idiotic umno
idiotic umno
of the idiots - by the idiots - for the idiots
umno's idiotic media
umno's idiotic managing team
umno's idiotic supreme head
umno's idiotic agencies
umno's idiotic police
umno's idiotic judiciary
umno's idiotic tv3suku *


SERANGAN kepada UMNO dan parti komponen BN sedang digerakkan bukan oleh Pembangkang saja, malah oleh pihak dalam parti terbabit. Ini terbukti dengan wujudnya NGO seperti Suqiu (MCA), Badan Bertindak Melayu (BBM) dan beberapa puak dalam MIC yang menyokong IPF secara diam-diam. Di Johor, kempen senyap sedang menjadi-jadi.

UMNO/BN & Mahathir Menerima Tentangan Hebat

Persoalan yang timbul ialah: Mengapa BN diserang-hendap dari segenap penjuru. Malah, diperhatikan serangan dilakukan terhadap BN berasaskan lapisan masyarakat seluruh negara. Gejala ini semakin ketara apabila kita lihat (dan ada bukti) golongan berpendapat rendah dan pekerja estet/ladang serta peniaga kecil dan warung segugus menyebelahi Pembangkang.

Kemudian kita nampak, golongan pelajar dan mahasiswa telah lebih dulu menyebelahi Pembangkang. Inilah faktor yang menyebabkan UMNO/BN menjadi semakin kecundang.  Kerana golongan ini adalah potensi pengundi yang amat besar jumlahnya. Dianggarkan, tak kurang dari 1.6 – 1.8 juta telah dan akan mendaftar sebagai pengundi untuk sesi pilihanraya 2004.

Jika dulu, penduduk desa dan perkampungan Melayu adalah akar-umbi penyokong UMNO, diperhatikan sekarang mereka sudah berminda terbuka selari dengan maklumat yang disebarkan oleh anak-anak mereka mengenai kekejaman dan kezaliman, kejahatan dan kebusukan, rasuah dan penyelewengan para pemimpin UMNO/BN yang berpresiden dan berperdana-menterikan Mahathir Mohamad.

Internet Memainkan Peranan Berkesan

Orang kampung sudah canggih sekarang. Komputer dan internet serta Laman-lamanweb Reformasi dapat memberitakan fakta yang diyakini dengan bukti-bukti terperinci – memaparkan kezaliman dan keganasan senario bikinan regim Mahathir Mohamad menafikan ledakan demo-demo tuntutan hak asasi rakyat.

Ratusan rakyat desa yang memiliki komputer dan sambungan internet menjadi tumpuan rakyat di desa-desa. Makumat-maklumat terkini adalah berita utama menggantikan akhbar media UMNO.

Internet menggantikan akhbar HARAKAH dan akhbar berkala parti yang dipaksa membuat edaran 2 kali sebulan. Alasan UMNO – mereka pun begitu juga. Yang hairannya, mengapa jika puak  UMNO pemalas maka mereka menganggap embangkang pemalas pula?

Malah sekarang HARAKAH online dan Laman Tranung Kite telah memberi kemudahan “Audi-Visual Network” menggunakan komputer internet. Pemimpin tak ada inisiatif ke? Sebok kutip rasuah saja ke? Atau cari betina tambah penghuni “harem” mereka. Tak cukup “empat”, nak tambah 10 lagi macam Shahidan Kassim, Rahim TC dan Hassan Omar ke? Tak kesah siapa saja – gadis sunti, adik ipar, bini orang …. Asal berdahi licin KEBAS semua. Ulama UMNO akan kata – Lulus!
OK! Janji sembunyi-sembunyi belakang Pembangkang dah lerrrrr….!!

Hari ini ucapan dan penerangan, maklumat dan kata-kata petikan dari ucapan dan perbincangan pemimpin Pembangkang yang mereka segani sudah boleh di download, dengar dan simpan dalam disket. Hebat tu oiiiikkkk….!!

Rakyat Johor tak perlu lagi ke Pasir Mas Kelantan mendengar ucapan YAB TG Nik Aziz. Atau, mereka tidak perlu lagi ke Rusila mendengar YAB TG Hj Hadi Awang berceramah di sana.

Kesemua ini menambahkan keyakinan rakyat (khususnya orang Melayu) terhadapa perjuangan pemimpin yang mereka kasihi. Sekaligus mereka yakin bahawa PAS dan Pembangkang sudah berkemampuan membawa rakyat menghadapi cabaran teknologi global melinium ini. Tak yakkin lagi mereka berkemampuan tinggi?
Ribuan jurutera, puluhan Ph.D dan ribuan pakar bedah dan kesihatan sudah menganggotai BA.

Ceramah Pembangkang Minatan Rakyat

Walaupun UMNO menguasai semua saluran TV dan segala macam akhbar; malangnya rakyat tutup TV bila rancangan Berita dan Wawancara disiarkan. Mereka sudah tahu bahawa pengacara cuma “cakap tak serupa bikin”. Mereka adalah orang upahan regim Mahathir.

Ceramah umum Pembangkang masih memainkan peranan besar sebagai sumber penerangan dan penyebar maklumat paling berkesan dan diyakini habis-habisan. Mereka tidak mentafsirkan penceramah mengahasut, kerana mereka dapati mereka bercakap benar. Perkara yang dinyatakan sengaja disembunyi oleh media yang diwujudkan oleh UMNO! (kata mereka). Sebaliknya akhbar UMNO memaparkan 1001 macam fitnah dan pembohongan!! Rakyat dah muak!! Muntah!!

Contoh Terkesan Menjelang 2004

Contoh yang terkesan di hati rakyat ialah ceramah BA di Kubang Pasu. Ia berakhir dengan belantan dan semburan air kimia beracun. Bagi petani-petani yang hidup mereka sentiasa dipinggirkan oleh kerajaan BN, kejadian itu semakin merapatkan sokongan mereka kepada Pembangkang.

Selama ini mereka tidak  tau mengapa kedupan mereka masih lagi ianak-tirikan. Mereka mengharap sistem padi kunca, sementara pemimpin UMNO jadi semacam “chettiar”. Sudah 43 tahun negara merdeka, kehiudupan mereka masih terbiar.

Orang kaya penokong UMNO memberi pinjam wang permulaan “turun bendang” kepada mereka. Yang menyedihkan, tahun hadapannya tanah mereka terlelong bertukar tangan!! Mereka jadi hamba. Siapa yang kaya dan siapa yang papa kedana? Tanyalah mereka..!

Yang menyedihkan lagi, yang melelong tanah pesaka mereka ialah pemimpin UMNO sendiri. Waktu musim pilihanraya, mereka dijanjikan dengan kehidupan yang lebih baik dan kemudahan pelbagai macam. Setelah mereka menang dan diberi amanat, rakyat marhain dipandang seperti hamba abdi untuk mengkaya-rayakan diri mereka sendiri.

Mereka masih ingat peristiwa rampasan tanah mereka di Karpan. Tanah habis tergadai “loncong”, tetapi siapa pula yang untung – ringgit penuh kantong? Yang tinggal kini cuma mulut rakyat  yang tertipu – MELOPONG! Perut mereka semakin kosong. Setakat minum air perigi saja – sampai perut naik kembong! Memang pemimpin UMNO cukup pandai main “kelentong”..!! Itulah rupanya kalau sokong “mamak-malbari” yang besar lubang hidung!!

Mereka merungut harga kelapa sawit jatuh hingga tidak mampu menanggung perbelanjaan dapur. Malanglah mereka yang berkeluarga besar. Dengan kenaikan tarif air, kenaikan harga barang keperluan seharian, api elektrik dan minyak – mereka semakin sedar bahawa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir cuma “pandai janji tetapi temberang paria saja banyak”. Bagi mereka – Mahathir dan UMNO/BN mesti nak kena lanyak!!

UMNO/BN Jual “Tanah-Air”

Rakyat di Johor sudah mula bertanya, mengapa kerajaan BN yang ditunjangi UMNO dengan wakil rakyat Melayusebagai majoriti sanggup menjual air ke Singapura. Yang bangangnya,  kemudian membelinya semula. Tidakkah itu satu kerja yang memalukan anak negeri yang faham cara menyuling air?

Selama ini orang Melayu dan rakyat di negara ini dibangga-banggakan oleh pemimpin UMNO sebagai rakyat yang berteknoloji tinggi – tapi mengapa menyuling air semudah itu mesti mengharapkan segelintir rakyat di pulau terkecil di seluruh Tenggara Asia? Apa rahsia sebenar?

Kesimpulan rakyat ialah: rakyat dan tanahair negara ini sudah tergadai-cagar oleh kerajaan Mahathir Mohamad dan pemimpin UMNO/BN yang terlampau RASUAH!! Itulah cerita sebenar.

Bukti yang memalukan masih diingat jelas – bahawasanya ada pemimpin UMNO bersekongkol dengan korporat  Singapura hingga sanggup menjual pasir pantai dan tanah “kerewel” ke republik itu. Ratusan rakyat ramainya para nelayan pantai kehilangan mata pencarian kerana rumpaian laut dan ledakan air laut yang dikocak oleh jentera penyodok pasir itu – menyebabkan telur-telur ikan dan kerangan laut pupus habis!!

Pemimpin itulah yang berhijrah ke republik itu setiap malam – tunggang langgang berkepit betina di disko-disko sepanjang Orchard Road!!

“Perpaduan Melayu” – Cerita Lama

Cerita-cerita seperti diatas diperkononkan oleh setengah orang UMNO. Kununnya fitnah. Memalukan – kata mereka. Kununnya, umpama borak-borak kosong warong kopi, politik kampung.

Tetapi tahukah anda – Amin Sapiro orang kampung.  UMNO bermula dari cakap-cakap beginilah asalnya hingga mendorong kepada “penyatuan Melayu” berasaskan pelbagai parti politik dulu-dulu.

Mahathir dan pemimpin UMNO sila ambil ingatan bahawa “Konsep dan budaya politik” orang Melayu memilih ketua adalah mudah (simple). Mereka melihat kepada peribadi, sikap dan kejujuran pemimpin. Jika ketua itu menyeleweng dan terbukti melampaui batas norma-norma budaya orang Melayu; PASTI mereka kecundang dan disingkirkan.

Orang Melayu mungkin pemaaf dan sedia melupakan segala. Tetapi kena waspada; jika mereka tahu diri mereka ditipu dan dibohongi – tengok saja apa jadi kepada kaum pendatang dalam sejarah penjajah yang pernah menakluki negara ini.  Belum ada satu bangsa yang menjajah orang Melayu tidak ditentang. Walaupun cuma bersenjatakan senapang lantak dan bambu runcing!

Akhirnya, kerana kerajaan British terang-terang merancang menipu orang Melayu dengan mengabui mata segelintir penyangak dari kalangan orang Melayu yang sanggup menangkap dan membelasah pejuang Kemerdekaan; maka kebangkitan orang Melayu adalah realiti yang mendorong kepada ‘penyatuan orang Melayu’. Penyangak itu adalah “pegawai polis” Melayu yang diberi upah pangkat dan gaji besar oleh penjajah dulu. Mahathir nak ikut cara itu? Nah! Tunggu….!! Tunggu…! Tunggu…..!!

Siapa Jadi Perkakas Mahathir/UMNO?

Kini orang Melayu sudah sedar sesedarnya bahawa regim Mahathir menggunakan taktik yang sama seperti penjajah. Ribuan orang Melayu dan rakyat telah dibelantan dan dibelasah di lokap. Orang kampung dan desa sudah mengingati kembali sejarah British dan Jepun yang menggunakan “kempitai” upahan. Ingatan itulah yang  mendorong mereka bersatu, berpadu dan seiringan “menentang” dengan jihad dan kekuatan jati diri.

Bermakna sekarang, “perpaduan Melayu” tidak pernah tergugat. Cuma, jika dulu mereka berpadu dibelakang UMNO, tetapi sekarang mereka berpadu di belakang Pembangkang UNTUK menumbangkan UMNO/BN. Tidak ada beda. Tidak ada nostalgia. Bagi mereka – sekali mereka (orang Melayu) sudah hilang keyakinan kepada pemerentah yang “pembohong dan beragenda” – jangan harap pemerentah itu akan kekal.

Perbincangan “Perpaduan Melayu” Tak Ada Guna

Mahathir dan UMNO – sila ambil ingatan. Sebenarnya, isu  “Perpaduan Melayu” tidak RELEVEN. Yang lebih penting kepada orang Melayu ialah sejauhmana regim “puaka” yang sudah menyimpang jauh dari iltizam dan inspirasi orang Melayu menuntut kemerdekaan dari penjajah dulu; dapat disingkirkan!

Jika Perbincangan “Perpaduan Melayu” bermaksud menyatukan orang Melayu supaya menyokong UMNO yang dibarua dan di”Mamak-Malbari”kan – baiklah tak usah. Tak ada guna. Tak ada faedah. Buat “habeh bogheh” saja!!

Kerana “Nasi UMNO sudah jadi bubor lambok basi…!!”, bagi orang Melayu, selagi Mahathir beragenda menipu, berbohong dan jual temberang paria saja – sambil mereka sekongkol menyusahkan kehidupan dan merosakkan kesejahteraan orang Melayu (umumnya);  UMNO pasti akan jadi parti “itik tak sudu dan ayam tak patok”.

Sebagai peringatan: Eloklah Mahathir dan UMNO/BN gulung tikar dan tunggu saja “izrail” menentukan ketika yang terbaik mencabut nyawa-nyawa ikan
kalian..!!

Sekian adanya!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)
umno's idiotic media
the
rakyat's
page
umno's idiotic utusan
umno's idiotic ventures
umno's idiotic bakun
umno's idiotic business
umno's bailouts
umno's idiotic fund managers
umno's idiotic sepang f1 circuit
umno's idiotic theories
umno's idiotic support  groups
umno idiotic students
umno idiotic umnoism
umno's idiotic mahathirism
idiotic umno's foreign media theory
umno's idiotic ustads
umno's idiotic ngo's
umno's
idiotic
messages
umno's idiotic privatisations
umno's idiotic programmes
umno's idiotic k3p programme
umno's idiotic sandiwara
umno's idiotic rtm
umno's idiotic klse
umno's idiotic msc
umno's idiotic strategies
umno's idiotic echoes
umno's idiotic laws
umno's idiotic internal security act
umno's officisl secrets act
umno's idiotic police act
umno's idiotic printing and publication act