From Sanggang By Election Page TINDAKAN PROVOKASI DAN BACUL OLEH MB PAHANG DAN PENYOKONG BN Oleh AHMAD NIZAM B.HAMID Dalam tempoh tidak sampai seminggu 2 tindakan provokasi dan bacul telah di lakukan oleh Pemimpin dan penyokong BN berhubungan dengan pilihanraya kecil N.26 DUN Sanggang. Perbuatan
lucah lagi melucahkan yang di lakukan oleh Dato Seri
Adnan Yaacob,Menteri Besar Pahang pada hari penamaan
calon 21/3/2000 yang lalu merupakan `conduct unbecoming'
oleh seorang pemimpin UMNO/BN yang sangat
memalukan.Sebagaimana yang telah tersebar di dalam
internet,perbuatan Menteri Besar Pahang yang membuat
isyarat vulgar/lucah dengan tangan di hadapan
ribuan penyokong BA dan BN dan disokong oleh beberapa
orang pemimpin UMNO/BN yang ada bersama-sama beliau
menunjukkan kerendahan akhlak dan akalbudi pemimpin
UMNO/BN serta jelas menggambarkan citra sebenar pimpinan
UMNO/BN yang gagal menunujukkan kematangan mereka.Tidak
ada walau seorang pun pemimpin UMNO/BN yang ada
bersama-sama beliau yang berani atau sekurang-kurangnya
mengambil inisiatif untuk menghalang Dato`Seri Adnan
Yaacob dari melakukan perbuatan tersebut. Tingkahlaku
MB Pahang ini bukan sahaja tidak menampakkan kematangan
beliau sebagai seorang pemimpin utama di Pahang yang
jelas bertentangan dengan adatresam dan budaya Melayu
serta ajaran Islam tetapi juga merupakan
tindakanprovokasi yang memberikan impaks dari sudut
undang-undang jenayah. Berdasarkan
kepada hakikat ini dan atas kesedaran sebagai rakyat yang
prihatin,maka Pergerakan Pemuda KeADILan Pahang dengan
sokongan daripada kerabat BA telah membuat suatu laporan
Polis di Ibupejabat Polis Daerah Temerloh pada 23/3/2000
yang lalu.Laporan tersebut telah di kemukakan oleh
Saudara Zakaria B.Abdul Hamid,Ketua Pemuda KeADILan
Pahang dengan diiringi oleh YB Sdr.Takiyudin Hasan,Ketua
Pemuda PAS Kelantan yang juga ahli Exco Kerajaan Negeri
Kelantan,Sdr.Zahid Mat Arip,Ketua Pemuda KeADILan
Melaka,Sdr.N.Gobalakrishnan,Ahli MPT KeADILan,Sdr.Amir
Abdul Aziz Ketua KeADILan Temerloh dan penyokong KeADILan
dan PAS. Antara lain
laporan Polis tersebut menuntut supaya suatu siasatan
terperinci dan adil di buat oleh pihak Polis atas
perbuatan lucah MB Pahang yang merupakan provokasi yang
boleh menimbulkan pergaduhan,permusuhan dan
huru-hara;disamping jelas perbuatan tersebut merupakan
kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai
kesalahanjenayah atas sifat perlakuan lucah dilakukan di
khalayak ramai. Manakala
pada 24/3/2000 suatu lagi insiden telah berlaku terhadap
Sdr.N.Gobalakrishnan di mana beliau tanpa sebarang
provokasi telah diserang oleh Penyokong BN yang
mengenalkan diri sebagaiahli PPP (People Progressive
Party),komponen BN.Kejadian yang berlaku pada jam
lebihkurang 10.15 pagi semasa Sdr Gobalakrishnan sedang
memberikan ceramah beliau di Simpang Empat Jalam Mok Hee
Kiang Mentakab apabila sekumpulan penyokong BN tiba-tiba
datang dan memakihamun Sdr.Gobalakrishnan serta cuba
merampas pembesar suara yang sedang di gunakan.Mereka ini
tanpa sebarang alasan dan provokasi telah cuba menghalang
Sdr.Gobalakrishnan dari meneruskan ceramahnya walaupun
orang ramai yang berada di tempat tersebut meminta
Sdr.Gobalakrishnan meneruskan ceramah beliau. Akibat dari
insiden tersebut yang disaksikan oleh orang ramai
sertapetugas PAS,Sdr.Gobalakrishnan telah mengalami
kecederaan ringan dan suatu laporan Polis telah di buat
di Balai Polis Mentakab.Penyokong BN berkenaan juga telah
mengeluarkan ugutan untuk mendatangkan kecederaan parah
sehingga membawa maut serta mengugut untuk mengganggu
ceramah yang di berikan oleh Sdr.Gobalakrishnan sekiranya
beliau terus berceramah dalam Pilihanraya kecil ini. Sehubungan dengan kedua-dua insiden ini,KeADILan Pahang memandang berat serta mengecam tindak-tanduk MB Pahang dan penyokong BN yang jelas melanggar undang-undang serta tatasusila.KeADILan Pahang menuntut pernyataan maaf tanpa syarat kepada seluruh rakyat Pahang dan penyokong BA oleh Dato Seri Adnan Yaacob serta tindakan ganas ala samseng yang di lakukan oleh penyokong BN terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Nasional,Sdr.N.Gobalakrishnan di samping satu jaminan dari pimpinan UMNO/BN untuk memdisiplinkan ahli/penyokong mereka agar insiden seumpama ini tidak berulang lagi.KeADILan Pahang turut menuntut satu siasatan yang adil,menyeluruh dan bertanggungjawab di buat oleh pihak yang berwenang berhubung kedua-dua insiden ini dan seterusnya mengheret individu-individu ini (walaupun beliau seorang Menteri Besar) ke muka pengadilan yang nyata perbuatan Pemimpin UMNO/BN yang menjijikkan dan tindakan samseng penyokong BN berkenaan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah. |