TIPS PENJAGAAN VAGINA
Bersihkan faraj setiap hari terutamanya selepas membuang air kecil. Mereka yang mengalami lendiran berlebihan perlu membasuh dgn air suam yg dicampur garam atau antiseptik utk menghilang kegatalan.
Petua tradisional menyarankan agar mencampurkan bunga cengkih bersama daun sirih dan secubit garam yg direbus. Bahan2 ini digunakan utk dibasuh di bahagian faraj. Ini utk mengelakkan kegatalan atau bau yg tidak enak.
Bertangas atau mencangkung di atas bara api. Paling elok bara tersebut dicampur bersama kunyit, cengkih, kunyit, kemenyan, Habbatus Saudah atau herba. Ia amat elok utk mengelakkan masalah kegatalan. Bagi yg belum berkahwin sesuai dilakukan selepas haid. Utk ibu bersalin pula, sesuai dilakukan utk mengecutkan rahim. Bertangas ini boleh dilakukan selama 30-45 minit.
Elakkan dari makanan yg sejuk. Banyakkan makanan berempah, sayuran dan ulam-ulaman. Sewaktu haid, wanita disarankan agar kerap minum air suam dan mengelakkan makan makanan yg berbau seperti cencaluk, petai dan jering. Ini utk mengelakkan faraj mengeluarkan bau yg tidak diingini.
Elakkan pakai pakaian dalam yg lembap kerana ia akan mendorong wujudnya fungus dalam faraj. Pakaian dalam juga tidak digalakkan dijemur di tempat teduh. Paling sesuai ia dikenakan cahaya matahari.
Kerap melakukan senaman tradisional utk membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Cara yg paling mudah ialah dgn duduk di atas kedua tumit kaki dan membuat kemutan sekurangnya 17 kali sehari. Duduk dgn bersila rapat dan badan ditegakkan juga boleh membantu penjagaan faraj.