SEKRETARIAT RAKAN MUDA

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK

 

1.       PENDAHULUAN

 

Sekretariat Rakan Muda ini merupakan unit yang diwujudkan sebagai satumekanisme  di bawah naungan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) IKBN Peretak.

 

Sekretariat Rakan Muda IKBN Peretak telah dilancarkan oleh Yang Mulia Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah, Ketua Pengarah Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dn Sukan pada 20 September 2002.  Pejabat Sekretariat terletak di Pusat Informasi Pelajar (PIP) IKBN Peretak.

 

2.       OBJEKTIF

 

2.1             Untuk membuka peluang kepada golongan pelajar-pelajar secara lebih meluas untuk menyertai dan merancang pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda.

 

2.2             Dengan adanya Sekretariat Rakan Muda di peringkat IKBN Peretak akan memberi ruang penyertaan yang lebih meluas kepada pelajar-pelajar untuk dapat mengikuti aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di tempat sendiri disamping menggerakkan aktiviti kesukarelaan dikalangan remaja.

 

2.3             Pengwujudan sekretariat akan memberi ruang yang luas kepada penglibatan pelajar-pelajar di dalam aktiviti kesukarelaan secara terancang di bawah penyeliaan IKBN Peretak.

 

2.4             Dengan adanya penglibatan pelajar-pelajar ini, adalah diharap mereka ini selepas tamat latihan kelak akan menjadi penggerak kepada aktiviti sukarelawan khususnya Program Rakan Muda ditempat kelahiran masing-masing.

 

2.5             Untuk menyambut seruan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia supaya semua IKBN menubuhkan Sekretariat Rakan Muda.

 

 

3.       STATUS PERLAKSANAAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA

 

3.1             Sekretariat Rakan Muda merupakan unit yang diwujudkan sebagai satu mekanisme  di bawah naungan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) IKBN Peretak.

 

3.2             Organisasi ini mempunyai ahli-ahli Sekretariat (penggerak Rakan Muda) dikalangan pelajar berumur dalam lingkungan 18 – 25 tahun dan ianya melalui sistem pemilihan secara lantikan oleh pihak Institut.

 

3.3             Pengarah IKBN Peretak berperanan sebagai penaung sementara Ketua Bahagian Pembangunan Insan IKBN Peretak berperanan sebagai penasihat dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak sebagai penyelaras kepada gerakan sekretariat dan memastikan perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Rakan Muda dibuat dengan tersusun dan terancang disamping membantu dari segi publisiti dan perhubungan awam.

 

3.4             Sekretariat Rakan Muda IKBN Peretak akan juga diawasi oleh penasihat setiap Gaya Hidup Rakan Muda yang terdiri daripada pegawai-pegawai IKBN Peretak dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Rakan Muda selaras dengan piawaian dan panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan selaras dengan Kod Amalan dan Rukun Rakan Muda.

 

3.5             Sekretariat Rakan Muda IKBN Peretak menggunakan mekanisma Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) IKBN Peretak sebagai rakan kongsi dalam penganjuran program-program tertentu.

 

3.6             Sekretariat Rakan Muda akan beroperasi di Pusat Informasi Pelajar (PIP) IKBN Peretak.

 

4.       PERLANTIKAN

 

4.1             Perlantikan Jawatankuasa Sekretariat Rakan Muda adalah melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sekretariat Rakan Muda IKBN Peretak seperti yang telah ditetapkan di perkara 3.3 dan 3.4.

4.2             Tempoh memegang jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Sekretariat  tidak melebihi 1 tahun, walaubagaimanapun mereka-mereka ini boleh dipilih semula atau dilantik semula mengikut kesesuaian.

 

 

5.       PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA

 

5.1             Program Rakan Masyarakat Operasi Khidmat Masyarakat

5.2             Program Rakan Muda Ramadhan Tadarus AlQuran, Sunat Terawih & Witir

5.3             Program Rakan Muda Ramadhan Khatam Al-Quran

5.4             Program Rakan Sukan Karnival Sukan

5.5             Program Rakan Rekreasi Perkhemahan Tahunan & Ekspedisi Bukit Kutu

5.6             Program Rakan Rekacipta Pertandingan Gubahan Bunga & Hantaran

5.7             Program Rakan Seni Budaya Dikir Barat & Tarian Tradisional

5.8             Program Rakan Wirausaha/Wiramahir Pertandingan Kulinary & Pastry

5.9             Program Rakan Kecergasan Senamrobik

5.10        Program Rakan Cinta Alam Eksplorasi  & Menjelajah Hutan

5.11        Progran Rakan Wajadiri Silat Gayong & Karate-Do

 

6.  Struktur Organisasi Sekretariat Rakan Muda IKBN Peretak