4.0 Iman, Maudu' dan Syaratnya
5.0 Batas-Batas Iman dan Kufur
6.0 Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman
6.2 Menghukum Dengan yang Lain Dari Hukum Allah
6.3 Mempersendakan Muslim kerana Islamnya dan Memusuhinya kerana Berpegang Teguh kepada Islam
7.0 Langkah-langkah untuk Kembali kepada Iman Setelah Terkeluar Daripadanya.
8.0 Langkah-langkah untuk Memelihara Kesejahteraan Iman
Al-Iman merupakan satu persoalan yang sangat penting dalam kehidupan setiap manusia. Ianya mencakupi seluruh kegiatan manusia dan menjadi faktor penentu bagi kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat, sama ada ia mu'min atau tidak, samaada ia ke syurga atau ke neraka sebagai tempat kembalinya.
Iman adalah inti kepada Islam. Tidak ada tujuan lain diturunkan al-Qur'an dan kerasulan Rasulullah s.a.w selain dari untuk menyeru manusia beriman. Di dalam al-Qur'an diterangkan bahawa di atas keimanan itulah timbulnya kebenaran, 'ilmu, hidayah, nur dan pandangan hati. Sebaliknya bila tidak beriman, maka timbullah dalam diri seseorang itu perkaraperkara negatif, di antaranya kufur, jahil, zalim, syirik , munafiq dan fasiq. Hakikat perbezaan ini dijelaskan oleh al-Qur'an yang mafhumnya seperti berikut:
"Dan tidak sama (di antara) orang yang buta dan orang yang dapat melihat: Dan tidak (juga sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal salih dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali orang-orang yang mengambii peringatan" (Al-Mu'min: 58)
Bagi orang-orang yang beriman, al-Qur'an menegaskan yang mafhumnya:
“Maka orang-orang yang beriman kepada-Nya, menolong-Nya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al Quran) merekalah orang yang beruntung.” (Al-A'raf: 157)
“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) serta orang orang membenarkannya mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”(Az-Zumar: 33)
“Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan terungkai. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dan mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). " (Al-Baqarah: 256-257)
Bagi orang-orang yang tidak beriman, Allah menjelaskan yang mafhumnya:
“Dan barangsiapa yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Al-Qasas: 50)
"Katakanlah apakah tidak kami beritahukan kepada kamu tentang orang-orang yang paling rugi 'amatannya. Iaitu orang yang telah mensia-siakan amalannya dan kehidupannya di dunia ini. Sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaikbaiknya. Mereka itu ialah orang-orang yang kufur terhadap ayat ayat Allah dan perjumpaan dengan-Nya maka hapuslah amalanamalan mereka pada Hari giyamat. Demikianlah balasan mereka itu Jahannam, disebabkan kekafiran mereka menjadikan ayat ayat Ku dan rasul-rasui Ku sebagai olok-olok." (Al-Kahf 103-106 )
"Orang-orang yang kafir amal mereka itu adalah seperti fatamorgana di tanah yang datar (padang pasir), orang yang kehausan menyangka air, setelah datang ke sana didapati tidak ada apa-apa.” (An-Nur: 39)
"Mereka itu tidak lain hanya mengikuti persangkaan, sedangkan persangkaan itu tidak ada gunanya terhadap kebenaran.” (An-Najm: 28)
Kalimah iman berasal dari akar kata al-amn yang bererti amen; iaitu ketiadaan rasa takut. Pecahan kalimah al-amn pule terdiri dari kalimahkalimah al-amen, al-amanah dan al-amin, kesemuanya mengandungi makna induk, iaitu; Keamanan dari takut den bimbang den teraman dari dusta den tipuan. Ia juga menanggung makna kedamaian den ketenangan jiwa.
Dari kalimah al-amn ini lahirlah kalimah al-iman yang mengandungi beberapa makna. Di antaranya kalimah iman membawa erti; mengi'tiraf, mengakui den membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. Iman dalam pengertian bahasa ini mengandungi makna-makna: ketenangan, rasa penuh percaya, tiada keresahan den kegelisahan jiwa, kesihatan 'aqal serta amen damai dari takut den bimbang.
Dari segi istilah syara', pengertian iman ialah: Membenarkan dengan hati secara putus (jazam) akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh Rasulullah s.a.w dan thabit secara putus (qat'i) yang diketahui kedatangannya itu adalah secara darurah.
Membenarkan dengan hati bererti meyakini, mengakui serta menerima dengan kerelaan akan kebenaran tersebut, dan keyakinan tersebut tempatnya adalah dalam hati. keyakinan ini pula adalah di atas dasar 'ilmu yang yakin, bukan di atas dasar syak atau keraguan. Ini adalah kerana membenarkan sesuatu secara zan atau sangkaan adalah tidak termasuk dalam istilah iman.
Iman yang digambarkan oleh a1-Qur'an adalah hakikat, ia tidak terpisah dari realiti kehidupan manusia. Iman bukan semata-mata peras atau sesuatu yang hanya tersembunyi di dalam jiwa sahaja. Tetapi iman adalah hakikat yang tidak terpisah dengan semua kegiatan den kecergasan hidup.
Iman adalah hakikat yang mesti terjelma, tergambar dalam semua lapangan dan bidang. Iman yang hanya terpendam dalam jiwa lebih merupakan dakwaan tak terbukti. Ini adalah kerana sesuatu hakikat yang telah terukir dalam diri sudah pasti akan mencorakkan gerak laku 'amah dalam hidup.
Oleh itu penggunaan kalimah iman di dalam al-Qur'an merangkumi dua pengertian asasi:
Dalil-dalil yang menunjukkan penggunaan iman sebagai tasdiq adalah seperti berikut, firman Allah yang mafhumnya:
"Allah berfirman: Tidakkah kamu membenarkan?. Jawab (Nabi Ibrahim): Bahkan, (aku membenarkan) tetapi supaya hatiku tenang." (Al-Baqarah: 260)
"Aku beriman bahawasanya tiada ilah melainkan Allah yang telah diimani oleh Bani Isra'il, dan aku termasuk dalam golongan orang-orang Islam.” (Yunus: 17)
Rasul s.a.w telah menyimpulkan pengertian ini dalam hadithnya yang mafhumnya:
"Yang dikatakan iman itu ialah dengan engkau beriman ke a Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari giyamah dan engkau beriman bahawa qadar baik dan jahat adalah daripada Allah.” (Bukhari )
3.2 Iman dengan Pengertian Amal atau Beriltizam dengan Amal
Di antara ayat al-Qur'an yang menunj an penggunaan imah iman dengan pengertian amal ialah firman Allah sewaktu menjawab soalan orang-orang Islam yang bertany : “Apakah kesudahan saudara-saudara kami yang telah mati sedangkan mereka salat tidak berkiblatkan Ka'bah?” Hal ini berlaku setelah kiblat dipindahkan dari Baitul Maqdis ke Ka'bah di Makkah. Untuk menjawab persoalan itu, Allah berFirman yang mafhumnya:
“Dan Kami tidak menjadikan kiblat kamu sekarang melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berlaku belot, dan sesungguhya (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang kepada manusia.” (Al-Baqarah: 143)
Para 'ulama' telah mengatakan bahawa kalimah "iman kamu" dalam ayat ini bererti "salat kamu". Dengan itu ayat ini bererti: Dan Allah tidak akan mensia-siakan salat kamu yang terdahulu sewaktu kamu berkiblat kepada Baitul Maqdis kerana Allah yang memerintahkan kamu berbuat demikian ketika itu.
Rasulullah s.a.w jugs telah menunjukkan penggunaan kalimah iman dalam pengertian amal. Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"Iman itu terbahagi kepada Iebih enam puluh bahagian; yang paling tinggi ialah mengucap syahadah dan yang paling rendah ialah membuang benda-benda yang boleh menyakitkan orang di jalan” (Muslim)
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w telah menamakan semua amal Islam sebagai iman; mulai dari syahadah hinggalah kepada amal yang paling kecil, iaitu membuang sesuatu yang boleh menyakitkan orang ramai di jalan. Selain daripada itu terdapat banyak ayat al-Qur'an yang telah menghimpunkan kedua-dua pengertian ini sewaktu Allah menerangkan sifat-sifat para mu'min.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyaLah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka; mereka itulah orang yang benar (dalam dakwaan mereka).”(Al-Hujurat: 15)
Dengan itu jelaslah bahawa iman seperti yang termaktub di dalam al qur'an dan al-Sunnah mempunyai dua pengertian:
Membenarkan khabar Allah dan khabar Rasulullah s.a.w.
Beriltizam teguh dengan perintah-perintah yang telah diperintahkan Allah kepada mereka yang membenarkan perkhabaran Allah.
Iman itu ialah tasdiq dan amal. Apabila wujud tasdiq baharulah ada amal, tiada amal tanpa tasdiq. Tasdiq yang dimaksudkan di sini merangkumi seluruh aspek yang datangnya dari Allah melalui Rasulullah s.a.w.
Tasdiq bererti menerima sepenuhnya apa yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah. Ini bermakna membenarkan rububiyyah dan uluhiyyah Allah, dan membenarkan kerasulan Rasulullah s.a.w serta segala apa yang dibawanya.
Maudu' kepada amal terdiri dari dua sudut. Sudut pertama bersifat 'itiqadi dan sudut kedua bersifat ' amali atau pelaksan
4.1 Sudut I’tiqadi
ni bererti seseorang muslim itu mestilah meyakini bahawa semua perkara yang telah ditetapkan sebagai wajib oleh Allah melalui Rasul-Nya adalah wajib dilaksanakan. Menafikan wajibnya amal-amal seperti salat, zakat, haji, puasa, berjihad di jalan Allah adalah perbuatan ingkar. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipan amal-amal ini maka ia telah kufur.
4.2 Sudut Amali
Melaksanakan amal-amal yang telah diwajibkan oleh Allah merupakan maudu' amal yang kedua. Ini bererti seseorang mu'min itu bukan sematamata meyakini kewajipan-kewajipan yang telah disyari'atkan oleh Allah, tetapi ia mempraktikkan keyakinannya melalui tindakan dan perbuatan.
Dari sini jelaslah bahawa secara umum dalam hal ini, telah nyata bahawa amal itu ialah tuntutan iman. Amal yang wajib itu mesti dii'tiqadkan sebagai wajib dan yang sunat itu sunat dan yang haram itu haram. Setelah i'tiqad ini baharulah dilaksanakan segala amal-amal tersebut menurut kedudukannya: iaitu yang wajib dilaksanakan, yang haram ditinggalkan dan yang sunat diusahakan sedaya upaya bagi menyempumakannya.
Sesiapa yang beri'tiqad yang wajib itu haram atau yang haram itu wajib beliau telah menjadi kafir. Malah sesiapa yang mempersendakan perkara sunat dengan niat untuk menghina Rasulullah s.a.w dan amalannya, maka ia telah jatuh menjadi kafir. Na 'uzubillah!.
Oleh itu dapatlah diaimpulkan bahawa iman itu adalah tasdiq dengan hati dan ikrar dengan lidah. Setelah itu syarat kesempumaan iman pula adalah beramal dengan segala yang telah ditetapkan oleh Allah dalam syari'atNya..
Hukum syara' telah menjelaskan bagi iman dan Islam itu ada pintu masuk dan juga pintu keluamya. Sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu menjadi kuncinya. Seseorang itu dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau i'tiqad yang membatalkan ikrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah.
Oleh itu sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keingkarannya terhadap ikrar syahadah maka syahadahnya terbatal dan keluarlah dia dari Islam. Dalam sistem pemerintahan Islam, orang tersebut wajib dikenakan hukuman kerana melakukan jenayah murtad.
Iman dan kufur dibatasi oleh empat batas-batas utama. Setelah itu sesuatu ucapan atau perbuatan yang membawa maksud yang disengajakan untuk melanggar keempat-empat batas ini, maka ia akan mengeluarkan seseorang itu dari iman ;dan Islam. Empat batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang itu adalah:
Mengingkari atau mencela sifat rububiyyah Allah.
Mengingkari atau mencela Asma' Allah dan sifat-sifat-Nya.
Mengingkari atau mencela sifat uluhiyyah Allah.
Mengingkari atau mencela Rasulullah s.a.w. kerasulannya dan apa yang dibawanya dalam nzpa hukum syari'at.
Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i'tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluarlah ia dari Islam dan syahadahnya.
Penetapan Batas-Batas utama ini adalah di atas dasar bahawa iman itu adalah satu hakikat yang bersifat kulliyyah atau menyeluruh yang tidak dapat dipisah-pisahkan. Iman adalah hakikat kulliyyah yang di bawahnya terdapat beberapa cabang. Di mana pengingkaran atau penafian terhadap mana-mana satu cabang sahaja dari permasalahan iman ini bererti telah mengingkari cabang iman yang lain. Sebagai dalil kepada perkara ini adalah firman Allah yang mafhumnya:
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang Lain, tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripada kamu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada Hari qiyamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. ALLah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat." (Al-Baqarah: 85)
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasulrasul-Nya dan bermaksud membezakan antara Allah dan rasulrasul-Nya seraya mengatakan: kami beriman kepada yang sebahagian (dari rasul-rasul itu) dan kafir terhadap sebahagian (yang lain) serta bermaksud dengan (perkataan itu) mengambil jalan (lain) di antara yang demikian itu (iman atau kufur) merekalah orang yang kafir sebenar-benamya, Kami telah menjadikan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan." (An-Nisa: 151)
Nas-nas ini menjelaskan bahawa iman dan kepatuhan itu mestilah menyeluruh dengan tidak berlaku kekurangan walau sedikit pun. Iman merupakan sesuatu yang sepadu serta tidak boleh dipisah-pisahkan. Berdasarkan kepada asas ini segala ucapan dan perbuatan yang membawa pengertian yang disengajakan untuk mencanggahi keempat-empat batas utama tadi akan mengeluarkan seseorang itu dari syahadah dan Islam.
6.1 Menentang Hikmat Syari'at
Firman Allah yang mafhumnya:
"Wewenangan menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." (Al-An’am: 57)
"Ingatlah, menciptakan dan memerintah adalah wewenangan Allah sendiri." (Al-A’raf: 54)
"Dan tidak sekali-kali Tuhanmu pelupa." (Maryam: 64)
Ayat-ayat tadi menjelaskan bahawa tidak ada sedikit pun perbuatan Allah yang terkeluar dari landasan hikmat. Bertolak dari sini, perbuatan menolak atau menentang sebahagian dari syari'at Allah bererti menolak dan menentang perbuatan Allah secara keseluruhannya.
Meyakini bahawa syari'at, perundangan, hukum dan hudud yang telah disyari'atkan Allah tidak mengandungi sebarang hikmah adalah perbuatan kufur terhadap Allah.
6.2 Menghukum Dengan yang Lain dari Hukum Allah
Firman Allah yang mafhumnya:
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syarfat dari urusan din itu, maka ikutilah syari'at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (Al-Jatsiyah: 18)
"Barangsiapa yang tidak menghukum. menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang yang kafir. " (Al-Ma’idah: 44)
Orang-orang yang tidak menghukum dengan hukum-hukum Allah, mereka menjadi kafir yang nyata apabila tindakan mereka itu memenuhi salah satu dari dua sudut berikut:
Menghukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah serta beri'tiqad atau
meyakini bahawa hukum yang dilaksanakan itu lebih baik dari hukuman Allah.
Menghukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah serta beri'tiqad atau meyakini bahawa hukuman yang dilaksanakannya itu sama darjatnya dengan hukum Allah dengan tidak ada perbezaan antara satu sama lain.
6.3 Mempersendakan Muslim kerana Islamnya dan Memusuhinya kerana berpegang teguh kepada Islam
Mempersendakan seseorang muslim kerana Islamnya adalah perbuatan kufur, kerana pada hakikatnya perbuatan ini adalah mempersendakan Islam itu sendiri dan mempersendakan Islam bererti mencela Allah yang telah mensyari'atkan Islam.
Allah telah menerangkan inilah sifat dan amalan orang-orang kafir terhadap orang-orang mu'min. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang berdusta adalah mereka yang dahulunya mentertawakan orang-orang yang beriman, dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengerdip mata mereka dan apabila orang-orang yang berdusta itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira dan apabila mereka melihat orang-orang mu'min, mereka mengatakan: ‘Sesungguhnya mereka itu benar benar orang yang sesat,’ padahal orang-orang yang berdusta itu tidak dikirim sebagai penjaga bagi orang-orang mu'min.” (Al-Mutaffifin: 29-33)
Berdasarkan kepada ayat ini sesiapa sahaja di kalangan manusia yang mempersendakan seseorang muslim kerana kuatnya berpegang dengan amalan Islam serta berjuang untuk menegakkan seluruh sistemnya, maka ia adalah kafir yang nyata. Ini adalah kerana ia tidak lagi mempersendakan muslim itu sebagai seorang individu, tetapi sebenamya ia mempersendakan Islam yang didukungi oleh individu tadi. Mempersendakan Islam atau mana-mana dari sudut ajarannya samalah dengan mempersendakan kebijaksanaan Allah dalam menetapkan Islam sebagai al-Din yang diredai-Nya.
Demikian juga memusuhi seorang mu'min kerana behau berpegang teguh kepada ajaran dan tuntutan Islam adalah perbuatan kufur. Permusuhan tersebut adalah kufur kerana pada hakikatnya perbuatan itu adalah memusuhi dan mencabar Allah. Ianya bererti melakukan halangan dan rintangan pada jalan Allah.
Mel akukan halangan dan rintangan pada jalan Allah dalam semua bentuk adalah kufur terhadap Allah; kerana menurut yang sewajibnya seorang muslim haruslah merasa gembira apabila din Allah tersebar dan kalimah Allah itu tegak tinggi. Tetapi tidak demikian keadaannya bagi orang-orang kafir.
6.4 Bekerjasama dan Menolong Musuh Islam
Hakikat perjuangan orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir dinyatakan oleh Allah sebagai berikut
"Orang-orang yang beriman berjuang (berperang) pada jalan Allah dan orang-orang kafir berjuang (berperang) pada jalan taghut." (An-Nisaa’: 76
Ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang yang beriman berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumf. Sedangkan orang-orang kafir berjuang untuk menegakkan kekufuran dan kemungkaran di atas mukabumi. Oleh itu orang-orang kafir akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menentang perjuangan orang-orang yang beriman. Allah memberi peringatan dan amaran kepada orang-orang yang beriman dengan firman yang mafhumnya:
"Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi wali (pemimpin dan pembantu) bagi sebahagian yang lain; kalau kamu (orang-orang yang beriman) tidak berbuat begitu (totong menolong satu sama lain) terjadilah fttnah dan kerosakan yang besar." (Al-Anfal: 73)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasara menjadi wali (pemimpin), sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Barang siapa di kalangan kamu yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka orang tersebut termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim." (Al-Maidah: 51
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi wali (pemimpin) orang-orang yang menjadikan din kamu main-main dan olok-olok, iaitu orang-orang yang diberikan Kitab sebelum daripada kamu dan juga orang-orang yang tidak beriman. Takutlah kepada Allah sekiranya kamu benar-benar beriman." (Al-Ma’idah: 57)
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang orang mu'min. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)." (An-Nisa’: 144)
Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bekerjasama dan menolong orangorang yang memerangi Islam tidak dibenarkan sama sekali oleh syari'at. Larangan ini samada dalam bentuk memberi bantuan kepada musuh ketika mereka memerangi orang-orang yang beriman ataupun terlibat di dalam pasukan mereka dalam memerangi orang-orang yang beriman. Segala bentuk bantuan, baik dalam bentuk kasih sayang, sokongan, pertolongan dan seumpamanya adalah ditolak oleh Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita tentang orang-orang mu'min), kerana rasa kasihsayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu." (Al-Mumtahanah: 1)
Sesiapa yang berbuat demikian dengan i'tiqad bahawa menolong orangorang kafir itu lebih mulia dari membela orang-orang yang beriman, maka dia telah keluar dari kumpulan orang-orang yang beriman dan termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir.
6.5 Merelakan Berleluasanya Kemungkaran
Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Tidak seorang pun nabi yang diutuskan sebelumku metainkan terdapat di kalangan umatnya pengikut dan sahabat-sahabat yang menjalankan sunnahnya dan menurut perintahnya. Kemudian golongan pengikut dan sahabat ini digantikan oleh orang yang terkemudian dari mereka. Golongan ini memperkatakan sesuatu yang tidak diperintahkan untuk dilakukan. Siapa yang memerangi mereka dengan kekuatan, beliau adalah orang yang mu'min, siapa yang memerangi mereka dengan lidahnya, beliau adalah orang yang mu'min dan siapa yang memerangi mereka dengan hatinya, beliau adalah orang yang mu'min. Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi." (Muslim)
Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Muslim)
Hadith-hadith di atas membuktikan bahawa sebahagian dari tuntutan iman itu ialah mengingkari kemungkaran melalui cara-cara yang telah disebutkan di atas tadi; iaitu dengan tangan atau kekuatan, kemudian dengan lidah dan akhir sekah dengan hati. Mengingkari kemungkaran dengan tangan bererti menghapuskan kemungkaran itu dengan kekuatan, manakala mengingkari kemungkaran dengan lidah pula adalah dengan menentang kemungkaran dengan ucapan atau penulisan, mengingkari kemungkaran dengan hati membawa erti merasa benci dan memusuhi kemungkaran dan juga pelaku mungkar itu sendiri. Difahamkan daripada hadith ini bahawa mereka yang tidak mengingkari kemungkaran dan pelakunya walaupun dengan hati, maka tidak lagi dia dianggap sebagai mu'min, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi."
Hadith ini bahawa mereka yang tidak mengingkari kemungkaran dan pelakunya walaupun dengan hati, maka tidak lagi dia dianggap sebagai mu'min, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar byi sawi."
Ibn Taimiyyah berpendapat jika telah hilang rasa membenci kepada yang mungkar dari dalam hati seseorang muslim, itulah tanda murtad terhadap Islam. Orang yang murtad adalah orang yang menyekutukan Allah atau orang yang benci kepada Rasulullah s.a.w dan kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan tidak mengingkari dengan hati, apa yang diingkari oleh Rasulullah s.a.w.
Hati yang boleh dikatakan redha terhadap kemungkaran sekiranya ia tidak membencinya sedikit pun. Apabila pengi'tirafan terhadap kemungkaran itu tercantum dengan perasaan redha, kasih dan patuh terhadapnya, maka telah terhimpunlah dua jenayah di dalamnya, iaitu; kufur dan melakukan halangan pada jalan Allah.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan barangsiapa di antara kamu yang murtad dari din-Nya iaiu ia mati, sedang dia dalam kafir, maka telah habislah amalannya di dunia dan akhirat. Maka mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah: 217)
Sesiapa yang menyatakan atau melakukan sesuatu yang tidak dapat diertikan melainkan kufur, maka ia telah melakukan satu jenayah sekiranya mati dalam keadaan tidak bertaubat maka ia mati sebagai seorang kafir. Luputlah kedudukannya di dunia ini sebagai seorang yang beriman dan di akhirat dia dimasukkan oleh Allah dalam golongan orang orang kafir.
Orang-orang yang murtad dan kemudian sedar dan hendak kembali kepada iman hendaklah mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh al-Qur'an. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluq) yang dapat mela'nati. Kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al Baqarah: 159-160)
"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (al-Din) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) din mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar." (An-Nisaa' : 146)
Langkah-langkah yang digariskan oleh kedua ayat di atas adalah seperti berikut:
1. Bertaubat
Orang yang murtad itu hendaklah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Menyedari kesalahannya, menginsafi keterlanjurannya, ber'azam untuk tidak mengulanginya dan menanamkan perasaan benci untuk kembah kafir semula setelah iman. Wajib baginya mengucapkan semula dua kalimah syahadah.
2. Mengadakan Islah atau Pembaikan
Dia hendaklah mengadakan pengislahan yang sepenuhnya dalam hidupnya. Sekiranya dia murtad oleh kerana ucapannya yang maka wajib baginya belajar dari orang-orang yang ber'ilmu. Sekiranya kekafirannya disebabkan oleh pengaruh cara hidup, kawan-kawan atau kumpulannya, maka wajib dia menukar cara hidup tersebut serta meninggalkan kawan-kawan dan keluar daripada kumpulan yang telah disertainya sebelum itu.
3. Menerangkan Kebenaran
Wajib baginya untuk menyatakan, menerangkan atau mengisytiharkan taubatnya kepada kaum muslimin. Hendaklah dia menyatakan kesalahannya dan membuktikan di dalam hidupnya kemudian bahawa dia telah meninggalkan ucapan-ucapan atau perbuatanperbuatannya yang telah menjadikan ia murtad. Tujuan diadakan penerangan ini adalah dengan tujuan untuk membersihkan kekeliruan yang terdapat di kalangan umat Islam daripada kenyataan orang tersebut. Malah untuk menjadikan orang-orang yang terpengaruh dengan ucapan atau perbuatannya menyedari bahawa ucapan atau perbuatan tersebut adalah salah.
4. Berpegang Teguh Kepada Al-Din Allah
Orang tersebut hendaklah berpegang sepenuhnya kepada ajaran Islam. Melaksanakan yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Sekiranya dia tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam adalah dikhuatiri dia akan kembali kufur semula.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman(pula), kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi keampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang Lurus. " (An-Nisaa' : 137)
5. Mengikhlaskan Diri kerana Allah
Orang tersebut mestilah mengikhlaskan seluruh amal dan tindakannya kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Padahat mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memumikan keta'atan kepadaNya dalam menjalankan din yang lurus. " (Al-Bayyinah : 4)
Setelah orang tersebut memenuhi kelima-lima langkah di atas barulah ia tergolong semula dalam golongan orang-orang yang beriman sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "maka mereka itu adalah bersama-sama orang-orang yang beriman."
Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malahan iman itu boleh dihinggapi penyakit. Firman Allah yang mafhumnya:
"Di dalam hati mereka ada penyakit." (Al-Baqarah: 10)
Hakikat bertambahnya iman seseorang dinyatakan oleh al-gur'an sebagai berikut
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka." (Al-Anfal: 2)
"Adapun orang-orang yang beriman maka surah ini menambah imannya." (At-Taubah: 124)
"Dan tatkala orang-orang mu'min melihat tentera-tentera Ahzab, mereka berkata: 'Inilah yang dyanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita'. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan penyerahan." (A1-Ahzab: 22)
Oleh itu setiap mu'min hendaklah sentiasa berusaha agar imannya sentiasa bertambah dan berjaga-jaga daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraan imannya.
Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap mu'min untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut:
1. Menuntut 'Ilmu
Orang yang mencari 'ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk Hari Kemudian dan bemiat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata, maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan.
Imam al-Ghazzali menyatakan:
"Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah 'ilmu yang berguna dan bermanfa'at terhadap din, iaitu 'ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah, membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat di dalam dirimu. Memperdalamkan ma'rifat terhadap 'ibadah kepada Allah. Mengurangkan hasrat kamu yang berlebih-lebihan terhadap dunia dan menambah keterlibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak.
'Ilmu ini dapat membuka lebar mata hatimu terhadap cacat cela segala macam 'aural perbuatanmu, sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya."
2. Menta'ati Perintah Allah
Ta'at itu maksudnya ialah menurut atau patuh kepada peraturanperaturan dan ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Perintah-perintah Allah itu terdiri dari 'aural-'aural yang wajib dan yang sunat.
'Aural-'aural yang wajib adalah merupakan 'aural pokok yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia. 'Aural-'aural yang sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"Allah berfiman: Siapa pun belum dapat disebut telah mendekatkan diri kepadaKu kerana telah menunaikan semua perintah yang fardu sahaja, tetapi seorang hamba baru dapat disebut mendekatkan (taqarrub) diri kepadaKu dengan mengerjakan perintahperintah yang sunat sehingga akhimya Aku akan mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya maka Akulah telinga yang dengannya ia mendengar, mata yang dengannya ia melihat, lidah yang dengannya dia berkata-kata, tangan yang dengannya ia lakukan setiap usahanya dan kaki yang dengannya bagi tiap langkahnya."
Dalam menta'ati perintah Allah seseorang mu'min mestilah menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan kepadanya seperti solat, puasa di bulan Ramadan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.
Demi untuk memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia menyeru manusia kepada pelaksanaannya serta melarang manusia dari mengabaikannya. Usaha ini dinamakan sebagai 'amru bil ma'ruf wa nahu 'anil mungkar. Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan sempuma, maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakannya.
Di samping melakukan perkara-perkara yang fardhu, seorang mu'min itu hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang sunat. amalan-amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya. Oleh itu perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari surmah Rasulullah s.a.w.
3. Menjauhi Maksiat
Seorang mu'min itu juga mestilah menjauhi dirinya dari maksiat. Memandang berat terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.
Imam al-Ghazzali memberi peringatan:
"Di dalam tuntutan din terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan : Pertama, meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat ta'at dan menunaikan segala perintah, ber'ibadah dan berbakti kepada Allah.
Di antara keduanya itu, menjauhi segala yang dilarang dan diharamkan itu adalah sesuatu hat yang terlalu berat; kerana keta'atan metaksanakan perintah-perintah Allah memang mampu dilaksanakan, tetapi meninggalkan dan menjauhi apa yang dilarang dan diharamkan itu, dada yang mampu kecuati orangorang yang benar."
Untuk menjadikan iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana kebiasaannya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya. Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya dari seranganserangan syaitan