Rindu Lara
Ku tatap gambarmu
Meneliti seraut wajah
Seakan merenung ke dalam mataku
Hatiku menjadi sayu
Bukan kerana kesedihan
Tetapi kita berjauhan

Aku merenung gambarmu lagi
Ingin ku kupas isi hati
Mahu ku curahkan rahsia sanubari
Ke dalam jiwamu agar terisi

Bergenang airmata
Titisan bertakung ke dasar jiwa
Cuba aku merawat lara
Kasih yang kian membara

Bukan kehendak perasaan
Telah ku timbang pelbagai andaian
Sebenarnya aku telah tertawan
Lautan kasihmu aku kelemasan
Layu terbentang diriku di sana
Terkulai tubuhku ke dasar jiwa
Ubatilah rinduku dengan segera
Pulanglah ke tanahair... ya....

Khayalan ku terhenti
Sekeliling aku memerhati
Telah jauh aku pergi
Dalam meniti anganku ini
Aku menatap wajahmu lagi
Lalu dirimu aku kucupi...............


Dari : Taman Adinda
06 June 2002