Cerita Kedai Kopi:
Cerita ini boleh didengar dimana-mana kedai kopi-sama ada di Kedai
Beris,di Cabang Tiga Perupuk atau Melawi,di market Bachok atau di Pauh
Lima.Cerita kampung,cerita rakyat tapi kadang-kala ada juga berkait dengan
dasar Pak Menteri.
Pak Chu Mamat jual lembu....
Anak lelaki Pak Chu Mamat bernama Mat
Rahim dapat tempat belajar ugama di sebuat IPT di Timur Tengah.Mat
Rahim amat gembira kerana usaha giatnya telah mendapat kejayaan,tetapi
berita ini membawa dua erti kepada Pak Chu Mamat-gembira dan sedih.Ayah
mana yang tidak gembira diatas kejayaan pelajaran anaknya dan ayah mana
yang tidak sedih kerana dimana nak cari wang untuk membiayai pelajaran
di luar negeri.Pak Chu Mamat ialah seorang petani -kerjanya tanam padi
dan tembakau dan disamping itu ada membela seekor lembu yang sedang bunting.
Pada malam tersebut dia dan isterinya tak
boleh tidur."Mano aku nak cari pitih lima ribu ni?"Inilah soalan yang tiada
jawapan. Puas dia memikirkan cara untuk mendapat wang-kalau jual tanah
dan lembu nak makan apa.?
Pagi esoknya,dia terus kekedai kopi
Che Gayah menunggu Cikgu Ya yang biasanya datang minum kopi dan makan nasi
berlauk ikan kering . Nasib baik dia dapat berjumpa dengan Cikgu Ya untuk
mendapat nasihat bagaimana caranya untuk membiayai pelajaran anaknya.
Selepas mendengar cerita keluhan Pak Chu
Mamat,Cikgu Ya pun juga naik pening.Mana nak minta bantuan-kerajaan atau
wakil rakyat?Tarikh masuk IPT hanya 4 minggu lagi.Daripada tinjauan yang
dibuat,kerajaan juga dah habis peruntukan dan wakil rakyat pula tak sebulu!!
Akhir ikhtiar,satu jamuan teh dibuat
untuk mengutip derma.Jumlah yang dikutip hanya $1050,masih tak cukup.Mahu
tidak mahu,lembu bunting pun terpaksa dijual,tanah padi terpaksa digadai
dan habis gelang mas Mak Chu Bidah naik kedai pajak di Kota Bharu demi
pelajaran anak.
Begitulah korban orang kampung untuk kejayaan
anak.Mudah-mudahan anak tidak lupa jasa ibubapa apabila berjaya nanti.
Mudah-mudahan ,tahun depan Pak Chu Mamat
berharap anaknya akan mendapat bantuan biasiswa.Begitulah doa dan harapannya....
Nota kaki: Untuk makluman pembaca,cerita ini berulang
tiap-tiap tahun di beberapa buah kampung di Bachok.Pada hemat saya, tidak
kurang dari 10 orang anak muda Bachok yang sedang menuntut agama di IPT
di Timur Tengah yang memerlukan pembelaan.Malah masalah yang juga bagi
penuntut di IPT dalam negeri.Satu penyelesaian jangka panjang perlu untuk
mengatasi masalah yang berbangkit.
>dicatit olih Tok Peraih.
ARCHIVE
OF CERITA KEDAI KOPI