Kaunseling
Kelompok karya :
Mohamed Rafie Sabaktullah
Definisi Kaunseling Kelompok
Aminah Haji Hashim (1996) menegaskan
Kaunseling Kelompok adalah suatu proses perhubungan antara individu secara
berkelompok, yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli
yang mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Tujuan
perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan.
Kaunseling kelompok
adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan
seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri
serta situasi yang di alami. Process tersebut menekankan pemikiran yang
sedar, perasaan dan kelakuan ( Corey, 1990 ).
Cottle
dan Downie (1970), melihat kaunseling sebagai
“proses seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima
maklumat mengenai dirinya dan interksi dengan orang lain supaya dia dapat
membuat keputusan yang berkesan mengenai pilihan-pilihan dalam hidupnya”.
Manakala
menurut Zainal Abidin (2002), kaunseling adalah satu perbincangan
antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau
kelompok kecil yang memahami kekeliruan dan memerlukan bantuan
bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa altenatif untuk mengatasi
sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.
Pengenalan
Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok merupakan satu perkhidmatan
pertolongan psikologikal yang membantu individu normal berkembang secara
holistic mengikut potensi mereka. Tujuan kaunseling kelompok adalah
membaiki sikap dan tingkah laku klien yang tidak berkesan atau tidak
mendatangkan faedah. Mengikut corey (1990) kaunseling
kelompok bertujuan mencegah serta memulih. Hansen et al (1976)
menjelaskan, tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah
yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius, mana kala tujuan
memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang serius
di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar
kelaluan.
Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik,
sama ada masalah itu masalah pembelajaran kerjaya, sosial atau emosi. Isi
dan fokus perbincangan dalam kelompok, sebahagian besarnya ditentukan oleh
klien yang terdiri daripada individu yang normal(dapat berfungsi dengan
sepenuhnya). Kebanyakkan masalah yang dibawa ke dalam kelompok adalah
berkaitan dengan bertugas perkembangan dalam hidup seharian.
Dengan itu kaunseling kelompok berorientasikan
perkembangan (growth oriented), dan fungsi kaunseling serta klien adalah
memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang
selamat dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi
maklumat dan perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta
perlakuan.
Kelompok kaunseling berasaskan model pendidikan dan
model perubatan. Ia merupakan pertolongan yang diberi kepada individu yang
berfungsi penuh dan menghadapi masalah emosi, sosial dan intelek. Mengikut
Szasz (1973) dalam Ohlsen (1977) ”Adalah menjadi satu kesilapan jika
dilihat pemulihan individu yang bermasalah emosi itu sebagai hanya satu
rawatan perubatan. Ini adalah sebab individu itu telah lama menggunakan
cara mengatasi masalah yang tidak sesuai yang mungkin dipelajari sejak
usia kecil lagi. Melalui kaunseling kelompok individu itu akan mempelajari
cara dan perlakuan baru yang lebih sesuai supaya ia dapat membina
perhubungan yang memuaskan di kalangan sanak saudara, sahabat handai serta
rakan sekerja. Maka dengan itu kaunseling kelompok adalah satu pertolongan
yang diberi kepada individu yang menghadapi masalah emosi, sosial dan
intelek melalui model pendidikan dan model perubatan.
Model pendidikan merangkumi aspek-aspek membimbing,
mengajar, menunjuk cara serta mengasuh individu tersebut dengna
perlakuan-perlakuan yang lebih berkesan supaya dapat menangani masalah
yang dihadapi. Model perubatan pula meliputi aspek mengkelasifikasi
danmendiagnosa masalah secara mendalam tetapi tidak termasuk preskrepsi
atau memberi ubat.
Kaunseling kelompok menumpukan masa membantu individu
mengidentifikasi perlakuan yang tidak mendatangkan faedah atau
menguntungkan diri. Individu dalam kelompok kaunseling mempelajari
perlakuan baru supaya dapat berfungsi dengan berkesan. Gazda (1973)
menegaskan beliau lebih suka melihat kaunseling kelompok sebagai terletak
di satu kontinum yang berorientasikan pencegahan kepada yang
berorientasikan pemulihan. Di sebelah pemulihan beliau letakkan
psikoterapi, di sebelah mencegah pula diletakkan kelompok bimbingan,
latihan perhubungan antara manusia serta variasi-variasi di bawah
pergerakan potensi manusia. Manakala di tengah-tengah kontinum tersebut di
masukkan kaunseling kelompok.
Matlamat Kaunseling Kelompok
Corey
(1990) mengemukakan beberapa matlamat ahli kelompok kaunseling yang
dikongsikan bersama.
-
untuk belajar
mempelajari diri dan orang lain
-
untuk mendapatkan
pengetahuan tentang diri sendiri dan memperkembangkan identiti diri
-
untuk menerima bahawa
orang lain mempunyai keperluan dan masalah serupa, dengan itu berusaha
mewujudkan perasaan”sense of universality”I
-
untuk meningkatkan penerimaan diri,
keyakinan diri, hormat diri supaya dapat melihat diri dari sudut yang
baru ( a new view of one self )
-
untuk mencari alternative dalam menangani
isu perkembangan dalam hidup dan dalam mengatasi beberapa konflik.
-
untuk meningkatkan arah diri, autonomi dan
bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain
-
untuk menyedari bahawa ada pilihan dalam
hidup dan mempelajari cara membuat keputusan secara matang.
-
untuk merancang menukar beberapa perlakuan
dan mengikut rancangan yang telah dibuat.
-
untuk mempelajari kemahiran social yang
berkesan
-
untuk lebih peka terhadap
keperluan dan perasaan orang lain
-
untuk mempelajari cara
bersemuka (confrantation ) dengan orang lain secara berhati-hati,
mengambil berat, jujur dan berterus terang
-
untuk menukar kepada
memenuhi keperluan sendiri daripada memenuhi keperluan orang lain
-
untuk menjelaskan nilai
hidup diri dan membuat keputusan serta mencari jalan untuk mengubahsuai
nilai-nilai tersebut supaya menjadi lebih bahagia dalam hidup.
|