Belajar sikit-sikit
Afrika
merupakan
benua yang kedua terbesar
selepas
Asia, sama ada dari segi
keluasan atau jumlah penduduk.
Luasnya adalah kira-kira
30,244,050 km2
(11,677,240 batu2)
termasuk kepulauan di sekitarnya,
meliputi 20.3% dari jumlah
daratan di bumi dan didiami
lebih daripada 800 juta
orang, atau sekitar satu
pertujuh populasi
manusia di
bumi.
Benua
Afrika disempadani:
Kata
Afrika berasal dari bahasa Rom
kuno, Africa terra — "tanah
Afri" (perkataan jamak dari "Afer")
— untuk menunjukkan bahagian
utara benua tersebut, iaitu
Tunisia sekarang, wilayah
jajahan Rom Afrika. Asal
perkataan "Afer" mungkin adalah
dari bahasa Funisia (Phoenician),
'afar yang bererti debu;
atau dari puak Afridi, yang
mendiami bahagian utara benua
dekat
Carthage; atau dari
bahasa Greek aphrike
yang bererti tanpa dingin; atau
dari
bahasa Latin aprica
yang bererti cerah.
|
Masalah-masalah yang
dihadapi oleh benua Afrika
Beban hutang sekitar 300 bilion
dolar, beribu-ribu rakyat menderita daripada kebuluran dan
penyakit, jangka hayat semakin menurun dan pendidikan berada di
tahap sangat rendah. Penyakit AIDS merebak, peperangan saudara
dan kebuluran telah menjadi masalah utama kepada benua Afrika
ini.
Peraturan perdagangan yang
menghambat negara-negara benua Afrika dari memasuki pasaran
dunia harus diteliti semula. Masalah hutang yang banyak di
negara-negara benua Afrika itu harus diberikan perhatian dan
tumpuan yang serius oleh kebanyakan negara-negara yang kaya.
Selain mengurangkan beban kemiskinan yang menyebabkan kebuluran
kanak-kanak di Afrika, juga harus memberi tumpuan kepada isu
peraturan-peraturan perdagangan antarabangsa.
Hal ini kerana,
isu tersebut yang lebih penting dari segi masa depan kepada
negara Afrika. Sebahagian besar mereka tidak dapat mengejar
kemajuan kerana halangan-halangan yang dihadapi mereka dari segi
subsidi import dan tarif yang dikenakan oleh negara-negara maju,
dan sebagainya.
Penubuhan institusi yang berkesan
dan bebas daripada rasuah bagi menyelenggarakan bantuan asing ke
negara yang dilanda kebuluran ini telah ditubuhkan. Antaranya
ialah WHO, NAM, WTO, FAO dan sebagainya. Hal ini kerana
pertubuhan tersebut secara tidak langsung, dapat membantu negara
itu daripada kebuluran dan kemiskinan terutama terhadap
kanak-kanak. Kanak-kanak di benua Afrika yang mengalami
kekurangan zat akibat kemarau yang panjang. Bantuan segera
seperti barangan makanan dan ubat-ubatan amat diperlukan.
|