Know The Man.com

 

Corporate Logo Design
Hit Counter

 

+The Man

Ibnu Rusy

Ibnu Sina'Bapa Kedoktoran Dunia'

 

 
Ibnu Sina'Bapa Kedoktoran Dunia'
 

 

 

KELAHIRAN

Beliau dilahirkan pada tahun 980 M / 370 H di Afsyinah, sebuah desa kecil tempat asal ibunya, iaitu nama sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Bukhara, dalam Republik Uzbekistan. Ayahnya, Abdullah, adalah seorang Gabenor Samanite yang kemudian bertugas di Bukhara. Sejak kecil lagi beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Paling istimewa, beliau telah hafal al- Qur'an pada usianya 10 tahun.

Ibnu Sina merupakan seorang yang sangat tekun dalam menimba ilmu pengetahuan di mana beliau tidak akan tidur pada waktu malam kecuali setelah beliau banyak membaca pada malam tersebut. Begitu juga beliau tidak akan tidur pada waktu siang kecuali setelah beliau berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan pada hari tersebut.

Beliau tidak pernah ketinggalan daripada menghadiri pengajian ilmu fekah dan falsafah sehingga beliau memiliki cara tersendiri di dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Beliau memulakan pengajian pada peringkat awal di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh dan perubatan. Namun begitu, beliau lebih terkenal di dalam bidang perubatan iaitu sebagai doktor ataupun sebagai mahaguru di dalam bidang tersebut.

Nama Ibnu Sina mula terkenal setelah berjaya menyembuhkan penyakit raja Bukhara, Nooh ibnu Mansoor. Ketika itu usianya baru mencecah 17 tahun. Sebagai penghargaan, raja meminta Ibnu Sina menetap di istana, setidaknya sementara selama baginda dalam proses pengubatan. Namun Ibnu Sina menolaknya dengan halus. Sebagai imbalan ia hanya meminta izin untuk menggunakan perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Tujuannya adalah untuk mencari berbagai rujukan asas untuk menambahkan ilmunya agar lebih luas dan berkembang. Kemampuan ibnu Sina yang cepat menyerap berbagai cabang ilmu pengetahuan membuatnya menguasai berbagai macam bahan intelektual dari perpustakaan Kerajaan pada usia 21 tahun.

Setelah ayahnya wafat, ia meninggalkan Bukhara karena gangguan politik dan pergi ke kota Gorgan, yang tekenal dengan kebudayaannya yang tinggi. Dia diundang oleh Raja Khawarizm, pelindung besar kebudayaan dan pendidikan. Di sana beliau membuka klinik perubatan di samping aktif dalam bidang pendidikan dan turut menghasilkan buku-buku ilmiah. Setelah itu, Ibnu Sina melanjutkan perjalanannya. Antara lain ke Kota Ravy dan Kota Hamadan.

Ibnu Sina berjaya menguasai kesemua bidang ilmu dalam usia yang masih terlalu muda. Beliau mula terkenal apabila berjaya mengubati penyakit Putera Nub Ibn Nas al- Samani. Ketika itu tiada seorang doktor pun yang berjaya mengubati penyakit putera tersebut. Beliau seterusnya diberikan gelaran al- Syeikh al- Rais ( Mahaguru Pertama) di atas kepakarannya dalam bidang perubatan.

Beliau bukan sahaja terkenal di wilayahnya dan di negara-negara Islam sahaja bahkan juga di seluruh pelusuk dunia. Buku tulisan beliau iaitu Al Qanun fil Tib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593. Buku itu kemudian dialihbahasa kepada Bahasa Inggeris dengan judul Precepts Of Medicine. Ianya telah dicetak sebanyak 15 bahasa dalam masa tidak sampai 100 tahun. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan

Beliau juga turut menghasilkan pelbagai buku yang mengandungi sajak-sajak perubatan yang berjudul “Remedies For The Heart”. Huraian mengenai 760 jenis penyakit bersama dengan kaedah mengubatinya diterangkan di dalam buku tersebut.

Buku-buku yang ditulis beliau bukan saja mengenai bidang perubatan malahan merangkumi juga bidang lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philogi ( ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Sehingga kini buku yang dihasilkan beliau adalah sebanyak 250 buah buku. Karya-karya penulisan yang dihasilkan Ibnu Sina begitu hebat, sehingga menjadi rujukan bagi para ilmuwan di berbagai zaman dan pelbagai tempat, termasuk di dunia Barat.

Pencapaian beliau yang cemerlang bukan sahaja di dalam bidang perubatan, malahan juga beliau turut mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi di dalam bidang ilmu logik sehingga diberi gelaran guru ketiga. Di dalam bidang penulisan pula, beratus-ratus karya beliau hasilkan termasuk risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Sampai kini ilmunya yang ditulis dalam buku "Al Qanun Fi al- Tib" tetap menjadi dasar bagi perkembangan ilmu kedokteran dan pengobatan dunia. Karena itu Ibnu Sina menjadi bagian tak terpisahkan dari perkembangan ilmu kedokteran dunia. Bukunya "Al Qanun" " diterjemahkan" menjadi "The Cannon" oleh pihak Barat, yang kemudian menjadi rujukan banyak ilmuwan abad pertengahan. Buku itu diantaranya berisi eksiklopedia dengan jumlah jutaan item tentang pengobatan dan obat-obatan. Bahkan diperkenalkan penyembuhan secara sistematis dan dijadikan rujukan selama tujuh abad kemudian ( sampai abad ke-17).

Sumbangan Ibnu Sina di dalam pelbagai bidang menjadikan beliau seorang tokoh yang amat disegani dan wajar di contohi. Beliau juga di anggap sebagai seorang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan Sains dalam Islam. Sesungguhnya , Ibnu Sina bukan sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al- Farabi.

Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, saat kembali di kota yang disukainya, Hamadan. Walau ia sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk menyembuhkan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.