FOLLOW YOUR HEART "Dah la tu mak". Nina seakan merayu. "Mak, abah kau dan adik ni datang dari jauh. Dua minggu kami di sini Nina. Kau belum beri kata putus lagi. Kau nak tunggu siapa lagi, putera kayangan?" sergah Mak Bedah, ibu Nina. "Taklah sampai macam tu sekali. Mak tak fahamlah. Hati Nina belum terbuka lagi untuk bercinta lagi". Bosan sungguh Nina hari itu. "Mak bukan suruh kau bercinta lagi, mak nak kau terima saja lamaran Haikal tu. Berat sangat ke permintaan mak ni?" Jodoh! Inilah masalah wanita yang telah lanjut usia seperti aku. Andartu (anak dara tua), Andalusia (anak dara lanjut usia); seperti yang selalu aku terima usikan dari adik aku yang seorang itu! Bukan aku tak mahu berumahtangga, telah lama aku mempertaruhkan nasib ini dalam mencari perisian hati. Malah dah dari usia aku baru menjangkau 18 lagi. Muda lagikan! Hai, entahlah. Aku sendiri tak tahu mengapa dan apa silap aku. Minggu depan usia aku meningkat setahun lagi - yang ke 38 tahun. 15 tahun aku memperjuangkan diri untuk mencari suami idaman. 15 tahun juga aku bekerja sambil belajar hingga ke menara gading. 15 kali aku dikecewakan, bermakna 15 jejaka yang pernah bermatairan denganku. Hebatkan! Aku bukan bermaksud hendak mewarwarkan kehebatan ini. Jikalau aku seorang lelaki, kemungkinan pasti aku akan dilabelkan sebagai Don Juan Junior; baru 15 orang apa. Nak jadi Senior tu kena cari ramai lagi 'mangsa'. Tapi aku seorang wanita dan apabila aku mengimbas kembali kenangan itu; aku jadi malu sendiri kerana aku telah membuang masa selama 15 tahun berpacaran. 15 tahun bukan waktu yang singkat - suatu jangka waktu yang amat panjang. Jikalau dulu aku berhasil untuk menjadi seorang isteri, mungkin sekarang aku telah pun mempunyai ramai anak. Itu andaian dan perancangan aku saja. Itulah angan-anganku bersama jejaka-jejaka yang pernah aku kenali dulu. Angan-angan selama 15 tahun yang tidak menjadi kenyataan. Angan-angan yang hanya akan tinggal angan-angan saja. "Hah, termenung lagi. Asal mak cakap kau lantak dengan termenung kau aje!" jerkah Mak Bedah. "Mak ni, buat orang terkejut aje. Boring betul!" Nina menjuihkan bibirnya. "Kalau macam gini perangai kau, 10 tahun akan datang kau takkan berlaki tau! Bila kontrak kerja kau habis? Kau kata 3 tahun aje mengajar kat sini. Dah 5 tahun kau kat sini. Bila nak balik? Mak tak mahu tengok kau sampai beruban mengajar kat sini". "Nina kalau nak berhenti kena kasi surat perletakkan jawatan sekurang-kurangnya 6 bulan. Kalau Nina hantar sekarang, maknanya paling cepat tahun depan bulan 6 baru dapat balik ke Singapura";. Aku berbohong. Sebenarnya aku telah pun menerima surat pengesahan penerimaan dari Kementerian Pelajaran tentang perletakan jawatan aku itu. Sekarang ni dah pertengahan bulan November, bulan Disember nanti aku baliklah. Aku nak jelajah negeri Vietnam ini dulu. Entah bila aku dapat menjejakkan kaki ini ke Vietnam lagi. "Besok mak nak balik Singapura. Kasi jawapan kau malam karang". Mak Bedah berlalu pergi menuju ke bilik; solat asar. |
-B-e-R-s-A-m-B-u-N-g- |