|
Pilihan
Raya Umum Di Malaysia |
|
|
|
Maklumat
Pilihan Raya Umum Yang Telah Diadakan |
|
Pilihan
Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri
di Semenanjung telah diadakan sebanyak sepuluh kali bermula dari tahun
1959 hingga sekarang (1999). Manakala Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat bagi
Negeri Sabah dan Sarawak ialah sebanyak lapan kali bermula dari
tahun 1969 hingga sekarang (1999). Bagi Dewan Undangan Negeri pula, DUN
Negeri Sabah telah diadakan sebanyak 9 kali dan DUN Negeri Sarawak pula
telah diadakan sebanyak 8 kali. Jadual ringkas maklumat tersebut adalah seperti berikut:- |
Dewan Rakyat
|
Dewan-dewan Undangan Negeri
|
Semenanjung
1959,1964,1969,
1974,1978,1982,
1986,1990,1995,
1999
|
Sabah
1969,1974,1978,
1982,1986,1990,
1995,1999
|
Sarawak
1969,1974,1978,
1982,1986,1990,
1995,1999
|
Semenanjung
1959,1964,1969,
1974,1978,1982,
1986,1990,1995,
1999
|
Sabah
1967,1971,1976,
1981,1985,1986,
1990,1994,1999
|
Sarawak
1969,1974,1979,
1983,1987,1991,
1996,2001
|
|
|
Keanggotaan
Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri |
Bilangan
kerusi Dewan Rakyat adalah ditetapkan oleh Perkara 46 Perlembagaan
Persekutuan manakala bilangan kerusi Dewan-dewan Undangan Negeri pula
ditetapkan oleh peruntukan yang berkaitan di dalam Perlembagaan
Negeri-negeri berkenaan. |
|
Pembubaran
Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri |
Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila Dewan Rakyat dibubarkan, Pilihan
Raya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh
pembubaranya. Peruntukan yang serupa terkandung juga di dalam Perlembagaan
Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan-dewan Undangan Negeri. |
|
Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri juga menetapkan bahawa Dewan
Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri, kecuali dibubarkan lebih awal,
adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima tahun daripada
tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan
Raya Umum. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|