UNDANGAN RINDU Di sebuah maktab rendah...Ringg!!! Bunyi loceng untuk rehat kedengaran. Azman duduk di kerusi di kantin maktab itu. Dia melihat jam di tangannya, sudah pukul 12.10 tengah hari. Dia gelisah. "Mana ni Dia?" Janji nak turun lekas, tapi lambat juga." Para pelajar kelihatan perlahan-lahan menuju ke kantin maktab itu. Azman cuba mencari sekuliahnya yang secara diam-diam telah bertakhta di dalam hatinya. Namanya ialah Dahlia. "Lia, Lia!" Azman memanggil sambil melambai-lambaikan tangannya. "Hei! Az, maafkan Lia kerana terlambat. Lia tadi..." "Cukup, cukup Lia. Azman tahu Lia keluar lambat dari kuliah tadikan? Itu saja alasan Lia!" Azman meradang. "Tapi, ni betul Az. Teacher beri nasihat sebelum kami ambil peperiksaan nanti," terang Dahlia. "Az tak marahkan?" Dahlia memujuk. Hati Azman lembut semula. Mereka pun pergi makan bersama di kantin. Tidak lama kemudian hari peperiksaan peringkat 'A' pun tiba. Semua pelajar kelihatan sibuk belajar. Kantin kini bukan tempat pelajar makan, tetapi telah menjadi tempat belajar. Sepinya sama seperti di dalam sebuah perpustakaan. di satu sudut di kantin maktab itu kelihatan Azman and Dahlia menelaah pelajaran mereka. Sebentar kemudian mereka semua masuk ke dewan peperiksaan dengan hati yang berdebar-debar. Selepas peperiksaan berakhir... "Lia, boleh Az tanya sikit?" tanya Azman, memancing. "Eh! kenapa Az ni? Kenapa nak minta permission pulak?" tanya Dahlia kehairanan. "Ala, Lia ni tak romantiklah..." Belum sempat menghabiskan kata-katanya Dahlia terus memotong, "Janganlah Az ada perasaan begitu. Sportinglah kawan." "Az tak marah. Dahliakan bunga hati pengarang jantung 'abang'!" "Eleh! Abang konon. Jom kita balik." Dalam hati Dahlia bangga juga diibaratkan bunga pengarang jantung oleh Azman. Esok adalah hari pengambilan keputusan peperiksaan 'A'. Para pelajar berdebar-debar semasa melangkah masuk ke pekarangan maktab itu. Masing-masing dilanda perasaan cemas. Ramai pelajar duduk tanpa berkata apa-apa kerana terlalu asyik melayan perasaan and pertanyaan di dalam hati. Begitu juga halnya dengan Azman and Dahlia. Tepat pukul 9 pagi, keputusan ditampal di papan tanda. Para pelajar terus meluru ke arah papan tanda itu kerana tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan masing-masing. Azman dan Dahlia juga tidak ketinggalan. Tempat itu menjadi riuh-rendah. Ada yang menjerit keuskaan, ada yang mengangis kegembiraan, ada yang menangis sedih kerana gagal dan bermacam-macam reaksi. Apabila Azman and Dahlia mengetahui keputusan masing-masing, mereka sungguh terharu kerana mendapat keputusan yang cemerlang. "Dengan keputusan Lia ni apa yang Lia nak lakukan? Bagi Az, Az nak mohon masuk Universiti Princeton di Amerika Syarikat, jurusan kedoktoran." "Kenapa jauh sangat Az?" tanya Dahlia. "Lia belum lagi menjawab pertanyaan Az." "Oh, Lia nak belajar di universiti tempatan jurusan perniagaan. O.K., sekarang beritahu Lia kenapa Az nak ke Universiti Princeton?" "Sebenarnya ibu Az yang suruh kena bolelah Az tengok-tengokkan adik Az yang belajar di sana." Dua bulan berikutnya. Azman menerima jawapan bahawa permohonannya untuk belajar di Universiti Princeton diterima. Dia ke rumah Dahlia untuk memberitahu berita gembira itu. "Aku akan berada di sana selama enam tahun. Aku harap kau and menungguku." "Tapi, kenapa lamat sangat? Aku tak sanggup menunggu kau lama-lama. Aku takut apabila kau nampak gadis di sana kau lupakan aku. Aku takut kau mungkir janji," kata Dahlia menahan sebak di dada. "Janganlah kau fikir yang bukan-bukan. Aku pergi bukan untuk holiday tapi belajar," ujar Azman sambil mencuit dagu Dahlia. "Azman aku akan tetap menunggu kau," janji Dahlia sambil menggenggam erat tangan Azman. Akhirnya tibalah masa untuk mereka berpisah. Masa berlalu terlalu pantas. Setahun, dua tahun, akhirnya enam tahun. Azman berjaya dalam pengajiannya dan pulang dengan membawa segulung ijazah sarjana kedoktoran. Seminggu selepas kepulangannya, dia ke rumah Dahlia. "Assalamualaikum. Makcik, Dahlia ada?" "Waalaikumussalam. Masuklah dulu nak," pelawa ibu Dahlia dengan hati yang cemas. "Nak, Makcik harap kau jangan terperanjat ya. Sebenarnya Dahlia dah berumahtangga setahun lalu. Anak pun tahu, orang perempuan jika terlalu lama disimpan berlapuk. Makcik harap kau mengerti. Lagipun bunga bukan sekuntum," terang ibu Dahlia. Bagaikan mahu pengsan Azman apabila mendengar kalimat 'berumahtangga' itu. Dia menghela nafas panjang. Hatinya hancur berkecai. Dahlia memberitahu bahawa suaminya ialah seorang hakim ternama. Dua minggu kemudian, Azman berangkat semua ke Amerika membawa hati yang luka. Tidak disangkanya, Dahlia yang bersungguh-sungguh berjanji akan menunggunya berubah hati sedang dia yang berada jauh di rantauan tidak sedikit pun pernah melupannya. Tiga tahun berlalu, hati Azman masih tidak dapat melupakan Dahlia walaupun dia telah bergelar doktor bedah. Pada suatu hari, untuk melepaskan rindu dia mengirim sepucuk surat kepada Dahlia. Begini bunyinya: Hanya dirimu yang dapat membalut lukaku. Bagi diriku kau masih kukenang. Biarpun sengkau sudah hidup bahagia. Tapi, salahkah aku melepaskan rindu, menatapmu sekadar waktu. Cuba kau dengarkan sesuatu dari hati. Semoga kau tahu tujuanku. Mengapa aku rindu. Dari : Taman Adinda ( Maya Binte Esa [18 tahun - 1991] ) (Cerpen ini telah disiarkan dan dipetik dari lelaman Coretan Remaja kelolaan Kak Dee - 4 Disember 1991 (27 Jamadilawal 1412) |