SOALAN
Adakah orang yang selalu memungkinri janji secara sengaja it berdosa dan apakah hadis-hadis yang menyebut tentang hukum memungkiri janji ini..
Hamba Allah
JAWAPAN
Memungkiri Janji.
Waalaikumussalam.
Ya benar. Orang yang sengaja dan selalu memungkiri janji sehingga menjadi tabiatnya dan dia tahu bahawa perbuatan tersebut adalah berdosa, mewarisi sifat-sifat orang munafik. Tetapi jika ia berlaku dengan tidak sengaja atau di atas sebab-sebab tertentu maka dia tidaklah termasuk di dalam golongan tersebut.Oleh itu, apabila anda sedar dan tahu bahawa anda telah mungkir janji secara tidak sengaja,maka cepat-cepatlah menunaikan janji tersebut kerana janji wajib ditunaikan selagi janji itu bertepatan dengan syariat Allah.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud Lmerekalah sebaik-baik hamba Allah dihari kiamat; mereka yang menunaikan hak orang lain ke atas mereka yang melakukan kebaikan.)
Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (6/268) dan Al-Bazzar dari Ibnu Ishak :Haddasani Hisyam B. Urwah dari ayahnya (Urwah) dari Aishah R.H berkata :(Al-Hadis) .
Berkata Al-Muhaddis Nasiruddin Al-alBany : Isnadnya hassan .Kesemua rijalnya thiqat rijal Bukhari dan Muslim ,melainkan ibnu Ishak (Muhammad B Ishak B Yasaar) Ibnul Ishak hasanul hadis apabila dia berterus terang dengan ATTAHDIIS (iaitu menggunakan sighoh haddasani ) maka Ibnu Ishak pun melakukan demikian maka hadis ini sabit ,ALHAMDULILAH.
*Sila rujuk Silsilah AL-ahadis Asohihah :Almuhadis Al-kabir Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-albany, mujallad 6:bhg 1, no:2677)
Oleh itu anda mestilah banyak beristhighfar dan memohon keampunan dsri Allah .Pohonlah hidayah dariNya , agar Allah memudahkan urusan anda dalam menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W tg bermaksud:
Barangsiapa yang menyebut (Aku memohon keampunan daripada Allah&ldots;&ldots;.yang tiada tuhan yg berhak diabdikan diri kepadanya melainkan Allah, Yang Maha Hidup Dan Berdiri Sendiri tanpa berhajatkan kepada pertolongan maghluk, dan aku bertaubat kpdNya (3 kali ), diampunkan kepadanya dosa-dosanya walaupun dia lari drpd tentera jihad )
( Diriwawatkan drpd hadis :
1)Abdullah B Masuud,
2)Zaid hamba Rasullah S.A.W
3)Abu Bakar Assiddik
4)Abu hurairah
5)Abu Said Al-kkhudri
6)Anas B Malik
7)Albaraq B Aazib
1-Hadis Ibnu Masud :
Diriwatkan oleh Muhammad B Ishak dari Israiil dari Abi Sinan dari Abi Ahwas dari Ibnu Masu8d secara mutlak drpd matan hadis di atas bersama penambahan lafaz Al-aziim )di tempat noktah di matan hadais.
Diikhrajkan oleh aLhakim dan beliau berkata ,(sohih berdasarkan syarat Bukhairi@Muslim ).Ini diiqrarkan oleh Almunziri di dlm Attaqrib (2/269)dan begitu juga Azzahabi di dlm Attalkhils, tetapi Azzahaby berkata (Abu Sinan ialah Dhirroor B Murrah dan beliau tidak dikeluarkan oleh Bukhaory)
Berkata Al-albany : Abu Sinan adalah salah seorang daripada afrod Muslim .Aku bersama Azzahaby dalam perkara ini . Abu Sinan siqoh seperti rijal yang lain ,dan mereka diterjemahkan (diterangkan biodata mereka berdasarkan ilmu jarah dan taadil) di dalam Attahzib melainkan syeikh kepada Al-Hakim (Bakri B. Muhamad Assoirofy) dan beliau adalah Al-Marwazi Addukh Al-Misiiny(gelarannya) .Beliau adalah lelaki yang mulia dan alim . Dan baginya tarjamah yang baik di dalam (Al-Ansab:Assamaany ) dan disifatkan oleh Azzahaby di dalam (Tazkiratul Huffaz) sebagai Muhaddis Marw. Beliau meninggal pada tahun (345) H.
Syeikh bagi Assoirofi di dalam hadis ini telah diterjermemahkan Al-Khotiib di dalam Tarikh Baghdad (4/250-251) dengan riwayat yang banyak daripada huffaz yang thiqat darinya.
Berkata AlKhotib :Beliau adalah thiqat yang dipercayai . Beliau wafat pada tahun (279) H.
Berkata Albany :Kemudian aku melihat Al-Hakim telah mengeluarkan hadis dia atas di tempat yang lain (2/117-118) dari thoriq Muhammab B.Yusuf Alfiryabi: Haddasana Israiil dengan tanpa lafaz
(Al-Azzim ) dan Al -Hakim berkata : Sohih berdasarkan syarat Muslim .Dan dipersetujui oleh Azzahaby serta diiqrarkan oleh Nawawi di dalam Riadus Solehin (664/1882).
2. Hadis Zaid hamba Rasullah S. A. W :
Diriwayatkan oleh Bilal B. Yassar B. Zaid dari Yassar dari Zaid secara marfuk dengannya tanpa sabda Nabi (thalaathan).
Hadis dikhrajkan oleh Abu Daud dan Tirmizy dan Ibnu Khaisamah di dalam Attarikh (250-manuskrip Univ. Islam ), dan Ibnu Saad (7/66). Attarmizy menyatakan hadis ini ghorib . Berkata Almunziry isnadnya jayyid dan di dalamnya ada jahalah sebagaimana yang aku jelaskan di dalam Sohih Sunan Abi Daud . Tetapi hadis ini sohih sebelum lafaz (thalaathan) dan selepasnya .
3.Hadis Abu Bakar R. H. :
Diriwayatkan oleh Urwah B . Zuhair Albajili dari thabit Albanny dari Anas B. Malik dari Abu Bakar dengannya : (Al-Hadis)
Dikeluarkan oleh Ibnu Aadij di dalam Al-Kamil (qoof 260/1) dan beliau berkata : Aku tidak mengenali bagi Urwah melainkan hadis ini .Berkata Albukhari :Urwah tidak dimutabauh .
Aluqoily telah menaqol dari Albukhari , kata Bukhory:Urwah mungkarul hadis . Ada pun Ibnu Hibban beliau menyatakan Urwah di dalam Assiqot (7/288).
4.Hadis Abu Hurairah R. H.:
Diriwayatkan oleh Bishr B.Rafi' dari Muhamad B . Abdullah dari Abdillah dari Abu Hurairah secara marfuk dengannya . Dikeluarkan oleh Abu Nua'im di dalam Akhbar Asbahan (2/303) . Berkata Albany : Isnadnya dhoif disebabkan oleh kedhoifan Bishr B . Rofi' .Dan aku tidak mengetahui Muhammad B . Abdilah, kemungkinan dia adalah Muhammad B. Ubaidillah B. Abi Rofi' Al Hasyimy . Sesungguhnya bagi ayahnya riwayat dari Abu Hurairah.Jika ini benar maka Muhamad B. Ubaidillah dhoif juga .
5. Hadis Abi Said Alkhudri :
Diriwayatkan oleh Usman B. Harun Al-Qurasyi: Haddasana I'sam b. Qudamah dari A'tiah Al-u'fy dari Abi said Al-Khudry secara marfuk tetapi Nabi S.A.W .bersabda : Diampunkan dosanya walaupun sebanyak bilangan pasir dan buih di lautan atau bilangan bintang di langit .Dikeluarkan oleh Attabrany di dalam Addua' (1784) dan Ibnu A'sakir di dalam Tarikh Damsyik (14 /351/1-2).
Berkata Albany :A'tiyyah AlU'ty dhoif dan aku tidak menjumpai terjemah bagi Harun Al-Qurasyi . Harun dimutabaah oleh Asha's B, Shukbah disisi Attobary dan Harun adalah layyin.
6. Hadis Anas:
Diriwayatkan oleh Dinar B.Abdullah dari Anas secara marfuk dengannya (Al-Hadis).
Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir (14/358/2)
Berkata Albany : Isnadnya dhoif bimarrah, Dinar B. Abdullah talif muttaham sebagaimana yang dinyatakan oleh Azzahaby .Berkata Ibnu Hibban (1/295): Syeikh yang meriwayatkan dari Anas hadis-hadis maudhuk ,dia tidak sepatutnya disebut di dalam kitab-kitab rijal dan tidak boleh ditulis riwayatnya melainkan dengan memberitahu hal-ehwalnya . Berkata Albany :Tidak boleh juga istishhad dengannya.
7.Hadis Al-Baro':
Diriwayatkan oleh Amr. B. Alhusoin dengan isnad yang waahin dari Al-Baro' dengannya : (Al-Hadis), melainkan dengan penambahan (setiap kali lepas solat ). Ini adalah penambahan yang batil. Ibnu Husoin tafarrud dengannya . Dia dan syeikhnya adalah matruk .Oleh itu ,aku takhrijkan hadis keduanya di dalam Silsilah Al-Hadis Ad-Dhoif (4546) . Maka tidak perlulah diulang takhrijnya.
Kesimpulannya hadis di atas sohih dari thoriq Ibnu Mas'ud. Tariq yang lain kebanyakannya wahiyyah. Dan saki-baki toriq yang lain tidak memudharatkan hadis jika ia tidak menguatkan hadis.