Rosnani Saion
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
nani@mampu.gov.my
Dalam Kelas SA(B)
Systems Analyst (B)
- 16/3/2000
Raya di Rumah Kak Lela
|
Minasan,
Alhamdulillah, homepage Okinawa dan kawan-kawan banyak membantu saya
membuat persiapan sebelum datang ke OIC. Album Warga Malaysia di
Okinawa membantu saya mengenali pesonaliti seperti Kak Lela, yang saya
kenali sebelum tiba di OIC. Saya dapat bayangkan suasana di OIC.
Saya menatap wajah teman-teman daripada homepage, menyebabkan saya lupa
menatap album sebenar.
Sekarang giliran saya mencoretkan kenangan pahit-manis di OIC.
Pertama, saya coretkan kenangan menyambut Ramadhan & Aidil Fitri di
OIC (ini permintaan MBA). Ramadhan & Aidil Fitri di sini tidaklah
seteruk yang disangkakan, malahan semeriah macam di tanahair. Sepanjang
bulan Ramadhan, kami dibekalkan ‘bento’ untuk sahur. Boleh pilih
ikan, ayam & daging. Tapi saya pilih roti sahaja. Sembahyang
raya beramai-ramai dengan dengan muslimin & muslimat daripada berbagai
negara. ‘Open house’ di rumah Kak Lela dari pagi sampai ke petang.
Juadah raya sama macam di tanahair, yang takde cuma lemang & ketupat
(ganti dengan nasi empit). Kuih raya macam-macam jenis daripada dodol
ke ‘Bantal Peluk Saloma’ (di Okinawa sahaja ada biskut ni).
Tinggal di OIC selama 3 bulan lebih, merupakan satu pengalaman yang
menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis kepada kita semua.
Di samping itu banyak jugak dugaan & godaannya. Banyak-banyak
bersabar dan kuatkan iman menempuh kehidupan diperantauan.
Buat teman-teman semua, terima kasih di atas segalanya.
Jamata. |