema dan SHIT ini?
Rakan:Kedua-duanya belum
baca.
Kawan:Kalau gitu,jangan cakap
banyak-makan dulu.
Rakan:Oi Mamak...mana teh
tarik kami?