Antara sedih dan gembira
akan kutinggalkan bumi OKinawa
membawa bersama pelbagai cerita
Aku bersyukur kepada Allah
yang telah membawa aku ke sini
mengenal Nippon dan penghuninya
Di sini,
aku selalu ingatkan
bahawa aku muslimah
bahawa aku orang Malaysia
Teman-teman: Marina , Asmady dan Kamarul,
Aku bersyukur kerana dia ditemukan
Banyak yang kupelajari daripada kalian
Kita bersama berkongsi apa saja
Ramadhan, Aidilfitri tak akan ku lupa
Maaf kupinta atas segala kesilapan
Halalkan segalanya.
Buat Kak Lela dan keluarga,
Kak Zarah dan keluarga,
adik-adik daripada universiti di Okinawa
dan siapa jua yang pernah bersama-samaku
Terima kasih kerana menerimaku
sebagai saudara
budi baik kalian
Allah jua yang layak membalasnya.
Buat saudara seIslam
yang kutinggalkan
jua yang baru datang
sedikit pesanan ikhlas daripadaku
Di mana jua kita berada
sepanjang masa
kita adalah Muslim
Tak perlu rasa rendah diri
jika kita berbeza
tak perlu rasa hina
jika kita tidak mengikut mereka
kerana...
kebaikan tak mungkin sama dengan
keburukan
Yang baik adalah dari Allah jua
segala kesalahan dan kesilapan
adalah daripada kelemahan ku sendiri
|