Cerita Kedaikopi #24: 18hb. Mei,1999
Hujan masih turun renyai-renyai.Kedai kopi di Jalan Raja Abdullah,KL hanya ada empat orang pelanggan.Jalan masih sibuk sebagaimana biasa.
Kawan:Apa pasal ni nampak letih dan mengantuk saja?
Penduduk:Tak dapat tidur semalam-hujan lebat menggila,kilat macam serangan peluru berpandu di Kosovo dan petir macam dunia ni dah nak kiamat...Kawan:Dengar khabar banjir kilat di Kg Baru?
Penduduk:Tak tahulah apa nasib kami...dah dua kali tenggelam bulan ni.Nasib baik aku duduk ditingkat 2 flat kami.Tapi kereta dan motorsikal habis tenggelam.Dah komplen kat YB berbuih dah mulut,tapi kami masih menerima nasib yang sama-salah satu Kampung Melayu di bandaraya yang menjadi mangsa kepesatan pembangunan KL.Kawan:Ini budaya kilat...kaya kilat,miskin kilat,bangunan kilat,jalan kilat dan mati pun macam kilat.Semua nak cepat.Apa tidak banjirnya-hutan di botakkan untuk kebas balak secara cepat,hakisan dari pembinaan tak terkawal,sampah sarap dan sisa kilang semuanya masuk sungai.Manalah sungai tak cetek dan air terus terjun kesungai tanpa tersekat dimana-mana. Banjirlah akibatnya....
Penduduk:Pembalak kaya cepat,pemaju perumahan kaya cepat,kontraktor kaya cepat,pengilang kaya cepat,tapi yang miskin cepat ialah kami penduduk disini.Kawan:Tapi kau masih nasib baik jika dibandingkan dengan penduduk di Bukit Antarabangsa.Seribu dah pindah kerana takut apartment mereka runtuh...tapi mereka ramai orang kaya,setengah tu pindah duduk hotel.
Penduduk:Kami nak pindah kemana-Hotel Renaisance?Nak mati...nak makan pun kais pagi makan pagi.
Kawan:Aku rasa tidak salah negara membangun, tapi kalau cepat sangat inilah akibatnya.Tak terkawal dibuatnya...
Penduduk:Yang aku duk fikir sekarang macam mana nak cari duit nak repair kereta dah masuk air ni...Masalah negara tu biar dia orang yang bijak-bijak tu fikirkan.Kawan:Kita ramai orang bijak-bijak mentadbir negara,tapi tak tahulah sekarang ni apa yang dia orang buat dengan kebijakan mereka.
Penduduk:Apa bijaknya kalau kami disini dilanda banjir dua kali sebulan.Boleh bagi pinjam duit RM 500 tak?