![]() |
![]() ![]() Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan |
||||||||
TARAF
|
Siri
Ilmu.
Enjin Turbo. 3 Ramadan 1423
![]() |
Enjin Turbo.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong
Bagaimanapun sekiranya kemasukan udara ke dalam enjin berlebihan, ini boleh merosakkan enjin. Oleh itu, satu alat pelepas angin tambahan yang dikenali sebagai "Westgate" perlu dipasang untuk mengelakkan kejadian ini. Peralatan "Westgate" akan bertindak bagi memastikan jumlah udara yang dipam masuk ke dalam enjin tidak melebihi had yang ditetapkan.
Udara
yang dimampatkan akan menjadi panas dengan itu pemampatan udara oleh enjin
turbo akan meningkatkan suhu udara yang masuk kedalam enjin. Keadaan ini
akan menjadikan enjin menjadi cepat panas. Untuk memastikan engin tidak
terlalu cepat menjadi lampau panas (overheat), udara yang dipam masuk perlu
disejukkan dengan menggunakan sistem intercooler. Intercooler akan di pasang
pada bahagian hadapan kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo bagi
menyejukkan udara yang masuk sebelum dipam masuk ke dalam enjin.
Selain daripada peralatan yang dipasang untuk memastikan
sistem turbo berfungsi dengan baik, enjin turbo juga perlu penjagaan rapi
agar dapat tahan lama. Sekiranya engin berkuasa turbo dimatikan dengan
mengejut, pam tidak lagi mengepam minyak pelincir ke sistem turbo. Keadaan
ini meningkatkan lagi geseran di dalam engin turbo, yang akan meningkatkan
lagi kadar kehausan sistem turbo dan merosakkan komponent sistem turbo
dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, enjin berkuasa turbo perlu distabilkan dengan membiarkan ia bertenang selama 20 hingga 30 saat selepas berhenti sebelum mematikan enjin. Bagi mereka yang tidak mahu atau tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum mematikan enjin, satu alat yang dikenali sebagai jangka turbo (turbo timer) boleh dipasang. Alat itu boleh ditetapkan untuk mematikan enjin selepas masa yang dihadkan berlalu.
Selain itu, enjin berkuasa turbo juga perlu dipanaskan sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan minyak pelincir telah disebarkan keseluruh enjin secara menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan enjin turbo tahan lebih lama dan mampu memberikan perkhidmatan yang optima. Sebagaimana enjin lain, minyak pelincir perlu dijaga agar enjin tahan lama. Untuk enjin berkuasa turbo, adalah disarankan pengguna menggunakan minyak pelincir yang tahan suhu tinggi, terutamanya minyak buatan (sintatik).
Sekiranya sesuatu enjin turbo itu dijaga dengan baik, enjin turbo tersebut mampu meningkatkan kuasa enjin lebih daripada enjin biasa yang mempunyai kuasa kuda yang sama. Anda pasti merasakan perbezaannya setelah mencubanya. Cuma anda perlulah rajin menjaganya dengan teliti agar enjin turbo anda sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi anda. Dengan ini anda kini telah tahu serba sedikit berkenaan enjin turbo. Sekian sahaja dari saya. Wasallam.
Rujukan :- TAMAT -
Daripada
Abu
Hurairah r.a : katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Menengoklah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan menengok orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." |
Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul Kalau tersilap boleh ditegur Jangan pula dipukul-pukul |
|