Luahan Hatiku
Bukan niatku
Menyiat hatimu
Dengan kata-kata itu

Bukan membongkar rahsia
Antara dirimu dengan dia
Itu semua bukan sengaja

Aku meminta belas
Kerana bahasaku yang tidak beralas
Semoga niatku ini jelas

Andainya tiada kemaafan
Dari dirimu teman
Biarlah diriku ini kerinduan
Untukmu dari kejauhan....


Dari : Taman Adinda
02 June 2002