Tepat jam 12.00 tengah malam, 31 Ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan. Peristiwa bersejarah ini berakhir dengan penurunan bendera penjajah British dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.
Walaupun peristiwa bersejarah ini telah berlaku 42 tahun yang lalu namun ia bagaikan nostalgia baru dalam sejarah tanah air. Bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan. Pelbagai halangan terpaksa ditempuh terutama dari kalangan para pemimpin dan rakyat pada masa itu.
Kuasa-kuasa besar yang sering bertelagah telah membawa kesan yang mendalam ke atas sruktur masyarakat. Suasana yang dulunya aman damai bertukar menjadi muram. Keluarga dipisahkan demi memenuhi tenaga buruh dalam pelbagai sektor. Mereka yang engkar akan dibunuh dengan kejam tidak kira sama ada tua atau muda.
Menyedari hakikat ini maka lahirlah pejuan tanah air yang sanggup bangun menentang penjajah demi mendapatkan hak rakyat dan mengembalikan maruah negara yang kian lama dijajah.Barisan pejuang yang berkaliber seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn merupakan antara pemimpin negara yang sanggup berhadapan dengan penjajah dalam usaha membawa negara ke arah kemerdekaan.
Perjuangan mereka ini bukanlah satu drama peperangan untuk mendapatkan populariti tetapi satu perjuangan ikhlas untuk membebaskan setiap bangsa dari terus patuh terhadap telunjuk penjajah. Mereka sedar untuk membawa kepada negera tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak bumi sendiri. Supaya sekaliannya bangun untuk terus berjuang menegakan keadilan melalui kemerdekaan. Agar Malaysia menjadi sebuah negeri yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Kemerdekaan menjadi impian dan impian menjadi kemerdekaan perlu diusahakan agar kemerdekaan membawa satu pengertian yang besar di kalangan masyarakat merdeka untuk generasi kini dan akan datang.