Sedikit Panduan Halaman ini bertujuan memberi panduan bagi bakal pengunjung OIC. Seperti juga saya sebelum sampai di OIC, anda mungkin tertanya-tanya apa agaknya kemudahan yang ada di OIC ini. Apa yang perlu dibawa dan yang tak perlu dibawa. Semoga panduan berikut memudahkan anda 'packing' barang keperluan, dan juga 'set'kan minda anda terhadap apa yang akan ditemui dan dihadapi semasa menginap di OIC. Bilik
- Setiap orang diberi sebuah bilik berhawa dingin, lengkap dengan katil
dengan satu biji bantal, meja tulis, rak buku, peti televisyen dan perakam
video, almari 2 pintu, bilik air. Cadar ditukar 2 kali seminggu.
Rating saya untuk bilik 4 star.
Laundry
room - No problem nak cuci baju kotor. Mesin basuh
dan mesin pengering disediakan. Semua automatik. So tak perlu bawa banyak
baju. Kalau setakat jeans 2 helai memadai...kurangkan berat beg. Biar ringan
masa pergi....
Bilik PC di Domitory
- Dibuka 24 jam dan yang paling penting ada kemudahan Internet. Tak ada
masalah untuk hubungi keluarga dan rakan taulan. Peak hours during weekend
and after dinner every day. Rating 4 star
Scanner Machine
- Disediakan semasa office hours di administration building. Bila dah ada
Internet dan email, sudah pasti nak hantar gambar-gambar pada yang tersayang.
Massage Chair
- Yang ini pun ada disediakan percuma. Bagi menghilangkan rasa letih dan
sengal-sengal badan bolehlah relax sambil menonton TV gergasi 28 inci.
Letaknya di common room setiap floor. Rating 4 star
Kemudahan aktiviti rekreasi dan sukan - Meja pingpong, snooker, bilik karaoke, bilik piano dan organ, gymnasium, padang tennis, padang bola, kolam renang boleh digunakan bagi yang berminat. Rating 4 star -Norhayati |