LATAR
BELAKANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMENCHU
Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu merupakan sebuah institusi yang terletak di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor dan jauhnya lebih kurang 42 kilometer dari bandar Kota Tinggi. Pembinaan sekolah ini dibiayai dengan pinjaman daripada Bank Dunia dan telah memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 1988.
Semenjak sekolah ini memulakan sesi persekolahannya kira-kira 11 tahun yang lalu, seramai lima orang pengetua telah menerajui kepimpinan iaitu En Abdul Rahim Bin Aris (1988-1991), Puan Wan Fatimah Bte. Wan Ahmad (1991-1992), Tuan Hj, Mahjom Bin Sarwen (1992-1994), Encik Wan Hamzah Bin Wan Daud (1995-1998) dan Puan Jamilah Bte Amir mulai bertugas pada April 1998. Disepanjang ketiadaan pengetua (Disember 1994 - November 1995 dan 2 Mac - 2 April 1998) sekolah ini telah diterajui oleh Encik Baharom bin Ahmad, Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran, Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu.
Tenaga pelajar disekolah ini terdiri daripada 81 orang guru lepasan universiti dan juga maktab-maktab perguruan. Terdapat seramai 26 orang guru lelaki daan 55 orang guru perempuan manakala kakitangan sokongan seramai lapan orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu menjalankan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 (2 kelas), 2 (4 kelas), 4 dan 5 yaang melibatkan 27 buah kelas. Manakala sesi petang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 yang melibatkan 21 kelas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Semenchu, Felda Air Tawar 5, Felda Air Tawar 4, Felcra Sungai Layau serta Perbadaanan Kilang Felda Semenchu. Jumlah pelajar adalah seramai 1780 orang pelajar yang terdiri daripada 892 orang pelajar lelaki dan 888 orang pelajar perempuan.
Keluasan sekolah ini lebih kurang 18.3 hektar dan ia mengandungi sebuah blok tiga tingkat (Blok G), dua buah blok bangunan dua tingkat IBlok A dan Blok B), tiga buah blok bangunan projek gotong-royong (Blok D, E dan F), sebuah blok bangunan bengkel (Blok C), sebuah bangunan kantin, sebuah bangunan surau, sebuah padang bola baling dan sebuah padang hasil daripada Program Tentera Bersama Rakyat.
Semua
kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu ini adalah untuk memudahkan
para pelajar menimba pengetahuan dan melahirkan generasi yang berilmu bagi
menghadapi anjakan paradigma dan seterusnya menjayakan wawasan negara.
MATLAMAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMENCHU
Meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran dan penilaian sekolah setiap masa
Meningkatkan disiplin dikalangan guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, harmoni dan selamat
Meningkatkan kesedaran kesihatan, keceriaan, kebersihan, keindahan dan keselamatan sekolah
Meningkatkan profesionalisme guru-guru dari masa ke semasa
Mewujudkan kerjasama dan permuafakatan sekolah dengan komuniti setempat
PENYATAAN
MISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMENCHU
Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu sebagai Pusat Pengembangan dan kecemerlangan potensi semua pelajar supaya mereka menjadi warganegara yang produktif, bertakwa dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara sepertimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Misi ini boleh di capai dengan wujudnya iltizam dan kejasama daripada ibubapa, pendidik, pelajar dan anggota masyarakat setempat dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang.
OBJEKTIF
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMENCHU
Menyusun, merancang dan melaksanakan program pendidikan dengan berkesan
Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM
Meningkatkan penyertaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang ko kurikulum
Meningkatkan disiplin pelajar-pelajar supaya sentiasa berada pada tahap yang tinggi
Pengurusan dan pentadbiran sekolah dikendalikan dengan baik dan kemas kini
Membina iklim dan suasana keselamatan, keindahan dan kebersihan sekolah agar mewujudkan keadaan pembelajaran pengajaran yang menyegarkan
Meningkatakan taraf profesionalisme guru-guru khasnya dalam bidang pedagogi dan pengurusan personalia pelajar
Mewujudkan perhubungan yang harmoni dan saling berinteraksi di kalangan guru-guru, pelajar-pelajar dan staf sokongan
Menjaga hubungan baik dengan masyarakat sekeliling
KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMENCHU KOTA TINGGI JOHOR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
Memastikan semua pelajar dapat belajar pada hari pertama persekolahan baru dimulakan
Memastikan guru-guru mula mengajar pada hari pertama persekolahan
Memastikan semua buku teks diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima sebelum sesi persekolahan bermula
Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengaan kami
Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu diberi jawapan dalam satu minggu dari tarikh diterima
Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan daan kecemerlangan akademik dan non-akademik
LAGU SEKOLAH
Bersama kita berusaha
Di bawah bumbung yang sama
Menuntut ilmu yang diredha
Bekalan kita di hari muka
Sekolah Menengah Semenchu
Medan menimba ilmu
Di didik di asuh agar bersatu
Tanpa penat dan rasa jemu
Wawasan negara kami junjungi
Cabaran dugaan kami
tempuhi
Tuhan yang Esa tidak dilupai
Jadi teras pendidikan kami
Ilmu yang kami pelajari
Berteraskan disiplin diri
Tercapai cita-cita murni
Berilmu dan berbakti
(Ulangi rangkap 2,3 dan 4
Senikata : En Zahari bin Hj. Ali
Melodi
: En. Ramli bin Ahmad
LENCANA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMENCHU
BERILMU DAN BERBAKTI
SINOPSIS
LENCANA SEKOLAH
SMS
Nama singkatan bagi Sekolah
Menengah Kebangsaan Semenchu
1988
Tahun sekolah memulakan pengajian
BULAN SABIT DAN BINTANG
Islam sebagai agama rasmi dan menjadi amalan pembinaan budaya
TIGA BULATAN
Perpaduan dari segi aqidah, amalan kerjasama dan permuafakatan ke arah kerjasama dan kecemerlangan tanpa mengira kaum
KOTA TINGGI
Institusi yang terletak di Kota Tinggi
BERILMU DAN BERBAKTI
Matlamat sekolah melahirkan generasi yang berilmu dan mengamalkan serta berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara
KUNING
Ketaatan, kesetiaan dan kewarganegaraan yang utuh sebagi hamba Allah, anggota sekolah dan rakyat sekolah
BIRU
Keharmonian diri dari segi emosi, fizikal dan aqidah
HIJAU
Kecemerlangan dalam setiap usaha pembinaan sahsiah, pencapaian akademik dan ko-kurikulum
MERAH
Keazaman dan kesungguhan dalam melaksaanakan usaha mengikut tanggungjawab dan peranan masing-masing
DUA ANAK PANAH
Melahirkan generasi atau anak didik yang berjaya dalam pelbagai bidang dengan penghayatan nilai-nilai yang positif
BENTUK BUKU
Sek Men Keb Semenchu sebuah institusi pendidikan / medan menimba ilmu