Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan |
|||||||||
TARAF
|
Siri
Ilmu.
Skala Richter. 14 Zulhijjah 1424
|
Skala Richter.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong
Terdapat dua cara yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk mengukur kekuatan gempa bumi iaitu skala Modifikasi Intensitas Mercalli dan Skala Richter.Skala Richter di cipta oleh Charles F. Richter. Charles F. Richter merupakan seorang pakar seismologi yang terkenal. Charles F. Richter dilahirkan di sebuah ladang ternak di Ohio Amerika Syarikat pada 26 April 1900.
Charles F. Richter telah mempelajari bidang seismologi di "University of Southern California" dan Universiti Stanford. Pada tahun 1927, Charles F. Richter mula bekerja di makmal seismologi di Pasadena California dan setahun kemudian Charles F. Richter telah berjaya mendapat ijazah doktor dalam bidang theori fizik di Universiti CalTech pada tahun 1928.
Pada tahun 1935, Charles F. Richter telah mengembangkan satu sistem untuk mengukur kekuatan gempa bumi yang dikenali sebagai skala Richter sempena namanya dan digunakan hanya di California. Skala Richter yang dikembangkannya merupakan gandaan methematik untuk membezakan sesuatu kekuatan gempa bumi dan diterima pakai secara meluas setelah diubah suai. Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan logaritma gandaan (amplitude) gelombang yang dirakamkan oleh mesin seismograf.
Tahap pecahan skala Richter meliputi variasi jarak antara seismograf yang pelbagai dengan pusat gempa (epicenter). Menurut skala Richter, kekuatan gempa bumi digambarkan dengan pecahan desimal. Sebagai contoh, gempa dengan kekuatan 2.0atau lebih kecil dianggapgempa mikro, biasanyatidak dapatdikesan oleh manusia dan hanya dirakamkan di mesin seismograf tempatan. Gempa bumi dengan kekuatan 4.5 mampu dirakam di mesin seismograf di seluruh dunia dan berlaku beribu kali setahun. Kekuatan 5.3 dikelaskan sebagai gempa bumi serdahana dan kekuatan 6.3 dikelaskan sebagai gempa bumi yang kuat. Oleh kerana skala Richter menggunakan pengiraan gandaan logaritma, setiap angka mewakili kekuatan yang 10 kali lebih kuat berbanding angka sebelumnya.
Gempa bumi besar seperti yang terjadi di Alaska tahun 1964, memiliki magnitudo 8,0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page
Nabi
s.a.w. bersabda :
"Pada akhir zaman nanti, bakal muncul para dajjal yang tukang dusta. Mereka datang kepadamu dengan membawa hadis-hadis di mana kamu dan juga nenek moyang kamu belum pernah mendengarnya. Maka jauhilah olehmu mereka."(H.R. Muslim) |
Pohon senduduk pohon sengkuang
Hinggap penyengat di dalam pasu Di mana duduk terkenangkan tuan Luluh semangat letih lesu |
|