mata air:
 
padaku
ianya satu sumber air
dari perut bumi
dimana air bersih mengalir keluar
rasanya enak dan segar
dingin dan syahdu
seindah kasih ibu.

air:

sumber kehidupan
prasarana tamadun
 

tapi
kita cemarkan
kita keruhkan
malah kita racunkan
juga
kita buang tanpa kiraan
satu pembaziran
anugerah Tuhan.
 
apakah bala yang akan datang
untuk manusia berperangai syaitan?
 
 
mata air juga lambang kasih,
anak kepada ibubapa,
kekasih kepada yang bercinta.
satu perkataan
dua pengertian
antara kasih dan kehidupan.

inilah  satu keindahan
yang indah itu bahasa,
yang baik itu budi.

BAHASA JIWA BANGSA

jangan sekali kita lupa
walau pun dizaman siber.
 

-adiputra-
Taman Maluri,KL
15 hb. Ogos,1997
-----------------------------------------------------------------------------------------------------