Logo Yosri.
Bendera Malaysia.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan
Pengenalan
Buku Digital
Cerita Seram.
Daftar Negara
Alam Haiwan
Tokoh Dunia
Daftar Penyakit
Lagenda Dunia

TARAF 
BACAAN 
UMUM

Siri Ketenteraan.
Racun Abrin.
Tentera menembak
22 Rejab 1424
 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
http://w3.spancity.com/yosri
http://geocities.yahoo.com/home/ 
 

Racun Abrin
    Apa itu Abrin
    Abrin adalah racun semulajadi yang terdapat dalam benih tumbuhan yang dikenali sebagai pokok tasbih ( ''rosary pea'' ) atau ( ''jequirity pea'' ). Benih ini bewarna merah dengan tompok merah pada satu hujung. 

    Abrin serupa dengan ricin, bahan toksin yang juga terdapat dalam benih tumbuhan (pokok jaraj ( ''castor bean'' )). Bagaimanapun, abrin adalah lebih beracun berbanding ricin. Abrin boleh dihasilkan dalam bentuk serbuk, atau dilarutkan di dalam air. Serbuk abrin bewarna putih-kekuningan. 

    Abrin adalah bahan stabil, oleh itu mampu kekal dalam alam sekitar walaupun pada keadaan melampau seperti amat sejuk atau panas.

    Di mana dan bagaimana abrin digunakan

    Abrin tidak pernah diketahui digunakan dalam mana-mana perang atau serangan pengganas.

    Pokok tasbih ( ''rosary pea'' ), yang merupakan sumber abrin, biasa terdapat diseluruh dunia di kebanyakan kawasan tropika dan kadang kala digunakan sebagai ubat herba.

    Benih pokok tasbih ( ''rosary pea'' ) telah digunakan untuk menghasilkan perhiasan manik, yang boleh menyebabkan keracunan abrin sekiranya benih tersebut ditelan.
    Abrin mempunyai potensi kegunaan perubatan, seperti dalam rawatan bagi membunuh sel barah.

    Bagaimana anda boleh terdedah pada abrin
    Ia memerlukan perbuatan sengaja bagi menghasilkan abrin dari benih pokok tasbih ( ''rosary pea'' ) dan menggunakannya bagi meracun manusia. Pendedahan secara tidak sengaja pada abrin tidak mungkin.
     

    • Anda boleh terhidu atau menyedut masuk abrin yang dihasilkan sebagai serbuk dan disebarkan sebagai semburan atau tepung.
    • Anda terdedah sekiranya menyentuh permukaan diselitupi debu atau titisan abrin, atau debu atau titisan abrin terkena pada kulit atau mata.
    • Anda terdedah pada abrin yang terdapat dalam makanan atau air.
    • Ketulan abrin, atau cecair abrin, boleh disuntik masuk ke dalam badan.
    • Keracunan abrin tidak merebak. Ia tidak merebak antara seorang dengan orang lain melalui sentuhan biasa.


    Bagaimana abrin bertindak.
    Abrin bertindak dengan memasuki sel tubuh seseorang dan menghalang sel daripada menghasilkan protin yang diperlukan. Tanpa protin, sel akan mati. Akhirnya ini memberi kesan buruk kepada tubuh dan boleh menyebabkan kematian.

    Kesan keracunan abrin bergantung kepada samada abrin dihidu, ditelan, atau disuntik.

    Ciri-ciri utama keracunan abrin bergantung kepada cara pendedahan dan dos diterima, walaupun banyak organ mungkin mendapat kesan dalam kes teruk.
    Tanda-tanda utama keracunan abrin melalui pernafasan mungkin berlaku dalam tempuh 8 jam terdedah. Selepas menelan abrin, tanda-tanda berlaku dalam tempoh kurang 6 jam tetapi biasanya lewat 1 hingga 3 hari.

    Pernafasan: Dalam tempoh beberapa jam selepas sejumlah besar abrin di sedut masuk, tanda-tanda yang mungkin adalah masalah pernafasan (sukar bernafas), demam, batuk, loya, dan sempit ( ''tightness '' ) pada bahagian dada. Peluh yang banyak mungkin berlaku termasuk air terkumpul dalam paru-paru ( ''pulmonary edema'' ). 

    Ini akan menyebabkan pernafasan semakin sukar, dan kulit mungkin bertukar menjadi biru. Cecair berlebihan dalam paru-paru boleh di diagnosa melalui x-ray atau dengan menggunakan stethoskop untuk mendengar bunyi pernafasan. Akhirnya, tekanan darah rendah dan kegagalan pernafasan boleh berlaku, menyebabkan kematian.

    Ditelan: Sekiranya seseorang itu menelan sejumlah besar abrin, dia mungkin muntah dan cirit-birit yang mempunyai darah dan menyebabkan kekeringan ''dehydration'' yang teruk. Ini diikuti dengan tekanan darah rendah. Tanda-tanda simptom lain mungkin termasuk berkhayal ''hallucinations'', sawan, dan kencing berdarah. Dalam tempoh beberapa hari, hati, spleen, dan buah pinggang mungkin gagal berfungsi, dan boleh mengakibatkan kematian.

    Pendedahan melalui kulit atau mata: Abrin dalam bentuk serbuk atau semburan boleh mengakibatkan radang dan kesakitan pada kulit dan mata.

    Kematian akibat keracunan abrin boleh berlaku dalam tempoh 36 sehingga 72 jam terdedah, bergantung pada cara pendedahan (dihidu, dimakan, atau suntikan) dan dos yang diterima. Sekiranya kematian tidak berlaku dalam tempoh 3 hingga 5 hari, mangsa kemungkinannya sembuh.

    Menunjukkan tanda-tanda dan simptom berikut tidak semestinya bererti seseorang itu telah terdedah kepada abrin. 

    Bagaimana merawat keracunan abrin
    Oleh kerana tiada antidote bagi abrin, faktor paling penting adalah mengelakkan pendedahan kepada abrin. Sekiranya pendedahan tidak dapat dielakkan, faktor paling penting adalah menyingkirkan abrin dari tubuh akau keluar dari tubuh secepat mungkin. 

    Keracunan abrin dirawat dengan memberikan mangsa rawatan perubatan sokongan untuk mengurangkan kesan keracunan. Jenis rawatan perubatan sokongan bergantung kepada beberapa faktor, seperti cara mangsa diracun (iaitu, samaada keracunan melalui pernafasan, ditelan, atau pendedahan kepada kulit atau mata.). 

    Jagaan termasuk kaedah membantu mangsa bernafas, memberikan mereka cecair ''intravenous'' (cecair yang diberikan melalui jarum yang disuntik kedalam urat), memberikan mereka ubat-ubatan bagi merawat keadaan seperti sawan ( ''seizure'' ) dan tekanan darah rendah, mengepam perut mereka dengan karbon aktif (sekiranya abrin baru sahaja ditelan), atau membersihkan mata mereka dengan air sekiranya mata mangsa gatal-gatal.

    Bagaimana anda tahu samaada anda telah terdedah kepada abrin
    Sekiranya terdapat syak bahawa berlakunya penghiduan abrin, kemungkinan petunjuk adalah sejumlah besar orang yang pernah dudut rapat dengan tiba-tiba demam, batuk, dan cecair berlebihan di dalam paru-paru. Simptom ini mungkin diikuti dengan masalah pernafasan teruk dan kemungkinannya kematian.

    Tiada peralatan ujian untuk mengesahkan keracunan abrin dengan tepat di pasaran.

    Bagaimana melindungi diri, dan apa yang perlu dilakukan sekiranya terdedah kepada abrin

    Jauhi tempat di mana abrin dibebaskan dan dapatkan udara segar. Lari dari abrin kearah udara segar adala cara yang baik bagi menyelamatkan diri dari ancama kematian akibat terdedah kepada abrin. 

    Jika abrin dibebaskan dalam kawasan tertutup, keluar dari bangunan.
    Jika anda berhampiran dengan tempat abrin dibebaskan, penyelaras kecermasan mungkin memberitahu anda samaada kosongkan bangunan atau "berlindung" di dalam bangunan untuk mengelakkan daripada terdedah kepada bahan kimia. 

    Jika anda fikir anda telah terdedah kepada abrin, anda patut tanggalkan pakaian, basuh seluruh tubuh dengan air dan sabun, dan dapatkan rawatan secepat mungkin.

    Membuang pakaian tercemar:
    Tanggalkan pakaian yang terdedah kepada abrin. Sebarang pakaian yang perlu ditarik melepasi kepala perlu digunting buka agar pakaian tercemar tidak bersentuhan dengan muka.

    Jika anda membantu orang lain menanggalkan pakaian, cuba elak menyentuh sebarang bahagian yang tercemar, dan tanggalkan pakaian dengan secepat mungkin. 

    Basuh diri anda:
    Secepat mungkin, basuh sebarang abrin dari kulit anda dengan air dan sabun yang banyak. Membasuh badan dengan air dan sabun boleh membantu melindungi badan dari sebarang bahan kimia pada kulit.

    Jika mata rasa terbakar atau penglihatan kabur, bilas dengan air biasa selama 10 hingga 15 minit. Jika anda memakai kanta sentuh, buang dan letakkan ia bersama pakaian yang tercemar. Jangan pakai kembali kanta sentuh (walaupun ia dari jenis kanta sentuh bukan pakai buang). Jika anda memakai cermin mata, basuh cermin mata anda dengan air dan sabun. Anda boleh memakai cermin mata kembali selepas dibasuh.

    Menghapuskan pakaian tercemar: 
    Setelah anda selesai membasuh diri anda, letakkan pakaian anda dalam beg plastik. Elakkan menyentuh pakaian yang tercemar. Jika anda tidak dapat mengelak dari menyentuh kawasan terdedah, atau anda tidak pasti bahagian yang tercemar, guna sarung tangan getah atau letakkan pakaian dalam plastik dengan menggunakan pengepit, tangkai penyapu, kayu, atau objek seumpamanya. Jika anda memakai kanta sentuh, letakkan ia bersama pakaian tercemar itu.

    Tutup beg tersebut, dan tutup beg itu didalam beg plastik yang lain. Membuang pakaian anda dengan cara ini dapat membantu anda dan orang lain daripada terdedah kepada sebarang kimia yang mungkin terdapat pada pakaian anda.

    Apabila kakitangan kecermasan atau jabatan kesihatan tiba, beritahu mereka apa yang anda lakukan dengan pakaian anda. Kakitangan kecermasan atau jabatan kesihatan akan menguruskan untuk pembuangan lanjut. Jangan kendalikan beg plastik itu secara sendiri.

    Untuk maklumat lanjut mengenai cara membersihkan tubuh anda dan membuang pakaian anda selepas terdedah kepada bahan kimia, "Agen Kimia: Fakta mengenai Membersihkan Kakitangan dan Penghapusan Pakaian Tercemar." 

    Sekiranya mangsa telah menelan abrin, jangan mendorong mangsa agar muntah atau memberi mangsa minum sebarang cecair.

    Dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Dial 911 dan jelaskan apa yang berlaku.

    Rawatan keracunan abrin
    Keracunan abrin dirawat dengan penawar, jika perlu, dan dengan rawatan kesihatan sokongan. Perkara paling penting adalah menyuci diri mangsa dengan pantas dan memberikan rawatan perubatan secepat mungkin.

    http://www.bt.cdc.gov/agent/nerve/sarin/basics/facts.asp

Nabi s.a.w. bersabda :

"Kita semua diperintah supaya bersujud di atas tujuh tulang (dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua hujung kaki) dan janganlah hendaknya kita mengumpulkan pakaian dan rambut yakni menggenggamnya dengan kedua tangan."

(H.R. Bukhari)

Saidina Affan menyusun kata 
Tutur peri yang aulia 
Maaf-bermaafan sesama kita 
Di Aidilfitri yang mulia
Pantun karya saya

Hakcipta terpelihara 19 September 2003 © Mohamed Yosri Mohamed Yong. 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan http://browsers.comscape.com/browsers/main.tmpl
See who's visiting this page.View Page Stats
See who's visiting this page.

Fight Spam! Click Here!
mohamedyosrimohamedyongmohamedyosrimohamedyong