<BGSOUND src="//www.oocities.org/panca_delima/userfiles:/user/hatiyanglukabroeymarantika.mid">
HARAPAN

Suasana di rumah petang itu diselubungi kesedihan. Harapan dan impian ibu hanya tinggal impian. Akulah sahaja harapan ibu. Masih adakah lagi harapan untuk ibu. Ibuku kini terlantar di katil biliknya. Dia seakan terperanjat. Mungkin terperanjat selepas membaca surat kiriman aku tempoh hari, sehari sebelum berangkat pulang dari Amerka Syarikat. Suratku berbunyi begini:-


Ibu,
        Kepulangan Wati kali ini adalah buat selamanya. Bukan kerana Wati tidak lulus dalam peperiksaan penggal lalu, tapi Wati tidak sanggup lagi berdepan dengan masyarakat keliling. Wati tahu bahawa Wati ada 5 1/2 tahun lagi bagi menamatkan pelajaran kedoktoran Wati. Tapi Wati tak boleh. Wati tak percaya perkara sebegini boleh berlaku pada Wati. Maaf kerana Wati mengambil masa 1/2 tahun untuk memberi tahu keadaan sebenar.

Ibu,
        Jutaan ampun dan maaf  Wati pinta kerana tidak dapat mencapai kejayaan seperti yang ibu harapkan itu. Sebenarnya Wati telah terlanjur Ibu. Lelaki itu Wati kenal semasa di sini ada 'Halloween Party'. Lelaki yang menodai Wati adalah lelaki Inggeris bernama John. Cinta kami berputik. Ternyata Wati tidak mampu melawan gelora hati ini. Ibu maafkan Wati! Ibu pun tahu Wati selalu menghadapi keuzuran yang tidak menentu bukan. Selepas kejadian itu Wati mengandung tanpa disedari. Wati juga tidak mengalami mabuk-mabuk dan juga muntah-muntah seperti kebiasaan wanita mengandung. Apabila doktor membuat pemeriksaan pada Wati, barulah Wati tahu dan juga seluruh penghuni universiti tahu. Ini semua gara-gara mulut kawan Wati. Kawan-kawan Islam Wati yang lain terperanjat dan membenci akan perbuatan Wati.

Ibu,
        Sebenarnya ada satu lagi kejadian yang menimpa diri Wati bak kata pepatah, 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Wati terlibat dalam satu kemalangan jalanraya. Tapi dengan kudrat Tuhan, anak di dalam kandungan Wati ini terselamat. Kemalangan ini telah dirancang oleh John kerana tidak mahu bertanggungjawab atas anak ini; walaupun keputusan DNA menunjukkan bahawa John adalah bapa kepada anak ini. Mungkin ini juga adalah balasan dari Allah buat Wati.


Lamunanku terhenti. Tidak kusedari bahawa kapalterbang yang aku naiki telahpun tiba di Lapangan Changi. Pramugari SIA menyuruhku menunggu sebentar supaya dapat memberi laluan kepada penumpang lain. Selepas itu pramugari tadi 'menemani' aku keluar lantas terus ke tempat mengambil bagasi. Teksi khas telah pun tersedia menantiku di halaman menaiki teksi. Teksi terus meluncur setelah aku memberitahu tempat tinggalku.

Jam di tanganku menunjukkan tepat jam 3 petang. Pemandu teksi keluar lalu membuka pintu tempat dudukku lantas dia terus ke bonet dan mengeluarkan bagasiku. Rumah dua tingkat ini seperti dulu juga, tidak seperti penghuninya. Aku menekan butang loceng, sebentar kemudian muncul orang gaji lama rumah ini. Dia seakan tidak percaya melihatku.

"Nyonya Supardi, Neng sudah pulang!" teriak orang gajiku. Aku disorong oleh orang gajiku ke bilik ibu, walaupun jelas kelihatan air mukanya yang penuh tanda tanya.

Sudah agak lama aku merenung ibu, dia hanya terlantar layu di atas katil walaupun mulutnya terkumat-kamit. Aku kesal atas apa yang telah berlaku. Keadaanku yang sedang mengandung 5 bulan, mata kiriku yang telah menjadi buta akibat kaca yang tertusuk di dalam mataku. Kedua-dua tangan kiri dan kaki kiriku yang berbalut. Kalau dia melihat keadaanku sekarang pasti dia akan lebih terkejut malah sakitnya pasti akan lebih teruk.

Aku memesongkan kerusi rodaku menuju keluar bilik ibu. Aku tak mahu dia terbangun akibat terdengar esakanku ini. Aku bertanya sendiri, masihkah ada harapan bagiku untuk menebus segala kesalahan dan kesilapanku. Atau masih adakah lagi harapan untuk ibu.




Dari : Taman Adinda

           (Maya Binte Esa)
           (Ahad 08 August 1999)