![]() |
![]() ![]() Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan |
||||||||
TARAF
|
Siri
Haiwan.
Mengenal Landak ![]() |
Mengenal Landak.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong
Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.
Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang melitupi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan lanak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas masuk kedalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan.
Landak kebiasaannya bersaiz antara 63-80 centimeter (25 hingga 32 inci) panjang, dengan ekor sepanjang 10.5 - 13 centimeter (4.5 hingga 5 inci). Landak mempunyai berat antara 12 hingga 35 paun, berbentuk agak bulat dan bergerak perlahan-lahan.
Landak mempunyai tubuh yang tegap, berkepala kecil, telinga kecil, kaki yang pendek, dan ekor yang pendek dan tebal. Kaki hadapan landak mempunyai empat jari sementara kaki belakang landak mempunyai lima jari. Setiap jari mempunyai cakar yang panjang yang membolehkan landak mengupas kulit pokok atau memanjat.
Landak mempunyai gigi yang kuat untuk membantu mereka memakan tumbuhan keras seperti kulit pokok. Landak juga memerlukan bekalan kalsium yang banyak bagi menghasilkan duri baru bagi menggantikan duri yang gugur.
![]()
Selain itu landak juga bertindak aggressive dengan mengundurkan diri mereka dengan pantas sehingga duri landak itu menikam musuh mereka. Duri landak yang senang tercabut akan terbenam dan tertinggal kedalam tubuh musuh mereka.Setiap landak boleh mempunyai sehingga 30,000 duri. Setiap duri landak mempunyai curi cangkut seni yang mencangkuk kepada tubuh pemangsa yang cuba memburu landak. Duri pencangkuk seni itu memasikan duri landak kekal dalam tubuh pemangsa apabila ditikam dengan duri landak.
Landak biasanya hidup bersendirian dan aktif diwaktu malam. Bagaimanapun landak mampu bergerak pada siang hari sekiranya terpaksa. Landak dikatakan mempunyai daya ingatan yang kuat dan mudah berlajar sesuatu yang baru.
Landak mempunyai deria penglihatan yang biasa, tetapi mempunyai deria pendengaran dan deria bau amat tajam. Deria ini banyak membantu landak ketika merayau mencari makanan pada waktu malam.
Landak di Malaysia mempunyai tempoh bunting selama 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak mampu membiak sehingga 2 kali setahun. Sebagai haiwan mamalia, landak melahirkan anaknya hidup-hidup. Anak landak mempunyai bulu yang masih lembut ketika dilahirkan. Landak liar dianggarkan mampu untuk hidup sehingga 12 - 15 tahun, sementara landak yang dipelihara pula pernah direkodkan hidup sehingga 20 tahun.
Landak biasanya akan menggali lubang di dalam tanah sebagai sarang. Bagaimanapun, landak juga akan menggunakan rongga kayu, batu dan sebagainya sebagai sarang mereka.
Landak di Malaysia juga mampu menyusaikan diri dengan pelbagai habitat, samaada dalam hutan dara atau hutan kedua (hutan yang ditanam semula) seperti ladang kelapa sawit. Landak memakan tumbuh-tumbuhan termasuk buah kelapa sawit yang gugur ketanah.
Landak di Amerika pula mengawan dari bulan November sehingga Disember. Landak betina bunting selama 7 bulan. Anak landak dilahirkan dengan mata terbuka dan penuh berduri lembut yang akan menjadi keras setelah terdedah kepada udara. Landak di kawasan sejuk tidak bertapa "hibernated" pada musim sejuk, walaupun mereka mungkin tinggal di dalam sarang ketika salji seperti spesies Landak Amerika Utara "North American Porcupine".
Landak di kawasan hutan merupakan satu penanda tentang kehidupan fauna dirimba. Oleh kerana landak merupakan mangsa haiwan pemangsa seperti harimau, kehadiran landak menunjukkan terdapatnya keseimbangan rantaian makanan dirimba dan jumlah haiwan dirimba berada dalam keadaan yang stabil.
Di Malaysia antara jenis-jenis landak yang sering dijumpai adalah :-
- Landak Raya
- Landak Nibung
- Landak Batu
Landak di dapati di seluruh dunia daripada Asia Tenggara, Eropah, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan.Salah satu jenis landak iaitu Trichys lipura yang di temui di Boneo tidak mempunyai bulu yang keras. Di Amerika Utara termasuk Kanada, pula terdapat sub-spesies landak yang tinggal di atas pokok. Landak ini mampu memanjat pokok dan berenang.
Kepupusan landak pula menunjukkan berlakunya ketidak seimbangan dalam kawasan tersebut dan terdapat kekurangan makanan bagi haiwan pemangsa yang besar di kawasan tersebut. Ini mungkin mendorong haiwan pemangsa ini untuk menyerang haiwan ternakan di kawasan berhampiran, atau lebih buruk lagi mungkin menyebabkan haiwan pemangsa ini mula mengganggu manusia.Perbezaan yang ketara antara landak di kawasan lain berbanding dengan landak di Amerika dengan adalah landak di kawasan lain mempunyai tengkorak yang hampir bulat berbanding landak yang di dapati di Amerika Utara dan Selatan.
Dari Abu Ma'bad dari Ibnu Abbas r.a. katanya : |
Sungguh rendang pohon rumbia
Tumbuh rindang ditasik Bera Ketupat rendang sudah tersedia Jemputlah semua menjamu selerat |
Fight Spam!
Click Here!
wydwlmsbfnmladgkyldujlzlsxptzbdxucqqxbahrlxujmqrfbckwqinqjhzmcjjtoupbfbgxhwmnadaihzuxyktpyhfohcjjbeth