Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan |
|||||||||
TARAF
|
Siri
Ilmu.
Kemusnahan Gunung berapi. 9 Zulkaedah 1424
|
Sesebuah gunung berapi itu mampu mendatangkan kemusnahan bukan sahaja pada kawasan sekitarnya, tetapi juga kepada kawasan yang terletak beribu-ribu kilometer darinya melalui bencana yang dihasilkannya seperti ombak "tsunami". Antara kemusnahan yang mampu dilakukan oleh sesebuah gunung berapi adalah melalui cara berikut :-Aliran lava
Apabila gunung berapi meletus, sejumlah besar lava terhasil dan aliran lava yang besar mampu menglenyapkan seluruh bandar. Letusan gunung berapi jenis ini dikenali sebagai letusan Hawai. Gunung berapi ini akan menghasilkan letusan berapi yang mengkagumkan tetapi tidak ganas. Ini disebabkan lava yang terhasil adalah cair dan membebaskan gas-gas dengan mudah. Gunung berapi ini akan membentuk gunung berapi dengan cerun yang landai. Aliran lava ini mampu membinasakan sebarang bangunan, atau orang yang berada dalam jalan alirannya.
Letusan
Gunung berapi jenis "strombolian" mempunyai lava yang likat dan akan meletus dengan lebih ganas. Lava yang likat itu akan meletus dengan kuatnya apabila gas-gas yang terperangkap memecah keluar dengan tekanan tinggi. Letusan jenis "plinain" pula akan melontar batu pumice sehingga ketinggian lima puluh kilometer ke udara. Abu yang berterbangan pula akan jatuh melitupi kawasan yang luas. Ini akan di ikuti pula dengan aliran pyoklastik "pyoclastic", di mana gas panas dan abu memancut keluar melalui kawah gunung berapi dan mengalir turun dengan lajunya, membakar dan membinasakan semua benda yang merentangi laluannya. Letusan gunung berapi juga mampu memusnahkan bentuk muka bumi seperti letusan Gunung Kratatoa di Indonesia pada tahun 1883 yang memusnahkan seluruh pulau itu.
Aliran lumpur
Tanah dan sampah sarap yang tersekat sebelum itu akan terbebas dengan letupan gunung berapi dan meluru turun dengan pantasnya, menenggelamkan apa saja dalam laluannya. Letusan gunung berapi St Helen mengakibatkan aliran lumpur yang memusnahkan 123 buah rumah.
Abu
Abu gunung berapi juga mampu memusnahkan harta benda dan melemaskan hidupan seperti manusia dan haiwan liar. Abu yang bercampur dengan air sungai atau air batu cair yang melitupi kemuncak gunung berapi sebelumnya akan meluru turun selaju 130 kilometer sejam dengan kepanasan dianggarkan 500 darjah Selsius, dan menimbusi rumah dan apa sahaja yang berada dalam laluannya. Abu yang turun selepas letupan gunung berapi boleh mencecah ketebalan sehingga 2 meter. Sekiranya abu tersebut bercampur air hujan, abu tersebut akan bertukar menjadi sekeras simen dan akan menimbusi semua yang telah diselitupinya.
Kebakaran
Lava dan batu panas yang terpelanting keluar daripada gunung berapi mampu menyebabkan kebakaran hutan di kawasan yang jauh daripada gunung berapi. Keadaan ini adalah lebih serius sekiranya letusan gunung berapi ini berlaku pada musim panas dan gunung berapi yang meletus itu mempunyai lava yang likat. Ini disebabkan pada musim panas, pokok dan rumput kering menjadi mudah terbakar, sementara lava yang likat akan menyebabkan letupan yang lebih kuat dan hujan batu yang panas dan berapi yang melitupi jarak yang lebih luas.
Gas beracun
Gunung berapi sentiasa mengeluarkan gas beracun yang dibebaskan keluar melalui rekahan pada tanah. Sekiranya gas ini terkumpul sebelum dibebaskan secara serentak, gas ini berupaya untuk membunuh semua haiwan yang berada dalam laluannya. Dalam satu kes, gas yang terperangkap di bawah air tasik yang terkumpul dalam kawah gunung berapi pendam telah dibebaskan secara mengejut apabila gunung berapi itu menjadi aktif kembali yang menyebabkan kematian seramai beratus-ratus orang penduduk yang tinggal berhampiran dengannya.
Gelombang tsunami
Sekiranya gunung berapi yang meletus itu berada di dasar atau berhampiran dengan laut, ledakan tersebut akan menghasilkan gelombang air laut yang besar yang dikenali sebagai "tidal wave" atau "tsunami". Gelombang ombak besar tsunami ini akan menghentam kampung atau bandar berhampiran dengan laut dan mengakibatkan kerosakan dan kehilangan jiwa yang besar. Malah dikatakan tamadun Minoan - Greek di Knossos telah dilenyapkan oleh tsunami yang berlaku akibat letusan gunung berapi Thera yang dianggarkan setinggi 5,000 kaki tinggi. Selepas letupan gunung berapi Thera, hanya kawah sedalam 1,300 kaki yang tinggal.Gempa bumi.
Gempa bumi yang berlaku semasa dan selepas letusan gunung berapi mampu merosakkan bangunan dan binaan seperti empangan yang berhampiran. Sebarang binaan berhampiran gunung berapi mesti mengambil kira gempa bumi yang akan berlaku semasa atau selepas berlakunya letusan gunung berapi.
Daripada
Abu
Hurairah r.a : katanya Nabi
s.a.w. bersabda :
"Menengoklah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan menengok orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." |
Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul Kalau tersilap boleh ditegur Jangan pula dipukul-pukul |
|