Syahwati CikguZailan baru sahaja memberitahuku bahawa Aisyah tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Aku terpaksa menggantikan tempatnya dalam satu pertandingan nyanyian di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada minggu hadapan. Aku tergamam lantas terjelepuk di atas kerusi. Seakan kedua belah kakiku tidak lagi mampu menampung berat badanku ini. "Syahwati, awak terperanjat ke, atapun terharu?" Tanya Cikgu Zailan dengan sinis. Seakan perkatan 'terharu' itu menampar mukaku lantas menyedarkan aku dari keadaan sebelum itu. Nada dan cara Cikgu menanyaku seakan terpaksa memilih aku pengganti Aisyah. Maklumlah suaranya lebih hebat dari Kartini mahupun Suriani dan semestinya jauh lebih baik dari aku. Kalau tak suka kenapa pilih aku? Tanyaku pada diri aku sendiri. "Tapi Cikgu, kenapa saya, kenapa tidak orang lain, Kartini ke, Suriani ke. Kan mereka itu mempunyai suara yang lunak seakan-akan Siti Nurhaliza. Suara saya ni tak boleh lawanlah Cikgu." Dalihku, ingin menolak bala kepada orang lain. Kartini serta Suriani yang berada di tempat mereka; di belakangku, saling berpandangan lantas tersenyum simpul mendengar pujian yang secara tidak langsung terpacul dari mulutku. "Saya tak mahu dengar lagi dolak-dalik awak. apa yang saya tahu awak mesti bersedia seminggu dari sekarang. Awak faham?" Tegas Cikgu Zailan. "Tapi Cikgu..." Cikgu Zailan berlalu pergi tanpa menghiraukan rengekanku. Ah! Bosan sungguh! tapi kenapa Cikgu Zailan macam tak suka aje. Siapa pulak yang memandai-mandai pilih aku ni? Yang jelas aku tak tahu. Sesampai sahaja di rumah, aku terus ke kamar. Tak berdaya ataupun kuasa untuk mengusik Mak Lijah, orang gaji rumah ini, seperti biasa aku lakukan saban hari. Aku bungkam, seakan tidak tahu lagi apa yang harus aku pilih untuk pertandingan itu nanti. Aku tidak lalu makan dan minum, hanya memikirkan tentang pertandingan itu. Aku mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari kakakku, Syahwani. Hari yang penuh debaran menjelang tiba. Aku bersiap kemas dengan baju sekolah. Ini adalah syarat dan peraturan pertandingan di mana, para peserta harus melaporkan diri di kaunter pendaftaran dengan pakaian seragam sekolah. Aku mencapai diskman lalu bergegas keluar. Telinga ini disumbatkan 'earphone' untuk meredakan debaran yang mulai dirasai. pada fikiranku ini, aku memang sudah cukup bersedia, malahan kalau setakat lagu Siti Nurlaliza itu; sudah hampir 20 kali aku berlatih. Suara aku pun boleh tahan. He! He! He! Gelak hatiku. Sesampainya aku di sana, Cikgu Zailan kelihatan amat gelisah. Mungkin dia telah lama menungguku. "Syahwati, mengapa awak lambat. Peserta lain sudahpun mendaftar tau!" Eh! Eh! Eh! Nak marah pulak Cikgu ni, macam singa lapar. Tak makan ke dia ni. Nanti aku tarik diri, baru padan dengan muka dia! Bentak hatiku, dalam masa yang sama bergegas mengikut langkah Cikgu Zailan yang panjang menuju ke kaunter pendaftaran. "Awak ada bawak cakara padat Siti Nurhaliza tak?" Tanya Cikgu Zailan. Belum pun sempat aku dapat mengucapkan 'selamat petang cikgu' sepertimana ucapan 'ritual' di sekolah, walaupun bagiku ucapan itu agak terlewat. Tak kasi aku bernafas langsung! Getus hatiku. "Tak Cikgu, saya ingatkan Cikgu dah bawak. Lagipun baju untuk pertandingan ini pun Cikgu bawakan!" Terangku. Cikgu Zailan tidak dapat berkata apa-apa. Hanya jelingan jelek sahaja dipancarkan daripada matanya. Dia mengeluarkan ikaset, sudah tentunya kaset Siti Nurhaliza. Mujur Cikgu Zailan bawa! Lepas satu bala! Selepas mendaftar, Cikgu Zailan membawaku ke bilik persalinan. Kami telah diberitahu tadi bahawa aku adalah pesedrta terakhir untuk membuat persembahan. Maklumlah aku ni peserta yang telah terlambat mendaftar dan tidak melampau kalau aku katakan bahawa aku ini peserta yang 'belen'belen'! Rungutku seorang diri. Di bilik persalinan, ramai yang masih lagi bersiap. Ada yang masih lagi berdandan, ada juga masih menukar pakaian. Ada juga peserta yang sudah siap hanya menanti gilirannya sahaja. Nasib baik juga bilik ini mempunyai penyaman udara yang pada fikiranku sengaja ditinggikan suhunya. Jikalau tidak, pasti mekap para peserta cair bagaikan lilin yang sedang dibakar! Kini hanya tinggal 2 peserta lagi sebelumku. Cikgu Zailan hanya duduk di sebelahku. Kekadang dia berdiri bagaikan orang dalam keresahan. Macam dia pulak yang nak menyanyi! Sudahlah dia paksa aku, lepas tu nak tunjuk edsyen pulak! Rungut hatiku. Sebentar kemudian daun pintu dikuak, Encik Brian, orang yang bertanggung-jawab bagi memutarkan lagu persembahan para peserta, masuk. "Encik Zailan, ada kerosakan pada kaset yang awak berikan tadi. Awak ada careka padat atau kaset yang lain tak?" Tanya Encik Brian. Cikgu Zailan menggelengkan kepalanya secara spontan. Dia berpandangan dengan Encik Brian seakan tidak percaya dan tidak mahu percaya atas apa yang telah Encik Brian khabarkan.... "Nanti, saya harap careka padat saya ini dapat membantu." Tanpa membuang masa aku menghulurkan cereka padat itu kepada Encik Brian. Masa yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Namaku dipanggil untuk membuat persembahan. Aku keluar ke atas pentas. Tapi bukan dengan baju ala 'Nian di hati' Siti Nurhaliza. Aku sebenarnya telah menukar baju sekolahku semula. Aku menocang rambutku kehadapan ala si cilik dalam drama 'Little house on the prairie'. Para hadirin berpandangan. Lantas lagu mula diputarkan......................... Jeng! Jeng! Jeng! Jeng! oh Baby...Baby...! Amacam, ada macam Britney Spears tak? Benakku berputar. Lantas di kala itu para hadirin yang hampir kesemuanya para pelajar sekolah berdiri dan bersorak. Hanya Cikgu Zailan sahaja yang terlopong di tempat duduknya.....! Aku telah mendapat tempat juara di akhir pertandingan itu. Persembahan yang berlainan, yang cukup bertenaga, jauh dari persamaan dalam persembahan para peserta yang lain. Aku cukup gembira dan Cikgu Zailan tersenyum bangga! Dari: Taman Adinda (Maya Binte Esa) |