KATA-KATA ALUAN AJK PENAJA PERSATUAN ALUMNI
UNIVERSITI-UNIVERSITI TEXAS MALAYSIA.
Assalammualaikum
wbt.,
Persatuan Alumni Universiti-Universiti Texas Malaysia(PAUT) ialah satu
pertubuhan Alumni bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut di
Universiti-universiti di Texas, USA. PAUT ditubuhkan berdasarkan cita-cita
murni untuk merapatkan semula hubungan dikalangan bekas pelajar
Universiti-Universiti di Texas yang sekarang ini berada di merata tempat di
seluruh Malaysia. Pertubuhan ini juga adalah sebagai satu badan NGO yang di
harap dapat menjalankan fungsi sebagai badan kebajikan di kalangan ahli khasnya
dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Alumni ini terbuka kepada "semua bekas
pelajar-pelajar dari semua Universiti di Texas, USA., dan ahli keluarga".
Semuga Laman ini menjadi tempat pertemuan yang dahulunya
rakan-seRumah, rakan-Belajar, rakan-seUsrah, rakan-Bola,
rakan-Memancing, rakan-Berjalan dan rakan-Berbagai;
dan kini mungkin berjauhan (walaupun dekat) disebabkan
oleh urusan kerja dan keluarga. Diharapkan semuga Laman
ini menjadi jambatan penghubung rakan-rakan, walau dimana
pun anda berada. Akhir kata, hayatilah ungkapan dibawah
sebagai perangsang, pengharapan dan pergantungan
keseluruhan hidup seorang insan yang kerdil pada yang
esa.
Wassalam, AJK
Penaja
Antologi Aku
hanya mahu ke seberang
"
Ku pahat cengal
menjadi perahu dayungnya teras tembusu Layar bertingkat
kapas gulung Tiangnya tegap kayu nibung Panjinya
kain sulut atma
Tenunan isteri di kamar waja Esok, perahu
akan ke air mengharung samudera Meninggalkan
pantai melawan ombak dan badai Perahuku kecil,
lautnya ganas Tenanglah laut, kuala dan muara Ombak
jangan gila melanda Tiuplah bayu pada layarku
laju Dayung jangan patah Layar jangan
rekah Tiang jangan rebah Tuhan Aku
hanya mahu ke seberang
"
--
YBhg. Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob, Naib Canselor
UM
|