<BGSOUND src="//www.oocities.org/panca_delima/userfiles:/user/mawar.mid">
BALASAN

Perlahan-lahan makcik Bedah membuka matanya. Dia melihat seorang lelaki di sebelah kanan katilnya. Dan dia terus mengamat-amatinya lelaki itu. Kemudian mata makcik Bedah menjengkil lalu mengeleng-gelengkan kepalanya. Namun sekejapan tubuh makcik Bedah diam and kaku...

"Kau keluar Halim! Anak yang tak mengenang jasa orang tua!" jerit makcik Bedah. Api kemarahan ibu tua itu tak dapat dibendung lagi. Sudah sekian lama dipendam kemarahannya ibarat api dalam sekam.

"Diamlah mak! Nah! Saya akan keluar sekarang. Dilla kemaskan pakaian kita. Kita berambus tinggalkan si tua kutuk ni! Bentak Halim. Dia seakan telah meluat dengan ibu yang dulunya berjasa, berkorban nyawa melahirkannya, menyusukannya dan membesarkannya dengan titik peluh. Malah dia sanggup melupakan segalanya hanya kerana seorang isteri yang tidak berhati perut.

Makcik Bedah terjelepuk duduk diambang pintu flat 3 biliknya. Dia hanya mampu menangis, melihat anak dan menantunya pergi. Begitu hebat dugaan dan malang yang datang menimpanya. Tidak disangka sama sekali anak yang dicurahkan kasih sayang sanggup menconteng arang ke mukanya. Dalam keadaannya yang tidak selalu sihat, menantunya pula buat hal. Dilla tak suka menolongnya memasak dan mengemas. Dalam keadaan Dilla yang berbadan dua; dia tidak mahu menbantu pekerjaan yang ringan seperti melipat baju dan mencuci pinggan mangkuk setelah selesai sarapan, makan tengahari mahupun makan malam. Dilla yang berusia 18 tahun hanya tahu memerintah padahal rumah itu kepunyaan mak Halim. Jikalau mak Halim memarahinya. Dilla akan mengadu kepada Halim; dan ini selalunya berakhir pada bertegang urat. Halim pula selalu menyebelahi isterinya. Halim yang masih berkhidmat di dalam Perkhidmatan Negara pulang seminggu sekali untuk 'berperang mulut' dengan ibunya.

Makcik Bedah bangun perlahan-perlahan dan dia pun mengunci pagar dan terus menutup daun pintu. Dia terus merebahkan badannya di atas sofa di ruang tamu itu. Matanya memandang ke siling. Peristiwa yang berlaku pada waktu Maghrib tadi masih lagi berputar-putar di benaknya, selaju putaran kipas di siling itu. Dia teringat bagaimana suaminya, Husin, ayah Halim rebah ke lantai apabila mendengar pengakuan Halim, yang dia telah terlanjur dengan Dilla. Akibatnya aya meninggal dunia akibat terperanjat. Tinggallah makcik Bedah untuk mengadap segala peri-laku Halim yang liar dan biadab itu. Kerana tidak sanggup lagi menahan tohmahan masyarakat sekeliling, dia mengambil keputusan untuk menyatukan Halim dan Dilla.

Halim duduk di kerusi sambil melihat Dilla membasuh pinggan mangkuk. Fikirannya menerawang memikirkan masalah yang dihadapi kini. Sudah 18 tahun dia meninggalkan ibunya. Sudah puas dia mencari ibunya namun dia tidak berjaya. Adakah masalah ini adalah dari kesilapannya atau pembalasan terhadap apa yang dikerjakan sewaktu dia muda dahulu? Dia kurang pasti. Setelah dia mendidik anak-anaknya dengan sebaiknya; balasan yang sebegini telah diterimanya. Memang benar kata pepatah 'menjaga lembu sekandang, lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang'.

Anak lelaki Halim sekarang berada di pusat pemulihan dadah. Dia cukup malu dan sedih apabila melihat anaknya, Haire, dibawa masuk ke pusat itu. Malu kerana tindak-taduk anaknya; mengambil dadah bagi menghilangkan tekanan di sekolah. Sedih kerana seolah-olah dia bagai tidak mampu untuk menjadikan anaknya sebagai insan yang mulia dan dihormati. Di dalam usia 16 tahun; anak perempuan Halim, Aini, sudah pandai bermain cinta. Usia yang telalu mentah untuk mengenal erti kehidupan; usia yang sepatutnya digunakan untuk menimba ilmu dengan secukupnya. Tetapi Aini tidak memperdulikan nasihat dan amaran demi amaran oleh Halim. Tidak sekali Halim menyangka, Aini telah terlanjur dengan kekasihnya. Kalau boleh dia mahu kekasih Aini bertanggungjawab akan perbuatannya itu. Tetapi sayang, apabila dia bertemu semula; setelah seminggu Aini lari dari rumah; hanya sekujur tubuh yang tiada bernyawa. Tidak terlintas di benak fikirannya bahawa Aini sanggup membunuh dirinya.

Halim mencapai suratkhabar di atas meja itu. Dia membuka lembaran demi lembaran suratkhabar moga-moga dia dapat melupakan segala masalahnya pada ketika itu. Dalam sedang dia membaca iklan-iklan yang terdapat di dalam suratkhabar itu, matanya terlihat sorang wanita tua yang terlantar di hospital akibat kemalangan. Wanita tua itu hampir serupa dengan wajah ibunya. Dengan bingkas dia bangun. Dia terus menyalin pakainnya dan kemudian dia keluar tanpa meninggalkan pesanan pada Dilla.

Hospital pada waktu makan tengahari begini tidaklah terlalu ramai orang. Dengan potongan akhbar di tangannya, dia bertanya kepada jururawat akan wanita yang Halim maksudkan.

"Namanya Bedah tuan. Tuan ni anaknyakah?' tanya jururawat tadi.

"Ya! Boleh saya melawatnya sekarang?" tanya Halim.

"Dia sekarang di Wad 45 di tingkat 4." ujar jururawat itu. Jururawat itu terus berlalu pergi.

Halim melangkah dengan perlahan-lahan. Hatinya bagaikan gembira untuk bertemu dengan ibunya yang telah 18 tahun ditinggalkan. Hatinya juga sedih atas apa yang telah menimpa ibunya dan juga tentang perangainya yang amat memilukan hati ibunya. Halim datang menghampiri katil ibunya. Dia menyentuh tangan ibunya yang sedang berehat. Kecederaan yang dialami juga teruk; muka, tapak tangan dan kaki ibunya terdapat bekas jahitan yang panjang. Sudah 4 hari ibunya terlantar di hospital tanpa saudara-mara yang datang menjenguk. Sungguh kasihan! Tanpa disedari airmata pilu menitis dan jatuh ke atas bahu ibunya.


Dari: Taman Adinda
          (Maya Binte Esa)