UNDANGAN RINDU II - Antara Hujan & Airmata |
Azman masih lagi di tanah perkuburan. Cuaca yang redup tadi telah bertukar menjadi hujan yang lebat. Dia tidak menghiraukannya, sepertimana dia tidak menghiraukan saudara-mara yang perlahan-lahan pergi meninggalkan kuburan itu. Selebat manakah hujan yang dapat menandingi tangis di hatinya..... Selebat hujan yang turun Mencurah membasahi bumi Tidak selebat hujan Di dalam jiwaku Oh hujan, di antara airmataku Menitis laju bersama pilu-pilu Aku cuba melupakan kenangan waktu silam Namun inikah yang kau tinggalkan Untuk diriku oh kekasih....! ***************************************************************** "Aku akan berada di sana selama enam tahun. Aku harap kau akan menungguku". "Tapi, kenapa lama sangat? Aku tak sanggup menunggu kau lama-lama. Aku takut apabila kau nampak gadis di sana kau lupakan aku. Aku takut kau mungkir janji." kata Dahlia menahan sebak di dada. "Janganlah kau fikir yang bukan-bukan. Aku pergi bukan untuk boliday tapi belajar." ujar Azman sambil mencuit dagu Dahlia. "Azman, aku akan tetap menunggu kau." janji Dahlia sambil menggenggam erat tangan Azman. Azman terkenang kembali saat dia melangkah pergi dari rumah Dahlia. Sampai hatimu sayang! Rupanya kau yang telah berubah hati. Enam tahun diriku menahan perasaan dan setia pada dirimu seorang! Sayang.... Tidakkah dikau terima suratku dulu? Aku masih menantimu walaupun kau telah dimiliki. Dahlia... tidakkah dikau menerimanya? Adakah dikau membaca luahan sanubariku sayang. Mungkin kau telah membuangnya ataupun kau jadikan kapalterbang kertas buat pemainan anak-anakmu itu; seperti kau mempermainkan hati dan perasaanku? "Termenung jauh nampak anak mak ni?" Azman terkejut. Dia tidak sedar ibunya, mak Kintan, sedari tadi memerhatikan gelagatnya. "Tak ada apa-apa mak, saje". Azman memandang semula ke luar jendela. Dilarikan wajahnya supaya mak Kintan tidak dapat menyelam hatinya. "Mak ni kan telah lama makan garam dari kau Azman. Mak yang membela, membesarkan kau dan adik-adik. Walaupun abah kau telah lama pergi meninggalkan kita, tapi dia tak meninggalkan kita dalam keadaan miskin. Kita mewah, sebab tu kau serta adik-adik semuanya lulusan universiti. Mak amat sayang pada abah kau. Begitu juga mak harap pada kau Azman. Biarlah kita mengenang orang yang sayang pada kita dengan sepenuh hati. Orang yang tidak menyakitkan jiwa, orang yang menghargai pengorbanan dan kasih yang telah diterapkan oleh kita. Orang yang berterimakasih di atas kasih sayang yang diberikan. Bukan seperti orang yang tak tahu dirinya disayangi. Lupakanlah Dahlia. "Takpe la mak. Azman saje ni ambil angin kat sini". Azman cuba mengelak supaya mak Kintan akan mengubah topik perbualan. "Dah 6 tahun kau pulang. Seingat mak, adik ada beritahu yang kau ada utuskan surat pada Dahlia 3 tahun lalu. Janganlah kenangkan orang yang tak tahu menghargai cintamu, nak". Sebak hati mak Kintan. Dia sendiri sedih melihatkan anaknya yang masih mahu menunggu akan Dahlia. Dia cukup kenal akan peribadi anaknya. Seperti suaminya, terlalu setia pada dirinya. Cuma dirinya tahu menghargai akan kesetiaan suaminya itu. "Mungkin dia sibuk, ataupun dia telah berpindah rumah". Azman memberikan alasan. "Atau mungkin kau yang tak tahu lagi, suami Dahlia tu orang yang dah mantap kedudukan ekonominya. Lebih bergaya dan berstatus. Orang putih pulak tu". Azman terpempan. Terfikir sejenak di fikirannya. Orang putih! Ibu Dahlia tak pun memberitahunya. "Alah mak, orang putih ke orang melayu ke, sama aje. Darah kita sama merah. Tak ada bezanya". "Tu kata kau, Dahlia?" "Dahla eh mak. Azman nak keluar jap. Mak ada apa-apa nak pesan?" "Jangan nak mengelak Azman. Mak tahu. nanti. Kau jangan keluar dulu. Duduk. Mak nak cakap sikit. Lepas tu kalau nak keluar, keluarlah. Biar mak cakap dulu". "Baiklah". Tak kuasa Azman hendak membantah perintah ibunya. Lantas dia duduk di sofa mengadap mak Kintan. "Kau ingat lagi tak pada Wardah? Anak Pak Long sepupu mak kat Kota Tinggi tu?" "Aha... kenapa mak?" Fahamlah Azman. 'Macam takde topik lain', detik hatinya! "Hari tu Wardah ada telefon sini. dia kata dia dah taman pengajian kat University Islam Antarabangsa (UIA). Dia dah lulus". Cerita mak Kintan. "Oh, iye ke? Dia tu kan, masa kecil-kecil dulu asyik sakit aje. Sakit lelah kan?" "Itu dulu.... Sekarang ni dengar khabar dia tak sakit lelah lagi. Kau ingat tak, Wardah suka bermain-main dengan kau waktu kecil-kecil dulu?" "Hmm.... pantang nampak Azman. Macam lalat jumpa taik!" "Issshhhh, jangan cakap macam tu. Tak Baik. Wardah tu baik, sopan dan tahu menghormati orang tua.". Azman menjuihkan bibirnya. Meluat! 'Mak cadang, nak jodohkan kau orang berdua. Jangan tunggu lama-lama Azman. Umur kau tu dah lebih 30 tahun.". "Suka hati mak lah". Lalu diangkat punggungnya meninggalkan mak Kintan tersenyum-senyum sendiri. ***************************************************************** Telah sebulan berlangsungnya pertunangan antara Azman dengan Wardah. Dalam masa sebulan ini, tak pernah Azman pergi ke Kota Tinggi menemuinya tunangnya. Masa rombongan Azman ke sana dulu, Azman macam tak ambil peduli. 'Ah... aku lelaki. Apa yang perlu disibuk-sibukkan,' getus hatinya. Telah berkali-kali mak Kintan menyuruh Azman mempelawa Wardah untuk datang ke Singapura. Tapi Azman tetap dengan kata hatinya. "Azman, bila lagi kau nak jumpa tunang kau tu? Dah lebih sebulan kau bertunang, kau tak pernah nak jenguk-jenguk dia kat sana." radang juga melihatkan perangai Azman yang keras kepala, keras hati. "Alah, kalau Wardah nak jumpa sangat, biar dia aje yang datang ke mari". "Eh, dia tu tunang kau, perempuan lagi. Mana boleh buat lagu tu?' "Dulukan mak yang bersungguh-sungguh nak tunangkan Azman dengan Wardah. Azman kata suka hati mak lah. Tapi itu tidak bermaksud Azman setuju!" Ngilu hati mak Kintan mendengarkan kata-kata anaknya. Tak pernah Azman berkelakuan sebegitu. Azman sekarang cepat berang. Tak seperti dulu, lembut dan penyayang. "Kau jangan lupa, dalam perjanjian pertunangan kau dengan Wardah, hanya tempoh setahun. Ingat ye, setahun. Kau jangan nak memalukan mak!!" Itulah amaran mak Kintan. Masa terus berganjak. Hari berganti berganti bulan. Telah 6 bulan Azman bertunang, tetapi seperti biasa, dia tak pernah bertemu dengan Wardah. Empat minggu lepas Azman ada menghantar sepucuk lagi surat kepada Dahlia. dia masih lagi berharap pada Dahlia. 'Dahlia, balaslah suratku itu!' Tersedar dia dari lamunan lantas dia keluar dari bilik rawatannya terus ke tempat peti surat yang berada di penjuru blok itu. Azman membuka peti surat kliniknya. Semenjak dia melayangkan surat pada Dahlia, dia sendiri yang membuka dan meneliti setiap surat yang diterima. Sengaja dia menggunakan alamat klinik; tak mahu mak Kintan tahu. Setelah menutup semula peti surat tersebut, dia meneliti setiap surat yang diterimanya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sekeping surat. Setem yang bergambar Queen Elizabeth serta bermohor England. Tanpa membuang masa dia terus saja mengoyakkan penjuru surat itu. Siapakah gerangannya? Assalamualaikum Wr. Wbt Apa khabar Azman? Lia di sini sihat bersama-sama dengan keluarga seta suami tercinta. Apa khabar ibumu? Lia doakan semoga Azman sekeluage sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT senantiasa. Az, terimakasih kerana sudi melayangkan surat buat Lia di sini. Ketika Lia buka peti surat buat kali terakhir Lia nampak surat ini, lantas Lia simpan baik-baik dalam tas tangan. Hari tu Lia dalam perjalanan menuju ke airport dan Lia kini menetap di England. Dulupun Az pernah menghantarkan surat untuk Lia. Bukan Lia tidak mahu membalasnya, tapi Lia tak ada masa untuk membalasnya. Masa tu Lia sibuk menguruskan rumahtangga dan juga anak pertama Lia. Biasalah orang baru dapat anak, sibuklah dengan anak. Masa tu dia baru pandai berlari. Masa suami Lia menyerahkan surat pada Lia, anak Lia ni, nam dia Iqbal, terus aje capai dan membukanya. Iqbal memang suka main dengna kapalterbang kertas. Jadi untuk meredakan rengekkannya, Lia buatkan juga kapalterbang kertas dari surat tu. Seronok dia bermain sampai ronyok kapalterbang kertas tu. Bila Iqbal dah tidur, Lia pun buka balik llpatan surat tu dan cuba baca isi kandung surat tu. Lia terperanjat kerana surat itu adalah dari Az. Masa Lia nak baca surat tu, suami Lia pulak panggil untuk beristirehat bersama, maklumlah waktu tu hari dahpun larut malam. Lagipun suami Lia tak suka kalau Lia kepenatan. Kalau tak silap, masa tu Lia sedang berbadan dua. Jadi surat dari Az, Lia humbankan saja dalam tong sampah. Beginilah, biarlah Lia berterus-terang saja. Semenjak Az ke Amerika, Lia keseorangan disini. Lia tak tahu apa Az buat di sana. Yea, memang benar Az ke sana untukbeljar ilmu perubatan, tapi maca-macam perkara boleh berlaku kat sana. Lebih-lebih lagi orang lelaki, diorang buat perkara apapun, tak akan nanpak celanya. Lainlah perempuan pasti akan terlihat hasilnya! Setahun Az tinggalkan Singapura, memang Az ada kirimkah berita pada Lia. Tapi bagi Lia itu tidak mencukupi. Sepuluh tahun dulu mana ada internet boleh berhubungan. Lia Sepi. Mujurlah Lia berkenalan dengan Abang Yaakob (Jacob Montgomery). Dialah yang mengisi kekosongan dan kesipian Lia. Abang yaakob selalu memberikan galakan dalam pembelajaran Lia. untukPengetahuan Az, dia 15 tahun lebih dewasa dari Lia. Lia rasa amat selesa bila berada disamping dengan Abang Yaakob. Lupa pula nak beritahu Az, sepanjang kita berkawan; Az tak pernah tanya pun lelaki bagaimana yang Lia gemar. Biarlah Lia saja beritahu Az ye. Lia suka lelaki Inggeris, tinggi, handsome dan mempunyai kedudukan dan yang paling penting sekali ialah ekonominya mesti mantap. Abang Yaakoblah lelaki yang selama ini Lia cari dan dah pun menjadi suami Lia yang sah. Dan kerana itulah Lia sanggup lupakan Az. Lia cakap ni bukan sekadar bercerita saja ye, ini adalah luahan hati Lia yang sebenarnya. LUPAKAN LIA....... LIA TAK PERNAH CINTAKAN AZ! Yang Benar, Dahlia Tempempan Azman tatkala dia membaca warkah berbisa Dahlia. Dahlia yang begitu dia sanjung akan keperibadiannya, sanggup mempermainkan hati dan mempersendakan perasaan Azman. Rupanya begitu murah harga cinta Azman di mata hati Dahlia!. Wardah! Lalu zman teringat pula pada tunangnya. Ya Allah, inikah balasanMu terhadapku? Tanpa membuang masa lagi, Azman pulang semula ke kliniknya. Hatinya hancur-lebur. Tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu. Azman terus saja masuk ke biliknya. Mujur dikala dia lewat di ruang menunggu itu, tiada lagi pesakit yang sedang menantikan giliran mahupun sedang mendapatkan preskripsi. Dia terduduk! Kedua belah telapak tangan ditutup mukanya. Terkedu! 'Triiittt! Triiitt!" Nada deringan telephone bimbit Azman menjerit-jerit minta dijawab. Lamunanya terhenti. "Helo, Azman. Ni mak ni.... Kau balik dengan segera. Pak Long kau tadi telefon. Kata dia tunang kau Wardah dalam hospital sekarang. Balik sekarang ye!" Cemas saja suara mak Kintan di hujung talian. Azman tidak terkata apa. Dia terus mematikan talian telefon bimbitnya. Sekejapan Azman menulis secebis nota untuk rakan sekerjanya - memberitahu bahawa dia perlu mengambil cuti kecemasan - meinta diganti merawat pesakit sewaktu ketiadaanya. "Elaine, you can go for earlier lunch today. Close this clinic and inform Dr Siva that I'll be out of Singapore. I'll call him later". Dia bergegas keluar dari kliniknya. *********************************************************************************** Sesampai Azman serta ibunya di Hospital Besar Kuala Lumpur, malam telahpun berlabuh. Setelah kereta diletak di tempat meletakkan kereta mereka terus ke kaunter pertanyaan. Pak Long telah pun menunggu mereka di situ. Setelah bersalaman, Pak Long menunjukkan arah dan sama-sama ke bilik rawatan di mana Wardah dirawat. Suasana di situ muram sahaja. Tiada kemesraan sepertimana ketika saudar-mara bersua muka. Azman melangkah, menuju ke bilik rawatan. Jantungnya berdegup kencang. Nadinya berdenyut pantas. Tapi langkahnya terhenti apabila dipanggil oleh Mak Longnya. "Azman, ini ada surat tulisan Wardah seminggu sebelum dia jatuh sakit". Surat yang seperti berisi itu disambut oleh Azman dengan tangan yang hampir terketar-ketar. Tanpa sepatah kata, Azman meneruskan langkah ke bilik rawatan. Pintu bilik tersebut dikuak dengan perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling, hanya Wardah sahaja yang terlantar di katil itu. 'Wad kelas A agaknya,' getus hatinya. Perlahan-lahan dia menarik kerusi untuk duduk. Dia melihat wajah Wardah. Hidung serta mulutnya telah ditekup dengan sistem penafasan. Nafasnya turun naik. Azman hanya memandang kosong pada wajah Wradah, sekosong hatinya di kala itu. Azman menghela nafas panjang. Surat yang sedari dipegang, dibuka perlahan-lahan. Dibacanya surat itu. Assalamualaikum Wr. Wbt. Kehadapan Abang yang Wardah hormati dan amat Wardah sayangi. Mungkin sewaktu Abang membaca surat ini, Abang akan 'duduk' di sebelah Wardah. Entah ye Abang, mengapa Wardah berkata sampai begitu sekali. Perasaan Wardah dalam 2-3 minggu ini, terasa lain. Wardah seakan dapat melihat apa yang akan berlaku suatu hari nanti. Abang, Masih ingat lagikah waktu kita kecil-kecil dulu? Sewaktu kita sama-sama bermain-main di halaman rumah Wardah. Kita main guli, main sembunyi-sembunyi, main upih dengan budak-budak kampung Wrdah? Dulu-dulu, Mak Ngah selalu bawa Abang dan adik-beradik Abang datang ke rumah Wardah bila tiba cuti sekolahkan. Wardah gembira waktu kita bermain-main bersama. Bila petang, masa tu rumah Wardah belum ada saluran paip air. Kita semua berjalan ke hujung kampung, mandi kat paya belakang surau. Ingat lagi tak Abang? Abang masih ingat lagi tak, waktu tu Wardah jatuh terduduk masa turun dari tangga buatan dari tanah masa nak turun ke paya. Masa tu paginya hujan turun lebat dan tanah yang dilekukkan menjadi tangga tu licin. Bila Wardah tergelincir jatuh tu, Abang yang sambut dari bawah. Mujur Abang ada kat bawah, kalau tidak mungkin Wardah tergelincir terus masuk ke dalam paya kan Abang? Abang, Kalau Abang nak tahu; Wardah telah lama menyimpan perasaan sayang terhadap Abang. Bagi Wardah, Abanglah lelaki yang telah berjaya menyentuh hati dan naluri Wardah. Wardah kagum dengan sikap dan prinsip Abang yang tidak pernah kenal erti patah semangat. Abang belajar sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Di atas sebab kagumlah Wardah tak mahu patah semangat untuk teruskan hidup walaupun Wardah tahu, diri ini takkan dapat hidup lama. Abang seakan 'mentor' buat Wardah demi untuk mengejar cita-cita ini menjadi seorang peguam syari'e. Abang, Bila Wardah tamat pengajian di UIA, Wardah pulang semula ke Kota Tinggi. Mak kata rombongan Abang ada datang ke rumah 2 minggu sebelumnya, merisik dan meminang sekali. Maklumlah kita bukan orang lain kan. Mak dan ayah pun tahu yang Wardah memang telah menyimpan perasaan terhadap Abang, sebab itu mak dan ayah terus saja menerima pinangan dari Mak Ngah. Apabila berita peminangan Abang diterima dan diberitahu oleh ayah; hati Wardah berbunga riang. Tiada kata-kata yang dapat Wardah ucapkan selain dari memanjatkan doa syukur ke hadrat Allah SWT. Ianya seperti sebuah mimpi yang menjadi kenyataan! Abang, Apa yang telah menjadi kesedihan dalam hati ini adalah Abang tidak pernah mahu menjenguk-jenguk Wardah di sini. Sebulan Wardah menanti kehadiran Abang ke rumah ini. Wardah tertanya-tanya dalam hati ini, mengapa Abang tidak mahu bertamu dalam rumah ini walaupun hanya seketika? Persoalan ini selalu bermain-main di kotak fikiran ini. Bagi memujuk hati nan lara ini, Wardah selalu menenangkannya dengan berkata 'mungkin Abang di Singapura sibuk dengan pesakit di sana'. Tapi tidakkah Abang sedar Abng telah ada seorang pesakit yang merindui kehadiran Abang? Wardah bukan hendak menyinggung hati Abang, tetapi ini adalah sekadar luahan tunanganmu yang tidak pernah Abang temui semenjak Abang ke Amerika dulu. Selepas lebih 2 bulan kita bertunang, Abang juga masih belum mahu bertemu dengan Wardah. Waktu itu, Wardah pasrah dan meneruskan hidup ini. Masa itu Wardah harus melaporkan diri di Mahkamah Syariah Malaysia (Wardah telah diilamar bekerja sebagai peguam di sana). Kini telah lebih 6 bulan kita bertunang tiada sepotong ayat pun Abang kirimkan buat Wardah di sini. Seingat Wardah, pernah Wardah berikan alamat emel serta nombor telefon bimbit. Tetapi seperti biasa, tiada kata semudah 'haiii' pun dari Abang di sana. Tahulah diri ini, bahawa pertunangan kita ini bukanlah atas dasar persetujuan bang, bahkan ianya hanya perjanjian kosong sahaja. Tahukah Abang, cara Abang ini telah membuatkan Wardah seperti dipersendakan? Abang, Di dalam surat ini ada juga Wardah sertakan sekali cincin pertunangan kita. Bagi Wardah ianya tiada bermakna lagi. Wardah kini sedar bahawa diri ini sebenarnya bukan pilihan hati Abang. Wardah ada suatu permintaan untuk Abang tunaikan; hadiahkanlah cincin ini kepada wanita plilihan ataupun bakal tunang pilihan hati Abang. Wardah rasa ianya akan lebih bermakna jika cincin ini tersarung ke jari manis wanita pilihan Abang itu. Terimakasih Wardah ucapkan kerana dalam Abang tidak rela menerima Wardah sebagai tunanganmu, tetapi Abang masih juga merelakan diri untuk ditunangkan dengan Wardah! Wassalam, Wardah *********************************************************************************** Azman berdiri di serambi rumahnya. Setiap kali dia mengulang bacaan coretan Wardah, pasti dia akan merenung di kejauhan, dan perasaan rindu terhadap Wardah menerpa lagi..... |
14 Julai 2002 |